Madiha terus bergerak Aras 3. Dia mengeluh beberapa kali. Mana tak ye. Dua beg perlu diangkat naik tangga. Nasib Madiha ni berbadan agak chubby. Selepas 10 minit menaiki tangga akhir Madiha sampai ke aras 3. Nombor bilik 69 di cari. Kelihatan pintu bilik 69 sudah terbuka. Mungkin Hana sudah sampai.
"Eh Hana! Bila sampai? Cepatnya awak kemas. Awak pakai superpower apa cepat sangat ni? " soal Madiha ceria melihat wajah yang dikenali sedang duduk di hujung katil.
"Hahaha. Mak dengan Kakak saya tolong kemas tadi. Awak tak terserempak ke dengan mereka. Diorang baru balik" Hana gelak halus mendengar usikan Madiha.
"Eh tak perasaan pulak." Madiha meletakkan begnya di hujung katil lalu mengambil tempat duduk diatas katilnya yang masih belum di pasang cadar. Bahunya dipicit perlahan. Penat betul angkat sorang-sorang. Nak suruh Ayah malu pulak dorm wanita. Ibu aku pula berkerja oversea. Abang Zaid pulak bekerja.
Tinggal aku seorang diri. Huhu
" Nampak penat betul awak.. Rehat lah dulu" kata Hana risau. Air mineral 500ml yang dibeli tadi diberikan kepada Madiha.
" Haha. Nampak sangat ke? Tak tahu kenapa saya bawak barang banyak sangat. Padahal rumah dekat je." Madiha meneguk air mineral itu rakus selesai sahaja berkata. Haus betul tekaknya.
"Awak angkat barang awak semua ni sorang? Lah kenapa tak call saya. Boleh saya tolong" soal Hana.
"Tak apalah. Awak pun nampak penat jugak. Lagipun nombor telefon awak pun saya tak ada." Madiha tergelak kecil.
Kenapa mereka tak terfikir nak tukar nombor pagi tadi?
"Hahaha ye tak jugak.." Hana ketawa halus.
Madiha hanya tersengih seperti kerang busuk. Penat punya pasal. Nak ketawa pun rasa penat.
Madiha melihat bilik yang mereka dapat. Bilik ini menempatkan dua orang. Ada dua meja belajar, dua katil dan dua almari. Dia kira untung kerana mendapat bilik yang hanya menjadi penghuni dua orang. Kerana terdapat jugak bilik yang mempunyai 6 penghuni. Senang cerita senang nak belajar lah. Lagi-lagi Madiha ini seorang pelajar yang suka study malam. Takdalah dengar dengkuran malam-malam.
"Awak lapkan meja and almari saya ke?" tanya Madiha apabila meja dan Almarinya tidak berhabuk apabila disentuh.
"Ha. Ah. Tak ada kerja nak buat tadi. Itu yang rajin lap awak punya kawasan sekali." balas Hana lembut.
" Kawasan? Hahaha. Macam Kak Long pulak. Nanti saya belanja awak makan tengah hari."
Mata Hana bersinar apabila mendengar perkataan belanja. Siapa tak suka makan free.
" Hana, kawal riaksi muka awak tu. Nampak happy sangat tu" tegur Madiha sambil tergelak me lihat riaksi wajah Hana yang nampak sangat gembira.
"Nampak sangat ke?" tanya Hana, tangan mengaru kepalanya tanda malu.
Kami tergelak. Tak sangka gadis ini bukan pendiam seperti dia sangkakan. Sangat ramah. Bukan macam dirinya. Nampak je macam berani. Tapi sebenarnya Madiha sangat pemalu bila di hadapan orang ramai . Setiap kali presentation atau pentandingan yang memerlukan dua untuk bercakap bahasa english. Pasti Madiha tarik diri dahulu. Haish.
' I wish i can gain more confidence from now on.' Keluh Madiha seorang diri.
"Dah siap ke belum? Lambatnya. Macam nak jumpa bakal suami je awak ni." jerit Madiha dari luar. Dapat dilihat Hana yang masih dihadapan cermin membetulkan tudung bawalnya. Jadilah macam Madiha hanya memakai tudung sarung. Ceh.
" Iron tudung tadi tu yang lambat . Sorry lah. Jomlah pergi makan, lambat dah ni " gesa Hana kepada Madiha sebelum mencapai brg tangannya di hujung katil.
