Arfa Madiha bergerak masuk ke bilik stor yang menempatkan mop dan alatan pembersih tandas. Nasib baik dia berjumpa dengan Makcik Kasim, cleaner di situ.
"Anak ni nak cari apa dekat stor ni?" satu suara memberhentikan tangan Madiha yang liat mencari sabun san mop.
"Hehe.. Assalamualaikum.. Saya nak cari sabun dengan mop" jelas Madiha.
"Lah.. Kena denda lah ni? Meh-meh makcik carikan. Alhamdulillah.. Harini ada peneman Makcik harini"
Eh. Pandai Makcik teka! Madiha tersenyum kecil mendengar kata-kata wanita dihadapannya itu. Ahli nujum ke Makcik ni dulu? Macam mana dia tahu?
"Hahaha.. Itulah kehadiran saya untuk meneman Makcik dengan ikhlas. Hehe.. Nama saya Arfa Madiha. Makcik boleh panggil Madiha je. Nama makcik apa?"
"Panggil Mak Milah je.." jelas wanita itu yang dikenali sebagai Mak Nilah.
"Mak Milah.."
Madiha menangguk perlahan sebelum di hulurkan mop dan pencuci oleh Mak Nilah kepadanya. Madiha menyambut.
"Nah mop dan pencuci. Makcik dah cuci tingkat 3 dan 4. Tingkat 1 dengan 2 je Mak Milah belum cuci.." terang Mak Nilah.
Madiha menganguk laju. Dia hanya mengikuti langkah Mak Milah.
" Madiha cuci tandas pensyarah lelaki ye.."
"Eh.. Tak naklah Mak Milan.. Nanti kena tangkap khalwat macam mana"
Lengan Madiha menjadi sasaran pukulan Mak Milah. Madiha mengadu sakit. Lengan ya digosok.
" Sampai hati Mak Milah pukul lengan saya."
" Tengah hari camni semua keluar. Pensyarah pun makan dekat luar. Jaranglah ada pensyarah masuk tandas tengah hari camni"
Madiha menganguk seperti burung belatuk sekali lagi. Tapi dia masih was-was.
" Dahlah.. Baik kamu bersihkan cepat-cepat. Lunch nak habis dah ni. Kang ada yang kena tangkap khalwat dekat tandas"
"Amboi Mak Milah. Perli kita ye.."
"Bukan perli.. Nasihat.. Dah cepat"
Madiha tanpa menunggu lama terus masuk ke tandas pensyarah lelaki.. Di bermula dengan menyimbah air yang bercampur dengan sabun. Dia muu bermula mop lantai.
"Eii Asal banyak sangat aku bubuh sabun dengan air ni. Dah macam kolam renang dah. Habis basah kasut sneaker aku ni."
Madiha mengangkat sedikit kakinya. Nasib dia memakai seluar panjang. Telefon diambil. Lagu keluaran baru Blackpink dipasang.
"HA HA HOW YOU LIKE THAT!"
"PADANG PING PONG PING PONG PONG PONG"
Madiha turut menyanyikan lagu yang dipasang apabila lirik yang dia tahu dinyanyikan. Badannya digoyang ke kiri dan ke kanan.Madiha Madiha membersihkan tandas terlebih dahulu. Takdalah kotor mana tandas nya. Madiha sambung membersihkan tandas tanpa masalah.
BUKK!
Madiha cepat keluar untuk melihat perkara yang berlaku. Alangkah terkejut melihat Sir Amsyar baring di atas lantai.
"Sir Amsyar? Kenapa Sir tidur dekat sini? Apps trivago kan ada? Kenapa Sir-.."
"ARFA MADIHA BINTI BAHRIN!!"
I'm DeaD! Tapi mana Sir tahu nama penuh aku? Apa kau fikir ni, Arfa Madiha. Kau baharu sahaja bangunkan singa yang sedang tidur!
Madiha memandang ke lantai melihat susuk tubuh yang jatuh mencium lantai. Baju kemeja putih Sir Amsyar sudah habis basah kuyup menampakkan badannya yang seksi. AUCH! Apa kau merepek Madiha! Kau sedar tak kau berhadapan dengan singa yang lapar sekarang!
YOU ARE READING
Oh My Bossy Lecturer!
RomanceArfa Madiha. Orangnya secantik nama. Dia mempunyai impian yang ingin dicapai sebelum dia memikirkan soal perkahwinan. Keputusan SPM yang cemerlang, 8A tapi siapa sangka subjek english mendapat C+? Setiap hari dia menjadi sasaran lelaki bossy itu. ...