Air Terjun Berpenunggu

82 4 1
                                    

Kisah 4

Cuti persekolahan sudah pun bermula,
Sekumpulan pelajar membuat keputusan untuk bercuti selama 4 hari 3malam bersama, mereka merupakan pelajar lepasan SPM dan sedang menunggu keputusan keluar. Mereka bercuti di perkampungan orang asli kerana mereka ingin mendapat ketenangan dan melatih diri hidup dalam suasana perkampungan.
Mereka telah memilih untuk tinggal di homestay berdekatan dengan air terjun supaya senang untuk mereka melakukan aktiviti. Mereka terdiri daripada beberapa orang pelajar iaitu 4 orang lelaki dan 4 orang perempuan. Mereka telah diberitahu terlebih dahulu tentang pantang larang semasa berada di kawasan air terjun itu.
Pada malam yang hening dan angin sepoi-sepoi bahasa,
Dua orang pelajar perempuan iaitu bernama Anatasya dan Saleha.
Mereka ingin mengambil angin di luar homestay, mereka berdua mula bergerak ke tebing sungai.

"Sejuknya malam ni.. hurh.. nasib kita pilih dekat sini kan sarah?."
Kata Anatasya kepada Saleha.

"Itulah... esok pagi kita mandi lah. Wuuu.."
Kata Saleha riang.

"Tapikan weyh.. kalau aku period boleh ke mandi sungai?."
Kata Anatasya.

"Bolehlah Ana.. sebab bukannya air sungai tak mengalir."
Kata Saleha.

"Ouhh baguslah.. dahlah jom masuk kang benda lain kang keluar."
Kata Anatasya yang mula menarik lengan Saleha

"Hahaha.. takdelah kau ni Ana.. takut sangat.. bukan kita takut hantu tapi hantu takut dengan kita tau tak.."
Kata Saleha dengan bangga.

"Banyaklah kau.. dah-dah jom masuk homestay."
Kata Saleha

Mereka mula beransur masuk kedalam homestay.
Setibanya di homestay mereka terlihat pelajar lelaki iaitu Hamizan dan Naim sedang berbual kosong manakala seorang lagi sedang duduk iaitu Farhan yang tidak mempedulikan mereka dan membuat halnya sendiri. Saleha dan Ana mula mendekati mereka bertiga..

"Hamizan, sayang.. Hakim mana hakim"
Kata Saleha sambil memeluk leher Hamizan.

"Entah la tadi ada dekat atas. Tapi tak tahu la pula. Tadi katanya nak tido. Penat sangat kot tadi kan dia yang drive.."

Balas Naim sambil menjeling tajam kearah Saleha.

"Ouh ok. Aku naik atas dululah. Ana kau duduklah sini dulu, ok."
Kata Saleha sambil berlari anak menaiki anak tangga.

Semasa berjalan menuju kebilik hakim Dia terdengar bunyi alat permainan tradisional dimainkan bunyinya dialunkan mengikut rentak lagu ulek mayang. Bunyi tersebut datangnya daripada bilik yang berkunci. Mengikut pantang larang tok ketua orang asli bilik itu tidak boleh dimasuki sesiapa.
Saleha terus sahaja berlari ke bilik hakim

Sesampai dibilik hakim kelihatan hakim sedang nyenyak tidur sambil berselubung didalam selimut. Jelas kelihatan nafasnya agak laju..

"Penat sangat sayang saya ni."
Kata Saleha manja sambil duduk dibirai katil.

"Sayang bangunlah. Boring ni"
Tambah Saleha lagi sambil mengocangkan badan kekasihnya. Namun tiada pergerakkan balas hanya dengusan kasar sahaja

"Biyyyyy!!!!" Tempik Saleha Sedang tangannya menjalar untuk membuka selimut. Tiba-tiba kedengaran pintu bilik air dikuak. Sarah berpaling..

Dunia 'Dia'Where stories live. Discover now