"Eh.. Eh kita pulak dimarahi" Madiha menjulingkan mata keatas. Sebelum tangannya ditarik oleh Hana.
"Hahaha.. Jomlah dah lapar dah ni"
Kami berdua berjalan cepat. Sebenarnya Hana yang jalan cepat. Madiha masih di belakang. Bak kata Madiha chill chill. Ini masalah Madiha yang lain. Madiha seorang pelajar yang sangat santai. Sebab itu kot resultnya juga santai. Semua perkara dia buat lambat dan di akan berkata "Relax lah. Chill Chill dulu. Jauh perjalanan, Luas Pemandangan."
Ini agaknya kenapa rakan kelasnya membencinya kerana Madiha sering membuat ramai rakannya terhasut sehingga semua rakannya membuat perkara sama dengannya.
Madiha membetulkan tali kasutnya sneakernya yang terbuka. Leceh betul pakai sneaker ni. Asik terlepas je ikatan tali dia ni. Omel Madiha perlahan.
PIN PIN PIN!
Madiha terkejut apabila bunyi hon sangat hampir dengannya. Hampir sahaja sia melatah apabila hon kereta berbunyi dengan kuat ditelinganya.
Hana cepat menarik tangan Madiha daripada mencangkung di belakang sebuah kereta BMW. Fuh! Nasib tak ada sakit jantung. Siapa lah dok hon kereta ni!
"Hey budak! Kau tak nampak ke aku nak reverse ni! Nasib aku tak langgar kau. Jangan betulkan tali kasut belakang kereta lepas ni. Faham?!"
Madiha mencari suara garau milik lelaki itu. Madiha baharu sedar bahawa di membetulkan tali kasutnya di kawasan letak kereta. Madiha tepuk dahi beberapa kali. Hana pun satu tak bgithu! Haih. Habislah kena sembur lagi. Pagi tadi kena, tengah hari kena. Haihlah Madiha Apalah malang sangat hari kau ni. Q
" Maafkan saya Encik. Saya tak perasan Encik nak undurkan kereta. Dari hujung kepala sehingga hujung kaki Encii saya memohon maaf. Encik nak saya mohon maaf dekat kelemumur Encik pun saya sanggup. " Madiha terus menunduk kepalanya 90 darjah sambil berkata atau merepek. Hana menahan ketawa apabila Madiha membalas dengan jenaka.
Dia tidak beriak langsung mendengar usikan atau perlian Madiha. Madiha mengangkat kepala untuk cuba melihat gerangan lelaki yang menyemburnya itu, tapi malangnya wajahnya tidak begitu jelas kerana lelaki itu memakai cermin mata hitam. Lelaki itu terus masukkan kepalanya semula ke dalam kereta lalu mengundur keretanya kepala dan bergerak pergi. Fuh. Lapar sangat ke tu awak. Muka ketat semacam!
Ni bukan kereta BMW yang hon tadi pagi ke? Patutlah pun. Orang sama. Dah minta maaf pun muka ketat. Skin care apa dia pakai ni? Mesti lupa pakai moisturiser ni.
"Madiha, awak okay tak?" tanya Hana prihatin. Alahai suaranya. Lembut Ayu gitu.
"Saya okay. Tapi saya rasa lelaki tadi tu mental. Saya minta maaf pun di hiraukan. Ergh! Berlagak betul!" Madiha mengengam penumbuk. Rasa nak bagi penumbuk sekali je, aekali je.. Biar muka ketat lelaki tu longgar sikit.
"Hahaha. Awaklah buat lawak. Nasib saya boleh tahan. Okaylah.. Sabar sabar. Harini saya belanja. Jom-jom takut habis pulak makanan dia jual." kata Hana apabila melihat muka cerut Madiha yang mungkin tidak puas hati dengan sikap sombong lelaki itu.
Madiha tersenyum keseronokan. Orang belanja boh! Madiha berjalan laju apabila mendengar Hana mahu berbelanja. Baik cepat sebelum orang tukar fikiran tak gitu?
Madiha berdoa agar dia tidak berjumpa lelaki sombong seperti itu lagi.
Such a jerk!
YOU ARE READING
Oh My Bossy Lecturer!
RomanceArfa Madiha. Orangnya secantik nama. Dia mempunyai impian yang ingin dicapai sebelum dia memikirkan soal perkahwinan. Keputusan SPM yang cemerlang, 8A tapi siapa sangka subjek english mendapat C+? Setiap hari dia menjadi sasaran lelaki bossy itu. ...