Fatin.

150 11 0
                                        

perit yang kau rasa hari ini,
mungkin membunuh jiwa kau,
aku tak berani lafaz janji,
cuma aku pasti engkau boleh.

hujan yang kau tempuh tadi,
mungkin melemaskan hati kau,
aku tidak mahu lafaz sumpah,
tapi aku sedia jadi payung.

bila kau rasa penat berjalan,
tolehlah belakang kau nanti,
kau akan lihat susuk aku,
rela menyambut jikalau rebah.

saat kau tak mampu diri lagi,
sini sandar pada bahu aku,
aku boleh tunggu kau rehat,
lepas ini kita terus berjalan.

sebab aku tahu kau hebat,
yang menikam kau sekarang,
tidak semestinya membunuh,
malah buat kau bertahan
—sekali lagi.

CelakaphobiaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang