Alisya duduk teremenung di beranda kediaman Tengku Hisyam. Entah kenapa dia mula merasa jenuh tinggal di tengah-tengah kesibukan kota raya yang tak habis-habisnya memberi
tekanan kepadanya.
Dia bercadang untuk mengikut abangnya pulang ke Jogja untuk beberapa waktu. Ayah, papa dan menyetujui cadangan Alisya Alana itu.Alisya bersiap-siap untuk ke lapangan terbang, Tengku Syah Zafran terkejut melihat isterinya telah berpakaian kemas dan satu bagasi di heretnya menuju kereta. "Sayang nak kemana ni? Sayang nak tinggalkan abang ke?" Tanya Tengku Syah Zafran risau. Alisya Alana tersenyum sinis tanpa menjawap pertanyaan Tengku Syah Zafran itu. "Jom Pak Amin, dah lambat ni" kata Alisya. Pak Amin hanya mengangguk. Kereta itu pun meninggalkan perkarangan apartment mewah itu.
Tengku Syah Zafran tak senang duduk memikirkan Alisya yang menghilang selama sebulan lebih. Bila ditanyakan ayah mentuanya, dia hanya berkata "sabar je lah nak." Itu saja yang diucapkan oleh Pak Zaki. Begitu juga lah mama papanya. Jawapan yang sama juga lah.
Alisya berjalan di kawasan perumahan yang sederhana tetapi menyenangkan itu. "Pagi neng, kok neng sendirian? Ka Shazlan udah ke tempat kerja ya?" Tanya Pak Suryo. Jiran abangnya dengan ramah. "Pagi juga Pak, iya ka Shazlan udah ke tempat kerjanya tadi pagi. Subuh kalau gak salah. Kenapa ya Pak? Bapak ada perlu? Iya nih Pak sendirian. Ambil udara pagi. " kata Alisya sambil tersenyum. "Sebenernya bapak mau minta tolong sama kakak sampeyan nganterin si Lilis ke kampusnya. Mau naik angkot, mahal." Kata Pak Suryo dengan nada rendah. Alisya merasa kesian dengan Pak Suryo sekeluarga. Mereka baik dengan abangnya sekeluarga. Biarpun mereka kekurangan mereka selalu membantu seikhlas hati. "Saya bisa nganterin Lilis kok Pak Suryo. Lagian saya gak ngapa-ngapain dirumah, kak Anisya kerja. Anak-anak sekolah. Bosan. Hehe. Kang Rezky kemana Pak? Ntar saya mau kang Rezky temenin saya jalan-jalan ke burobudur gitu." Kata Alisya dengan lembut. Alisya yang fasih berbahasa indonesia sejak kecil kerana abang Shazlannya berbahasa indonesia dengannya sejak kecil. "Rezky ke pabrik mau lihat anak buahnya. Ntar siang baru dia pulang." Jawap Pak Suryo senyum. "Iya deh Pak. Gak apa-apa kalau gitu." Kata Alisya ramah.
Tengku Syah Zafran terserempak dengan ayah mentuanya berbual dengan lelaki kacak yang dengan Alisya Alana dulu di sebuah restauran. Ayah mentuanya yang kelihatan akrab sekali dengan lelaki itu. Rasa cemburu melanda dirinya. Ayah mentuanya tidak seakrab itu terhadapnya. 'Begitu jahat kah aku sampai ayah mentua ku sendiri tak seakrab itu dengan ku. Ya allah ini kah balasanMu pada ku.' Katanya dalam hati.
Tengku Syah Zafran mendail nombor handphone Alisya Alana tetapi tidak dapat, 'maaf nombor yang anda panggil berada di luar kawasan liputan. Sila cuba sementar lagi terima kasih.' Tengku Syah Zafran sepertinya hilang arah. Rasa rindunya terhadap Alisya Alana seperti tidak dapat dibendung lagi. "Sayang balik lah cepat.. Abang amat merindui sayang." Kata Tengku Syah Zafran sayu. Airmatanya jatuh dengan lajunya dipipinya.
Bagaimanakah selanjutnya?😌 Panasan nak tau siapa kah gerangan lelaki itu... Dapat kah Tengku Syah Zafran menghubungi Alisya Alana..? 😄 Stay tune... Jangan komen dan vote... ✌♡ I lap u all hehe
YOU ARE READING
Cintaku Bukan Mainan
Romans'Bu maafkan Alisya' rintih Alisya Alana dalam hati. Dia tidak menyangka dia dan Tengku Syah Zafran di tangkap basah di apartment Tengku Syah Zafran ketika dia di suruh oleh Engku Sherry untuk mengemas apartment Tengku Syah Zafran. "Ayah tak salahkan...