Bab 1.

24.1K 395 3
                                    

Hari ini bermula lah kehidupan  baru Alisya Alana menjadi isteri kepada Tengku Syah Zafran. Lelaki yang menjadi kegilaanya suatu masa dulu. Tetapi kerana lelaki ini juga lah suram masa depannya kini. "Kau tidur  di bilik tetamu. Kalau mama dan papa datang, kau boleh tidur dengan aku tapi dekat sofa tu." kata Tengku Syah Zafran dengan kasar. Alisya hanya menganguk lemah. Alisya memiliki rupa paras yang cantik, kulit putih gebu. memiliki mata bulat besar. Maklum lah ibunya berdarah kacukan Pakistan, Spanyol dan Melayu.

 "Abang balik pukul berapa malam ni?" Tanya Alisya dengan lembut.  "Hey! Don't call me Abang Jijik aku dengar. Kau aku dah lah.. Kalau depan mama dan papa kau boleh panggil aku abang. Faham ke tidak?" herdik Tengku Syah Zafran. Alisya menganguk laju. "Aku balik lambat malam ni. Jangan tunggu aku. Kau balik kerja, balik rumah papa mama jumpa ayah kau. Pak Amin hantar kau balik sini nanti. Kau jangan mengadu apa-apa dengan ayah kau mahu pun papa mama, faham?" ujar Tengku Syah Zafran. Alisya hanya menganguk tanda faham.

Selesai saja sarapan, Alisya mengemaskan dapur dan bergegas bersiap untuk ke pejabat mertua nya Tengku Hisyam. Nasib baik lah suaminya tidak sepejabat dengannya. Tengku Syah Zafran mengambil alih syarikat bapanya tidak berapa jauh dari syarikat yang dia berkerja. "Morning Puan Alisya.. Tengku Hisyam nak jumpa Puan Alisya." kata Celine setiausaha Alisya. "Thanks Celine. Cantik awak hari ni.. "ucap Alisya Alana sambil tersenyum. Celine tersengih.

Alisya Alana mengetuk pintu bilik Tengku Hisyam "Come in Dear" ucap Tengku Hisyam lembut. "Assalamualaikum Pak Engku... Pak Engku nak jumpa Alisya?" Tanya Alisya dengan sopan. "Waalaikumsalam.. Alisya kenapa panggil papa Pak Engku lagi? Panggil saja papa kan elok didengar."ujar Tengku Hisyam. Alisya tersenyum malu. "Sorry Pak eh papa sorry hehehe..." ucap Alisya tersipu-sipu. "Alisya okey? Zaf layan Alisya dengan baik tak? Kalau Zaf buat yang tak baik dengan Alisya beritahu papa. Biar papa ajar dia dengan penyapu." kata Tengku Hisyam sambil berjenaka. "Hahaha papa funny lah. Alhamdullilah pa, abang Zaf layan Alisya dengan baik pa. Nanti Alisya balik rumah papa nak jumpa ayah kejap. Abang Zaf balik lambat katanya. Pak Amin yang hantar Alisya balik apartment malam ni kata abang Zaf."ujar Alisya.

'Argh! stop it Zaf. Budak tu cantik .. ayu.. tapi macam mana dengan Shazira? Kau boleh lupakan arwah Shazira begitu saja? Tapi sebenarnya kau suka dengan dia  sejak dulu lagikan tapi kerana keegoan kau dan kerana dia anak orang gaji kau, kau terlalu ego Tengku Syah Zafran.' Hatinya berkata-kata. Tengku Syah Zafran menumbuk meja kerjanya. Pintu biliknya diketuk.. "Tengku, jangan lupa 'our meeting' dengan Encik Heyqal dari Melati Holdings pukul 2 petang ni."ucap Meyling setiausahanya. Tengku Syah Zafran hanya mengangukkan kepalanya.

Tengku Syah Zafran kelihatan resah, otaknya berserabut. 'ahh semua ni takkan terjadi kalau kau tak balik ke apartment hari tu. Kenapa pula mama suruh 'budak tu datang untuk mengemas apartment aku hari tu juga?'katanya dalam hati.

"Assalamualakum mama, ayah. Alisya datang nak jumpa ayah" tutur Alisya dengan lembut dan sopan. Sebaik sahaja turun dari keretanya. Kelihatan gembira bertemu dengan ayahnya dan ibu mertuanya yang dianggap macam ibunya.

Cintaku Bukan MainanWhere stories live. Discover now