Stay Up

26 2 0
                                    

     Aku kini berada di sini, dorm S4 yang kini dijadikan bilik study. Jarum jam sudah menginjak pukul 12:30 malam tapi aku masih bersengkang mata menyiapkan tugasan untuk dihantar esok.
    
    Tulah, waktu prep tadi sibuk layan drama korea baru sekarang terhegeh-hegeh nak siapkan kerja sekolah. Padan muka untuk diri sendiri.

     Syukur, aku tidak berseorangan di sini. Ada seorang akak tingkatan tiga tengah siapkan assignment yang bertimbun-timbun dan tiga orang kakak tingkatan dua dorm sebelah aku sedang lepak-lepak sambil makan maggi kari. Heh.

     Aku lajukan jari aku. Sikit je lagi and yes! Kerja aku dah beres dan aku cepat-cepat kemas buku-buku aku. Dahlah tiba-tiba aku rasa lain macam sahaja malam ni...

     Sebelum aku nak keluar, aku kena melintasi meja akak tingkatan tiga tu dengan akak yang lepak-lepak tu. Aku jeling akak form 3 tu.

     Pelik. Akak tu tunduk je. Tangan kirinya yang memegang pen perlahan sahaja digerakkan. Dahlah pucat gila tangan dia. Rambut akak tu panjang sehingga menutupi mukanya.

     Aku husnudzon. Akak tu mengantuk sangat kot sampai mamai. Aku perasan akak-akak yang makan maggi tadi pandang aku semacam, tersengih-sengih. Seram pula aku tengok.

    Cepat-cepat aku naik ke dorm aku kat tingkat atas. Selepas kemas segala, aku terus melelapkan mata dan cuba melupakan apa yang terjadi.
*****
     "Biar betul?!" tanya Kak Rara, kakak dorm merangkap kakak angkat aku.

     Aku angguk dah macam robot hilang kawalan. Tiba-tiba aku rasa badan aku berpeluh-peluh pula.

     "Tapi kita tengok Nana tidur awal semalam. Selepas light off je terus tidur. Kita pun ada berbual-bual dengan Nana sebelum Nana tidur. Takkan tak ingat?"

     "Tapi kita stay up kat bilik S4. Kita tidur pukul 12:45 malam tadi."

     Aku dan Kak Rara sama-sama telan air liur.

Seram Tak?Where stories live. Discover now