Bab 10

8.6K 161 18
                                    

Tiga tahun berlalu dengan begitu cepat. Anak-anak Tengku Syah Zafran dan Alisya genap berumur tiga tahun. Tengku Rafiq Farhan, Tengku Fiona Adelia, Tengku Airish Syafiq dan Tengku Kayla Elsya begitu petah bercakap dan begitu lincah.

"Bonda. Tengok adik tu tumpah kan air abang... Nakal kan bonda?" Tengku Rafiq Farhan mengadu karenah Tengku Kayla Elsya menumpahkan air minumannya itu sambil merajuk.
"Alolo sayang bonda merajuk ea? Meh bonda peluk. Ala adik kan tak sengaja tu." Kata Alisya Alana dengan lembut. "Kay, sini nak" Alisya memanggil Kayla Elsya. Anak kecil itu pun berlari mendapatkan bondanya. "Ye bonda... Kay nak main ni.. Bonda sakit? Nak air?" Tanya Tengku Kayla Elsya serius. 
"Ni abang Rafiq mengadu Kay tumpahkan air minuman dia. Say sorry to your brother, okay? Hug him. Bonda tak sakit lah sayang. Ni ada juice bonda lagi ni" jawap Alisya Alana sambil tersenyum. Alisya mengakui bahawa biar anak-anaknya itu masih kecil, tetapi sikap dan sifat mereka lebih dewasa dari kanak-anak yang sebaya mereka. "Kay minta maaf ye bang..." Ujar Tengku Kayla Elsya.

Bunyi kereta memasuki perkarangan rumah mewah peninggalan arwah Tengku Hisyam. Kelibat Tengku Syah Zafran keluar dari keretanya. Tengku Rafiq, Tengku Airish Syafiq, Tengku Fiona Adelia dan Tengku Kayla Elsya mengelilingi Alisya Alana.

"Kenapa ayah datang? Kami tak perlukan ayah. Kami ada bonda, nenda, tok ayah dan Pak Long Shazlan" kata anak-anak itu serentak. Terkedu Tengku Syah Zafran mendengar kata-kata itu keluar mulut anak-anaknya yang masih kecil itu. "Ayah pergi lah dengan aunty Naufa dan baby Rykal." Ucap Tengku Fiona Adelia sambil menghalang ayahnya mendekati bondanya.
"Lia dah tak sayang ayah lagi ke? Kenapa Lia halang ayah dekat dengan bonda?" Tanya Tengku Syah Zafran.

"No"

"Because you hurt my mom again. I hate you!" Tengku Airish Syafiq menjawap sebelum Tengku Fiona Adelia menjawap pertanyaan ayahnya.

"Cu, jom masuk mandi..dah nak maghrib ni" Tengku Sherry memanggil cucu-cucunya masuk mandi dan membiarkan anak dan menantunya sendiri.

"You apa khabar? Naufa dan Rykal sihat?" Tanya Alisya Alana memecah keheningan di antara mereka. Setelah setahun lebih mereka bercerai akibat Tengku Syah Zafran bertemu Naufa, rakan sekelas Tengku Syah Zafran ketika di University dulu. Mereka di tangkap khalwat di sebuah hotel oleh JAIS. Tengku Hisyam meninggal kerana serangan jantung. Dia merasa amat kecewa dengan perbuatan Tengku Syah Zafran itu.
Dia wasiatkan kesemua harta-hartanya kepada menantu kesayangannya itu serta anak-anaknya sebelum dia meninggal dunia setahun lalu. Tidak ada hartanya di tinggalnya untuk Tengku Syah Zafran.

"Rykal okey tapi Naufa... " Tengku Syah Zafran tidak meneruskan perkataannya. Kelihatan ada riak penyesalan di wajahnya.

Alisya Alana sudah tidak ada apa-apa perasaan terhadap Tengku Syah Zafran. Hatinya memang terguris saat suaminya melafazkan akan nikah dengan Naufa setahun lalu. Naufa nampaknya aggresif. Dia mengawal gerak gerik Tengku Syah Zafran. Dia melarang Tengku Syah Zafran untuk bertemu dengan Alisya Alana dan anak-anaknya mahupun mamanya Tengku Sherry. Setelah setahun Alisya Alana dan anak-anaknya melawat neneknya di Spain, dia telah mendapatkan kekuatan diri untuk menempuh semua dugaan yang melanda.

Sekembalinya dari Spain, dia telah bertemu seorang lelaki yang baik. Anak-anaknya pun menyayangi lelaki itu. Danial Heyqal telah menambat hatinya kini. Mama mentuanya walaupun dia dan Tengku Syah Zafran sudah bercerai tetapi Tengku Sherry tetap mahu tinggal bersama Alisya Alana dan amat menyayanginya seperti anaknya sendiri. Dia turut merestui hubungan Alisya Alana dengan Danial Heyqal.

Bagaimana selanjutnya? Akan kah Tengku Syah Zafran ingin kembali? Atau dia merestui hubungan Alisya dan Danial Heyqal?  Atau bagaimana? Nantikan 😄😄 jangan lupa vote dan komen okey ✌✌

Cintaku Bukan MainanWhere stories live. Discover now