Wanita Paling Hebat

193 6 0
                                    

pintu kamarku diketuk perlahan
susuk tubuh itu langsung masuk
irisnya seakan dibanjiri tangis
lalu pena itu aku letak di tepi

dia menekup wajah cantiknya
barangkali cuba sembunyi perit
jatuh satu demi satu air mata
namun masih mahu dilihat tabah

entah mengapa tiada toleransi
akal gigih pinta memujuk
hati merintih memberi pelukan
tetapi tubuh terus keras membatu

dari jauh aku turut merasakan sakit
melihat derita kehidupan sang induk
hatinya masih cekal setelah bertahun
bahkan lagaknya masih biasa

tiada apa yang lebih palat — daripada mengetahui orang yang aku cinta, meratap menagih ihsan mengutip semangat , namun tiada apa yang aku terdaya selain melihat dari jauh.

CelakaphobiaWhere stories live. Discover now