Takut Kat Oppa

137 14 1
                                    

EXO mengadakan fanmeet sekali lagi keesokan harinya. Sekali lagi Naeun menghadirkan diri utk berjumpa Baekhyun. Tiba di tempat Baekhyun, "Hai! Apa nama awak?" Sapa Baekhyun. "Son Na Eun" "Wahh.. Cantik nama. Mcm tuan dia. Tapi kenapa nampak pucat jer ni? Tak sihat ke?" Tanya Baekhyun penuh bimbang. Naeun akhirnya berkata-kata setelah mendiamkan diri beberapa saat, "Oppa ingat tak kertas ni? Kertas yang oppa tanda tangan semalam?" Tanya Naeun dgn suara yg bergetar sambil meletakkan kertas tersebut di atas meja. "Erkk.. Entah lah. Ramai sangat kot oppa bagi tandatangan kt orang lain semalam" Jawab Baekhyun sambil tersenyum serbasalah. "Oppa bacalah" Kata Naeun. Baekhyun baca tanpa ragu-ragu kertas tersebut.

"Apa?!!!" Terkejut semua orang terdengar jeritan Baekhyun tersebut. "Kau nak aku kahwin dengan kau selama 4 bulan?!!! Kau dah gila ker?!!" Baekhyun memperlahankan nada suaranya itu. "Tapi, oppa dah tandatangan kontrak ni semalam" Jawab Naeun sambil memandang Baekhyun. Baekhyun bengang, "Memanglah aku tandatangan, tapi aku tak tahu lah pulak yg kertas ni adalah kontrak yg mengarut jer!" Naeun terdiam. "Habis fanmeet ni tunggu aku kat tempat parking kereta" Bisik Baekhyun kpd Naeun. "Oky" Naeun menganggukkan kepala lalu beredar.

*Di tempat parking kereta*

Naeun melihat jam di tangannya sambil mengeluh. "Sepatutnya fanmeet dah habis dah, mana tuan yg suruh aku datang kat sini ni?" Bebel Naeun sendirian. Baekhyun dan ahli EXO yg lain datang mendekati Naeun dari belakang. "Woi!" Panggil Baekhyun dengan nada marah sambil memegang bahu Naeun. "Aarr!! Jangan apa-apakan aku!!" jerit Naeun akibat terkejut. Baekhyun mengerutkan dahinya apabila mendengar kata-kata Naeun tadi. "Apa yg kau merepek ni?! Jangan cakap yg bukan-bukan boleh tak?" Marah Baekhyun. "Maaf" kata Naeun

"Ni ker pompuan yg suruh kau kahwin dgn dia?" Suho bertanya kpd Baekhyun. "Haah.. Ni lah dia. Tiba-tiba jer suruh orang kahwin dgn dia. Tak betul ker?" bebel Baekhyun. "Aishh! Tak baik cakap macam tu. Dia buat semua tu mesti ada sebabnya tersendiri" Chen menyuarakan pendapatnya. "Kenapa kau nak sangat kahwin dgn aku ni hah? Kau tau kan benda ni boleh merosakkan kerjaya aku?" Tanya Baekhyun baik-baik. Tpi bunyi percakapan dia macam nk makan orang pon ada.

"Sebenarnya, aku diugut oleh sepupu aku" Jelas Naeun. "Ugutan apa pula sampai aku pon terlibat sama niii?!!!" Marah Baekhyun sambil menggaru-garu kepalanya menggunakan kedua-dua belah tangan. Author rasa Baekhyun dah dapat kutu dari situasi ni kot.

"Macam ni lah, esk pukul 3 petang, kita jumpa kat kafe depan bangunan sm. Ingat pukul 3. Jangan lewat!" Kata Baekhyun sambil melihat tajam ke arah mata Naeun. Naeun terus menganggukkan kepala tanda bersetuju. Mereka semua terus beredar dari situ. Air mata Naeun mula mengalir. Sejak dari tadi lagi mata Naeun dipenuhi air mata seolah-olah ingin menangis oleh kerana takut. Sekarang baru dapat dia melimpahkan air matanya itu.

Oppa, Sorry And Please Marry MeWhere stories live. Discover now