Sudah genap tiga bulan selepas kejadian keguguran itu. Pantang pun sudah berakhir.
Farah duduk di birai katil memikirkan tentang apa akan jadi pada dirinya pada masa akan datang. Rasa kesal dan penat kerana setiap hari berfikir benda yang sama.
Ketukan mengejutkan Farah dari lamunan. Farah bangun dan membuka pintu. Kak Ani rupanya ingatkan Long Zim lega rasanya. "Masuklah Kak" Farah memberi isyarat untuk masuk ke biliknya. Kak Ani terus menuju ke meja solek yang terdapat kerusi disitu dan duduk dengan muka agak cemas. Kenapa dengan Kak Ani ni?
"Kak tak ada pelanggan ke sekarang? Selalunya Kaklah yang paling sibuk, kalau Long Zim nampak nahas Kak dikerjakan!" Memang Kak Ani lah paling sibuk kerana dia selalu turuti apa yang Long Zim mahukan. Walaupun Kak Ani tidak ikhlas dengan perbuatannya tapi ingin selamat dari Long Zim haruslah turut dengan apacara sekalipun.
"Masa sekarang ni masa rehat akak jangan risaulah, akak datang sini pun sebab nak bagitahu kamu sesuatu tapi ini melibatkan Long Zim" Apa maksud Kak Ani ni? Makin bingung dengan kata-kata Kak Ani tadi. "Akak nak bagitahu apa? Melibatkan Long Zim? Farah tak fahamlah" Kak Ani kini duduk di sebelahku dengan rapat seperti ingin bisik sesuatu mustahak.
"Akak tahu macam mana nak keluar dari sini apapun rancangan ni melibatkan Long Zim juga, akak pasti Farah boleh buat" Dengan tegahnya dia memberi tahu. Kak Ani mula berbisik mengenai rancangan itu. Farah mengangguk faham. "Farah nak berterima kasih pada akak, Farah tak tahu bagaimana nak balas budi baik Kak Ani ni dan akak pasti ke Farah boleh buat?" melemparkan senyuman kepada Kak Ani dan berpelukan dengan erat "Akak pasti Farah boleh buat" Aku tidak akan lupa budi baik Kak Ani terharu dihati Farah.
Dengan perlahan-lahan Farah memasuki bilik Long Zim. Biliknya itu terdapat banyak botol-botol arak dan dada. Sungguh busuk tempat ini. Tidak sanggup untuk berada disini lama-lama.
Satu persatu Farah membuka laci dan mencari sesuatu yang penting iaitu kunci. Kunci ini akan mengunci bilik Long Zim Supaya dia tidak bisa keluar dari biliknya itu. "Mana pula kunci ni?! Tak lama lagi Long Zim dah balik" Risau kalau dia tidak dapat jumpa.
Akhirnya Farah dapat kunci itu. Dia simpan dalam poket seluarnya dan sesaat lagi dia bakal menjalani misinya.
Mudah-mudahan aku berjaya kali ini. Farah terus ke tandas yang tidak jauh dari bilik Long Zim.
Kedengaran suara Long Zim yang sedang asyik berbual di telefon bimbitnya itu. Bunyi kehentakan pintu yang membuatkan Farah rasa takut. Harap sangat berjaya menguncinya.
Perlahan Farah keluar dari tandas dan terus mengunci bilik Long Zim. Fuuuh.. berjaya! Farah terus pergi ke tandas dan membuang kunci itu di dalam jamban. "Hoi!! Siapa kunci pintu ni?! Buka sekarang!! Kalau aku dapat siapa yang kunci aku bunuh kau!" Suara nyaring Long Zim kedengaran. Alamak dah kantoi!!
Aku terus berlari menuju ke tangga dan melihat kiri kanan tiada satu pun kenderaan dan manusia. Tidak mengapa asalkan aku berjaya bebas dari sini. Farah berlari selaju-lajunya dan memusing belakang sedikit. Tiada orang Alhamdulillah. Berlari hingga ke jalan raya yang terdapat banyak manusia-manusia sedang bermakan digerai makanan.
Ada perhentian bas! Aku berlari anak dan menyeberang tengah jalan raya tiba-tiba ada bunyi hon kereta. Farah memusing ke kanan dan kereta itu sedang menuju terhadapnya. Aku jadi beku disitu.
BAM !!! Kini Farah sudah lemah dan tidak dapat bertahan lagi kesakitan di kepala. Dan dunia terus menjadi gelap.
![](https://img.wattpad.com/cover/9792165-288-k192806.jpg)
YOU ARE READING
Aku tidak ingin begini
Short StoryFarah Shazirah menjadi mangsa keadaan . Dia tidak mahu menjadi seorang yang jijik , tiada maruah dan bergelumang dengan dosa . Dia telah mencuba untuk melarikan diri dari tempat pelacur yang dianggap neraka baginya . Sungguh dia tidak sanggup untuk...