S.A.A.J

252 16 0
                                    

This one sebenarnya aku buat untuk my dearest friend , yang aku tahu dia hanyut , tapi masih pengecut untuk melawan . aku harap kau baca babe..

Kau sedang lemas ,
Hanyut dibawa nafsu amarah ,
Terkapai meminta ihsan ,
Gigih melawan arus.

Namun kau alpa ,
Titian hanya sejengkal ,
Kau hanya perlu gapai,
Masih giat kau melawan.

Kau salahkan air,
Kau marahkan arus ,
Tidak kau sedari ,
Kau masih ada jalan.

Aku cuba capai ,
Tangan lesu engkau ,
Namun kau buta ,
Barangkali dibedil air.

Lemas lah ,
Jika itu mampu buat kau sedar ,
Segalanya di bahu kau ,
Bukan dia atau mereka.

Aku hanya mohon ,
Kau bangun dan bangkit ,
Celik segala sial kau ,
Dan paut pada yang ada.

Kau bukan lemah ,
Kau pembunuh ,
Kau bunuh segala semangat ,
Yang cuba dukung kau.

Ingat sahabat ,
Dosa kau bukan takdir ,
Lemas yang kau pilih ,
Jiwa kau mati.

Kau yang salah ,
Kerana ;
Takdir tuhan tidak akan mempersiakan kita .

Berenanglah ,
Aku tunggu kau.

sqlamy

CelakaphobiaWhere stories live. Discover now