chapter 11

155 5 3
                                    

Usagi masih tidak perasan bahaya bakal menimpa dirinya.Dua pengikut Trista telah turun ke bumi untuk menghapus waris Serena Ion dan Roa kembar yang di utus untuk menghapus dirinya.Momoru mula rasa kurang enak tentang kemunculan dua pelajar di sekolahnya.

Cuti pendek telah tamat,alam pesekolahan berjalan seperti biasa.Usagi,Rei dan Mei berjalan seiringin ke kelas,kejadian lemas tempoh hari di lupakan oleh mereka.Momoru menegur ketiga-tiga sahabat baik itu.

"Ohayo,minna!"Momoru memberi senyuman manis,jejaka akhir tahun itu memandang Usagi.

"Usagi..boleh kita berbual sekejap?"Momoru memandang wajah Usagi.Usagi mengangguk.

Rei dan Mei masuk ke kelas dahulu,Usagi mengikut Momoru.Sesampai di keridor yang sunyi,Momoru menarik nafas panjang.

Usagi memandang lelaki bermata biru itu.

"Usagi...saya tahu dulu,saya pernah luka perasaan kamu,kalau kamu masih ingat..dan sekarang ini saya tidak boleh simpan apa-apa rahsia dari kamu,makin saya mendekati diri kamu makin saya susah nak lepaskan kamu..kejadian lemas hari itu lagi menambah ketakutan dalam diri saya.Saya pernah buat kesilapan itu dahulu,memori kamu hilang dan kejadian kamu lemas membuat saya ingin lindungi diri kamu..Usagi sudi jadi teman wanita saya"Momoru luahkan perasaan kepada Usagi.

Usagi tidak mampu berkata apa-apa kerana luahan Momoru begitu spotan.Wajah Usagi berubah merah,malu bila mendengar luahan dari Momoru.

"Saya tidak mahu paksa awak,awak boleh fikirkannya lagi"ujar Momoru tidak mahu beri tekanan kepada gadis kesayangan.Bunyi loceng berbunyi,mereka berpisah masuk ke kelas masing-masing.

______________________________________________________________

Sesampai di rumah Usagi merebah dirinya di katilnya,kehidupan hariannya berjalan dengan lancar,sejak rohnya memasuki tubuh Usagi ,dia mula rasa selesa sedikit.dia memandang syiling kosong.Teringat luahan Momoru kepadanya,dia bangun dari perbaringannya.

Dia berdiri depan cermin panjang,di sentuh cermin itu.Ibarat melihat dirinya lagi satu.Image cermin itu bertukar rupa ,seorang gadis berbaju dress panjang dengan hiasan mewah menyaluti tubuhnya,matanya golden hazel berambut panjang berwarna perak keemasan.Lady Serenty memandang dirinya kembali.Dia menyetuh imej itu,ada secebis senyuman dari image itu.

"Ummmm..Usagi kamu ke?"ujar Serenty kepada image dirinya yang sebenar.

Image itu masih menyepikan diri.Tiba-tiba Image itu ingin kata sesuatu hanya gerakkan bibir sahaja tanpa suara.

"Usagi..saya tidak dengar!"ujar Serenty.Perlahan-lahan image dirinya hilang.

"Jangan Usagi!!"Serenty tepuk cermin itu berkali.

"Usagi kenapa !!?"Puan Mikasa buka pintu bilik puterinya.

Usagi duduk di depan cermin panjang itu,dia menoleh ke arah ibunya.Dia tersenyum tawar.

"Maaf ibu saya mengigau''senyum Usagi,dia menipu wanita di depannya itu.

"Lain kali jangan terus tidur,bersihkan diri kamu dulu!''bebel Puan Mikasa.Usagi tersengih.Puan Mikasa geleng kepalanya dia turun dari bilik anaknya.

PUTERI REMBULANWhere stories live. Discover now