*Di kafe*
Baekhyun berpakaian serba hitam beserta topi dan kaca mata hitam. "Aku nak kau jelaskan apa yg kau bagitau aku semalam" Arah Baekhyun kpd Naeun. "Sebenarnya sepupu saya, Minah ugut saya untuk kahwin dgn oppa. Kalau tak, dia akan sebarkan tentang keburukan ibu bapa saya dan saya" "Apa yg dia nak sebarkan tu?" "Hmm.. Kalau tak bagitau boleh?" "Ahh.. Bagitau jugak. Baru aku boleh pertimbangkan keputusan aku"
Naeun menjelaskan semuanya kepada Baekhyun. "Baiklah, aku setuju untuk kahwin dengan kau. Tapi ni semua sebab aku nak selamatkan imej kau jer oky. Kalau ikutkan hati aku, dah lama aku koyakkan kontrak tu" Baekhyun menjelingkan matanya di sebalik cermin mata hitam tu. "Tapi tak boleh ker kalau kurangkan tempoh perkahwinan dalam kontrak tu?" Baekhyun bertanya sambil lengannya disilang. Naeun segera menggelengkan kepalanya "Kalau kurangkan tempoh, Minah akan sebarkan perkahwinan kita." Kata Naeun laju. "Aduhh!! Apa yg dia nak dengan kau ni sebenarnya?! Sampai susah-susah nak buat ugutan ni semua?!" kata Baekhyun bengang sambil menggenggam tangan.
"Oppa, Naeun minta maaf sebab buat oppa serabut. Tapi Naeun janji takkan susahkan oppa langsung sepanjang perkahwinan kontrak kita ni. Naeun pon bukannya nakkan perkahwinan yg lengkap dengan persandingan apa. Cuma kahwin kontrak jer" kata Naeun panjang lebar sambil melihat Baekhyun dengan yakin. "Okay. Asalkan kau tak bagitau orang lain. Terutama EXO-L. Kau tau kan yg kau mesti akan mati kalau EXO-L tau?" nasihat Baekhyun bimbang. "Baiklah. Naeun janji" Naeun mengukir senyuman menandakan yg dia gembira kerana rahsia tentang ibu bapanya dan rahsianya sendiri dirasakan pasti akan selamat. "Jangan nak happy sangat lah" Baekhyun menyampah tengok senyuman Naeun. "Nah. Ambik kertas ni. Dalam kertas tu ada tertulis password apartment aku. Kau boleh pergi ikut suka hati kau memandangkan kau dah jadi bini aku. Dah, aku nak pergi lain pulak" Terang Baekhyun panjang lebar lalu terus beredar. Naeun menyimpan kertas yg diberi Baekhyun dalam begnya.
Naeun terkejut apabila dia ternampak sebuah kereta mewah dan seorang pemandu di luar kafe sedang menunggunya. Pintu tempat duduk belakang dibuka dan Naeun masuk kedalamnya. Naeun terkejut melihat Baekhyun berada di sisinya. "Pergi ke apartment, yer" arah Baekhyun kepada pemandu. Sampai saja di apartment, mereka berjalan menuju ke apartment Baekhyun. "Wahh~ Cantiknya apartment ni. Siap ada kelopak bunga lagi atas katil" Naeun terpegun sebaik sahaja dia masuk ke dalam bilik apartment Baekhyun itu. "Suka?" Tanya Baekhyun. "Su--" Baru sahaja Naeun hendak jawab, kedengatan satu suara di telinganya. "Cik, bangun cik. Kafe kami dah nak tutup ni" kata salah seorang pelayan kafe itu. Ya Allah.. Masa tu cuma tuhan jer yg tau betapa malunya Naeun. Tambah lagi dengan air liur yg mengalir di pipinya. Muka Naeun merah padam lalu beredar dari situ selepas selesai membasuh muka. "Ishh.. Aku mimpi jer ker tadi?" Ngomel Naeun sendirian. "Kan.. takkan lah si Baekhyun tu nak tumpangkan aku dengan kereta mewah. Hmm.. berangan jer lah kau, Naeun" Ngomel Naeun lagi.
[Bersambung...]
YOU ARE READING
Oppa, Sorry And Please Marry Me
FanfictionSeorang perempuan bernama Naeun yang terpaksa berkahwin dengan Baekhyun akibat diugut sepupunya telah membuatkan seluruh ahli kumpulan EXO terkejut. Bagaimanakah nasib Naeun dalam suasana kekecohan itu?