Langit III

510 21 1
                                    

Terik yang siat kulit itu
Bukan seperti yang kau fikir
Kau perlu sinar
Untuk mengering pipi basah kau
Mentari itu sedia mengulas
Lembut pipi kau

Mendung yang memandi kau
Bukan seperti yang kau fikir
Kau perlu titisan air
Untuk temani tika mentari pergi
Hujan itu yang sedia menyejukkan
Panas hati engkau

Pelangi yang indah itu
Takkan wujud tanpa air dan sinar
Untuk menunjukkan bahawa
Baiknya mendung dan mentari
Pelangi itu ganjaran
Bagi panas dan sejuk engkau

Dan aku masih dongak
Aku kata lagi
Langit itu satu metafora

CelakaphobiaWhere stories live. Discover now