Chapter 9

219 7 2
                                    

Rei dan Mei datang sekolah begitu awal,kehendak temannya diikuti,Mereka berdua menunggu Usagi di pintu pagar,agar pelik kehendak Usagi untuk bertemu mereka awal pagi.

"Sejuk la..!"Rei memeluk tubuhnya,Mei tengah leka membaca melihat Rei yang tengah kesejukan.

"Kamu tidak bawa pek panas ke?"Mei berkerut melihat Rei mengosok lengannya.Rei menggeleng kepala,walau berpakaian sejuk yang tebal dia tetap rasa sejuk.

Dari jauh Usagi melambai tanganya kepada kedua temannya,Rei dan Mei mendekatinya.Khabar Usagi di masuk Klinik keluarga Momoru memang mereka ketahui dari Puan Mikasa.

"Kau jatuh pengsan tempoh hari ke Usagi!?"Rei terus menanya Usagi,Usagi mengiyakan.

"Jom kita pergi library!"ajak Usagi tanpa berlengah lagi.Kedua teman ikut Usagi,suasana sekolah begitu hening sedikit hanya pengawai keselamatan dan tukang bersih yang ada.Usagi meneruskan ke library tanpa berlengah mereka masuk ke library sedikit sunyi,Usagi menolak engsel pintu,pintu di buka dengan mudah.

"Usagi kau...!"Mei terkejut bila melihat dengan mudah Usagi membuka pintu library.Usagi membuka api dan pemanas.Rei dan Mei memandang satu sama lain,tingkah Usagi kelihatan pelik.

"Usagi kenapa?"soal Rei melihat Usagi ke rak buku macam mencari sesuatu.Mereka berdua perasan Usagi kerap ke library dua minggu sejak akhir-akhir ini.Buku yang di cari telah ketemui.

Di ajak Rei dan Mei duduk bersama,Usagi membuka buku mengenai cakerawala kepada mereka berdua.Rei dan Mei memandang Usagi tidak mengerti.

"Kenal tak ini!?"Usagi menunjuk gred planet kepada mereka.

Mereka melihat muka surat yang di tunjuk oleh Usagi.Usagi memandang mereka dengan serius.

"Okey..Usachan what about this?"Mei menunjuk buku itu,untuk mengerti apa maksud Usagi.Rei pun mengangguk kepala.

"Kalian pernah dengar Bima sakti?"soal Usagi.Rei dan Mei mengangguk.

"Dalam cekarawala ini..ada lagi planet-planet kecil yang tiada dalam data di dunia!"Usagi menjelaskan kepada mereka berdua.

"Dulu....semasa kemalangan ada tak benda pelik berlaku!"Usagi menyoal mereka.

"Ada...tapi lepas kau kemalangan!"Mei memeggang dagunya.Rei cuba mengingati apa yang berlaku semasa Usagi kemalangan.

"Rasanya ada komet jatuh arah bumi,tapi ghaib hilang entah kemana...radar dalam berita menunjuk komet itu hilang tiba-tiba!"Rei memberitahu.

Usagi memandang teman-temannya,Rei dan Mei menunggu bicara dari Usagi,Usagi tahu untuk menjelaskan kepada temannya ini satu kesulitan.Tapi ini demi masa depan bumi,mimpi yang di alami 2minggu sebelum dia pengsan dan mengalami pertukaran dirinya membuat dia mencari Srikandi yang di tunjuk dalam mimpinya.

"Kalian maaf ye.....kalian aku!"Usagi baru mahu ingin beritahu dua orang sahabatnya,pintu di tolak oleh seseorang.Kelihatan dua pelajar perempuan masuk ke situ,kedua pelajar sedikit terkejut melihat mereka.

"Maaf kami ulangkaji!"ujar Rei membohongi kedua pelajar itu.Kedua-dua mengangguk faham apa yang di katakan oleh Rei.

"Kejap lagi nak bunyi loceng,jom kita beredar!"Mei bangun dia mengambil buku tebal itu dan meletak di raknya.

Usagi memandang wajah temannya,dia tersenyum apa yang ingin di cakap terpaksa di rahsiakan oleh Usagi buat sementara waktu, mungkin belum sampai masanya dia beritahu kedua temannya.Usagi memandang susuk tubuh kedua temannya,cahaya yang memancar dari kedua teman sudah mula menunjuk kearahnya,anak mata mula bertukar keemasan.Usagi harus bersabar untuk memberitahu rahsia kepada temannya.

"Ohayo Usagi!"tiba-tiba seseorang menyapa halus kearah cuping telinganya,dia berpaling melihat siapa yang memberi ucapan pagi kepadanya,Momoru tersenyum senang bertemu gadis dirinduinya.

"Ohayo senpai!!"Usagi tersenyum kepada lelaki yang selamatkannya.Rei dan Mei behenti seketika bila melihat Usagi berbual dengan Momoru mereka beredar memberi ruang Usagi bersama jejaka idamannya.Gelak ketawa Momoru kedengaran,dari jauh sepasang mata melihat kemesraan kedua merpati sejoli dengan perasaan cemburu dan marah,Satsuki tidak jadi pergi ke bilik Ketua Pelajar bila dia terserempak Momoru dan Usagi,hatinya sakit melihat juniornya mendekati Momoru.Selama ini dia tidak sangka saingannya gadis lurus seperti Usagi.

Dia kembali ke kelas,di hempasnya begnya ke mejanya ada pelajar berbisik-bisik satu sama lain bila melihat Satsuki marah.

"Apa masalah kalian!"Satsuki benci betul dengan pelajar-pelajar yang memandang dirinya.Selepas kejadian itu dirinya di pandang rendah rakan kelasnya dan pelajar yang lain.Kalau Usagi tidak muncul, senang kerjanya.Sudah kehilangan Momoru,malah kedua-duanya mula rapat.

Dia harus lakukan sesuatu untuk memisahkan Momoru dari gadis itu.Satsuki tidak puas hati dengan kegembiraan sepasang merpati sejoli itu dia harus hancur hubungan mereka.

PUTERI REMBULANWhere stories live. Discover now