Mak cakap, hanya budak-budak kecil sahaja yang main anak patung. Aku dah besar dan tiada masa hendak main anak patung.
Semua anak patung tu aku susun atas rak buku aku. Dari sekecil-kecil teddy bear hingga sebesar patung monyet. Cantik. Tak sangka boleh jadi hiasan benda alah ni.
Tak berapa lama kemudian, aku tiba-tiba sahaja demam panas. Teruk. Dah banyak kali jumpa doktor tapi tetap sama. Makin teruk lagi adalah.
Satu malam, aku terjaga daripada mimpi buruk aku. Ah mimpi tu datang lagi. Sejak aku sakit, mimpi tu selalu datang tiap-tiap malam.
Aku hanya memandang siling. Aku ingin bangun tetapi badannku bagaikan diikat dengan batu. Berat.
Tiba-tiba aku merasakan katilku bergoyang. Hatiku mula tak sedap.
Dalam kegelapan malam, apa yang terpapar di mataku adalah lembaga kecil bermata merah bertubuh kecil. Banyak. Berbaris di hadapan aku bagaikan mengepung aku.
Aku nak menjerit tapi suara bagaikan mengkhianatiku. Cis!
Aku sempat menjeling ke arah rak buku aku. Eh, mana...?
Aku pandang lembaga yang berada di depan aku. Badanku berpeluh-peluh dan berketar-ketar.
Lembaga itu tersenyum cuma sebelum berkata,
"Kami nak nyawa kau boleh?"
YOU ARE READING
Seram Tak?
HorrorRekaan semata-mata. Kisah-kisah yang tak berapa seram sangat. Aku takdelah pandai sangat, but I'll try my best. *slowupdate *Thanks for Rambut Hanbi Serabai (FB) for the great cover :)