Aku di bilik S4 lagi. Haih, taulah aku rajin stay up malam-malam, tak payah puji okay.
Tapi kali ini, aku bukan siapkan kerja sekolah tapi membaca novel seram asrama. Aku memang suka baca novel seram daripada layan novel cinta; -kahwin terpaksa-jatuh cinta-benci-cerai-kahwin balik. Heh, not my taste!Sambil aku menghirup kopi nescafe yang aku bancuh tadi, aku leka membaca novel tersebut. Tebal jugalah tapi ia bukan halangan buat aku.
Bukan apa, aku dah puas tidur siang tadi. Maka, jadilah aku seperti nenek si bongkok tiga.
Nenek nenek si bongkok tiga
Siang mengantuk malam berjaga
Mencari cucu di mana berada
Nenekku kahwin dengan anak rajaEh, aku baru je sebut nenek si bongkok tiga tiba-tiba je ada orang nyanyi. Seram pula aku. Siapa pula nyanyi lagu kanak-kanak tengah malam pula?
Kalau nyanyi lagu Amy ke, Awie ke takpun Siti Nurhaliza okaylah juga. Boleh aku karaoke sama.
Aku syak ada kawan aku sengaja prank aku ni. Tak lawak okay. Aku jerit kuat-kuat panggil kawan aku. Nasib baik aku seorang je.
"Lily, Muna! Aku tak takutlah!"
Senyap.
"1." Eh apa pula budak dua orang ni buat? Aku intai kat tingkap. Bilik S4 ni dekat dengan tangga.
Aku lihat ada seorang kanak-kanak perempuan dalam lingkungan 5,6 tahun macam tu dan berbaju kurung putih berbunga merah kecil sedang menaiki tangga. Lagaknya seperti sedang mengira anak tangga. Okay, aku menggigil sekarang ni.
"2, 3, 5. Eh, salahlah! Turun balik." Budak tu turun balik dan kira semula. Aku telan air liur. Tapi, mata aku macam tergam kat budak perempuan yang tiba-tiba ada.
Aku tahu waktu macam ni pagar berkunci. Macam mana budak kecil tu masuk? Aku berhusnudzon, mungkin anak warden.
Nak husnudzon pun agak-agaklah.
"1,2,3,4,5,6,7,8,9..." Aku dengar dengan jelas suara nyaring budak tu. Bulu roma aku semakin menegak. Aku dah menggigil-gigil ketakutan.Aku cuba mengingatkan kembali. Anak tangga tu semua 10, tak silap aku. Apa akan jadi kalau budak tu berjaya dengan cemerlangnya mengira anak tangga tu? Jeng jeng jeng...
Sempat lagi aku buat lawak hambar.
Aku lihat lagi budak tu. Budak tu berhenti kat anak tangga 9. Berdiri tegak. Aku dah terketar-ketar tangan.
Budak tu toleh perlahan-lahan. Matanya memandang aku. Sedih sahaja mukanya."Kak, selepas 9 apa?"
Aku baru teringat, aku terbaca kisah ni dalam novel seram tadi sebelum aku jatuh pengsan.

YOU ARE READING
Seram Tak?
HorrorRekaan semata-mata. Kisah-kisah yang tak berapa seram sangat. Aku takdelah pandai sangat, but I'll try my best. *slowupdate *Thanks for Rambut Hanbi Serabai (FB) for the great cover :)