1

2.9K 149 0
                                    

Madiha memegang dadanya yang berdegup kencang. Nafas ditarik dalam-dalam.  Dia cuba menenangkan dirinya.

Hari yang di tunggu sudah tiba. Hari dimana dia akan berdaftar di salah sebuah Universiti terbaik iaitu Universiti Putra Malaysia untuk kemasukan ke Asasi Sains Pertanian. Pertanian? Jadi petani ke? Soalan yang sering ditanya oleh makcik-makcik bawang di luar sana.

Universiti Putra Malaysia merupakan Universiti yang mendapat kedudukan top3 dalam Universiti terbaik dia Malaysia. Nama Universiti ini dahulunya merupakan Universiti Pertanian Malaysia tetapi si tukar kepada Putra. Pelajar asasi sains pertanian akan belajar seperti pra-Universiti biasa tetapi mereka mempunyai subjek tambahan iaitu Pertanian. So kira kitaorang amik satu subjek lebih lah.

Keputusan aku yang tidak cemerlang tidak membenarkan aku belajar di luar negara seperti rakan ku yang lain Hanya kerana subjek bahasa Inggeris ku mendapat C +. Itulah mak ayah dah degil nasihat tak buat jugak. Padan dengan muka!

Subjek Inggeris adalah salah satu subjek yang aku lemah. Nak senang citer aku ini memang lemah subjek bahasa-bahasa ni! Entah kenapa. Mungkin kerana bahasa perlu menghafal manakala subjek lain hanya perlu memahami konsep. Itu yang aku lemah tu!

Haih. Wahai candidate SPM pastikan korang kuasai bahasa Inggeris dan mendapat sekurang-kurangnya B solid. Kalau tak jadi macam aku, walaupun mendapat 8A tetapi tidak banyak course yang ditawarkan untukku. Huhe. Nasib UPM ni ngam- ngam je C+ at least.

Panjang aku membebel kan korang pulak eh!

Perjalanan dari rumah ke Universiti ini tidaklah jauh mana. Hanya mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk sampai.  Sebenar aku mahukan Universiti lebih jauh dari sini. Tetapi Puan Aqilah iaitu ibu aku tidak akan sesekali melepaskan antara perempuannya yang satu ini. Takpalah mungkin ada hikmah.

Think Positive and Spread Positive. Tak gitu?

" Diha.. Kita dah sampai ni. Turun dululah. Ayah nak cari tempat kereta ni." lamunan Madiha terhenti apabila suara Ayah bersuara. Madiha mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Kelihatan dari jauh bangunan Universiti itu berdiri tegak. MAK AI! Besar bebenor. Boleh sesat ni!

Madiha memuncungkan mulutmya apabila Encik Bahrin menyuruhnya untuk pergi seorang diri berdaftar.

Ayah tak faham ke yang akh sangat malu plus berdebar. Boleh pula dia suruh kita pergi daftar seorang diri. 

Madiha akhirnya mengambil beg yang berisi maklumat peribadinya di belakang tempat duduknya apabila bunyi hone belakang berbunyi. Beg di sandang di bahu.

"Ayah jangan lama-lama tau cari parking kereta. " Madiha sempat memesan kepada ayahnya. Dah besar panjang pun masih penakut! Siapa je tak takut. Tak kenal sesiapa. Kalau aku kena culik kahwin dekat siam macam mana?

Overacting, yeah.. That's me!

" Ye... Dah besar panjang pun tak akan lah tak leh daftar sendiri. Dah cepat keluar. Ada orang tunggu dekat belakang" sempat Encik Bahrin memerli satu - satunya anak perempuannya itu.

Arfa Madiha keluar dari perut kereta apabila kereta di belakang mereka membunyikan hon kereta. Bila masa pulak ada kereta ni.

Madiha hanya mengukirkan senyuman tanda maaf seraya kereta bmw itu bergerak melaluinya. Fuhh marah betul bang. Tak senyum langsung!

Oh My Bossy Lecturer! Where stories live. Discover now