Chapter 19

42 3 0
                                    

Musim berganti hari Usagi a.k.a Puteri Serenty mula menjadi kuat.Musuh mula berani tunjukkan diri mereka.Sahabatnya tidak pernah leka memberi bantuan kepadanya.

Hujan lebat mula turun membasahi bumi.Ini menyebabkan suasana begitu suram.Usagi membantu ibunya di dapur.Suasana sunyi mula menguasai mereka,tiada perbualan antara mereka,mungkin kerana keadaan yang suram membuat mereka tiada topic untuk di bicarakan.

Bunyi loceng di luar rumah membuatkan mereka melihat antara satu sama lain seketika.

Usagi pergi ke depan,untuk melihat siapa yang datang di rumah dalam keadaan hujan lebat ini.Pintu di buka tiada sesiapa di luar sana,petir menyambar dengan dentuman kuat.

Usagi perasan ada bungkusan di depannya,dia mengambil bungkusan itu,di bungkusan tetera namanya.Perasaan pelik mula menghantui perasaannya.

Dia masuk ke rumahnya,ibunya menuju ke ruang tamu.Usagi memandang ibunya.

''Apa itu?''ujar Misae.

Usagi geleng kepala tanda dia tidak tahu isi apa di dalam bungkusan itu.

''Sayang ada buat pembelian online ke?''ujar si ibunya.Mungkin Misae ingat Usagi lupa.

''Tiada..''sepatah jawapan Usagi.Di keluarkan kotak dari bungkusan itu.Dia buka pembalut coklat itu.Dengan perlahan kotak di buka.Tiba-tiba lompat sesuatu berwarna hitam dan bola.

''Luki P!!!''jerit Usagi.

Ibunya pelik dengan jeritan anaknya itu.Dengan pantas dia memeluk bola hitam itu.

''Maaf ibu saya baru teringat memang saya ada beli barang di online!''sengih Usagi.

Misae mengusap kepala anaknya itu,sambil tersenyum.Bingkas dia bangun dan membiarkan Usagi dan barang berbentuk bola itu.

''Luki!rindu kamu!!''ujar Usagi lembut.

''Siapa hantar kamu?''Usagi menanya kepada bola bermata kucing itu.Luki kucing yang di cipta Pluto untuk Puteri Serenty masa di Revillion satu masa dahulu.Kini dia tidak pasti siapa yang hantar Luki kepadanya.

Luki P memandang Usagi.Dia keluarkan bunyi bip'.Sesuatu menyala di kepalanya.Usagi memandang mata Luki P.

Bayangan dari mata Luki P menceritakan kedatangan Luki P kepadanya.Rupannya Luki P di hantar Penjaga masa Pluto.Mungkin ada kegunaan Luki P masa akan datang.Usagi terimbas masa dia kecil umurnya 7 tahun masa itu.Pluto menghadiahkan bola kucing kepadanya,robot mini bermata biru dan memiliki antena yang menyala sentiasa.Di peluk penuh rindu. Luki berbunyi ingin menyampai sesuatu, Usagi memandang Luki melompat arah cermin besar depannya.

"Luki!?" Dia memandang si biru gelapnya itu. Usagi mendekati cermin itu, dia teringat jasadnya. Luki menebus memasuki cermin itu.

'Luki!!! "Usagi menjerit, dia baru sedar dia berada di dalam cermin. Luki melompat-lompat memberi isyarat padanya.

Usagi mengikut Luki. Tiba satu tempat dia menemu seseorang miripnya.

"Usagi!!" Sedikit terkejut dengan perjumpaan mereka.

"Kamu... Serena!?" Usagi tutup mulutnya terkejut melihat gadis yang bertukar tubuh dengannya.

Mereka menyentuh satu sama lain. Bagaikan magnet mereka berpelukan satu sama lain. Luki melompat-lompat ingin menyatakan sesuatu.

Kedua-dua memandang Luki. Luki memberi isyarat, sesuatu cahaya terpancar seperti gambaran kisah mereka. Gambaran pergorbanan bonda mereka untuk mereka. Dua pengorbanan untuk mereka. Air mata mengalir melihat gambaran.

"Bonda dalam tahanan mereka!" Usagi menekup mulutnya.

"Serena macam mana ingin selamatkan bonda?" Ujar Usagi memandang tubuh kaku.

PUTERI REMBULANWhere stories live. Discover now