Histeria

99 9 6
                                    

Kisah 3

Location: Kuala Lumpur
Place: Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar ...................

Benda ni berlaku 2 tahun lepas, masa tu sekolah ni kecoh dengan kes histeria. Selama 2 minggu juga lah kitaorang hadap benda ni. Yang paling ketara benda ni berlaku hari Rabu. Tak mustahil lah benda tu berlakukan. Memandangkan haritu pun ada koko. So masa tu kitaorang belajar di sesi petang so koko pulak kena datang awal pagi. Nak dijadikan cerita sebelum berlakunya masalah ni. Ada seorang pelukis mural, lukis mural dekat blok A dekat dengan padang sekolah. Mural tu ada gambar sorang budak perempuan. So, Ramai budak cakap masa diaorang berjalan mata budak perempuan tu sentiasa memerhati. Macam ikut laa pergerakkan orang yang berjalan dekat situ. Kalau reader nak tau. Dekat sekolah tu dekat blok D ada 4 Aras. Aras bawah ialah bengkel kayu, elektrik, paip dan sebagainya. Aras kedua pulak terdapat makmal 2 dan 3 (kalau tksilaplah), bilik seni dan sebagainya. Aras ketiga merupakan bilik or kelas pelajar pendidikan khas (PPKI). Dan aras keempat ada bilik komputer, dan bilik ERT. bilik ERT sangat besar. Kalau diikutkan bilik Ert keluasannya 4 buah kelas. Dekat bilik ERT terdapat bilik jahitan, masakan, 1ruang makan dan ruang pribadi *bilik* (susunatur sama mcm rumah). Tapi sayangnya masatu bilik ERT ditutup (dikunci) sebelum kejadian berlaku. Tapi ada orang buat andaian lepas bilik ERT yang berkunci tu dibuka banyak benda berlaku. Benda yang pelik-pelik. Nak dijadikan cerita masa tu musim hujan. Hujan pula petang-petang. So salah seorang pelajar perempuan aras 2 blok C bertentangan dengan blok D cerita pengalaman dia..

Masa tu petang, hujan tak ada lah lebat sangat, renyai-renyai sahaja. Masa tu, budak perempuan atau mesra dipanggil D' tu main pintu belakang kelas. Tiba-tiba kawan perempuan tu tegur.
"Wehh, jangan main pintu lah kang benda tu datang padan muka"
Si D' ni dengan perasaan benggang plus tak tahu apa-apa terus duduk depan kawan dia yang tegur dia tadi.. selang beberapa minit dia dengar macam ada orang berlari dekat koridor. Dia tanya kawan dia "weh kau dengar tak? Ada orang berlari kat koridor". Dan kawan dia selamba jawab "apa kau merepek doh? mana ada apa-apa".. Actually dia agak benggang dengan kawan dia. Lepas itu, dia ambil keputusan duduk meja dia sendiri. Entah macam mana dia rase macam sejuk dekat kaki tapi dia buat tak tahu sebab dia pikir maybe tengah hujan. Lepastu dia rasa macam ada orang tarik hujung seluar dia *koko kan so memanglah pakai tracksuit* Dia pun tengok bawah meja dia. Alangkah terkejutnya bila dia nampak seorang budak lelaki muka budak tu sebelah elok dan sebelah lagi berkulat, mata dia pun sebelah putih je, lidah dia terjegil panjang je. duduk berpeluk kaki dan tersenyum kearah dia. Reaksi dia? Menjerit dan terus keluar kelas. Masa dia kat koridor dia terserempak dengan cikgu. So dia rasa tenang sikit. Dia pun masuk kelas balik. Dia tengok dekat bawah meja pulak dah takda budak tadi.
Kalau reader nak tau masa yang sama si D' nampak budak tu. Ada pelajar perempuan pergi tandas then dia nampak perempuan macam cik ponti merangkak dekat dinding tandas. Pelajar perempuan tu menjerit. Kawan pelajar tu dekat luar tandas tu masuk tandas. dia tanya kenapa menjerit. Last-last nampak pelajar tu dah pengsan.

So lepas beberapa pelajar kena histeria cikgu buat keputusan semua pelajar sesi petang duduk dewan. Ok back to story awal-awal tadi. Dekat dewan cikgu buat bacaan yassin. Masa tengah baca yassin budak tu nampak ada lembaga hitam lalu depan dia. Lepastu si D' ni menjerit dan terus pengsan. Masa orang angkat dia. Dia masih separuh sedar. Dalam keadaan separuh sedar dia nampak ada budak lelaki duduk atas badan dia. Sebelum dia pengsan dan tak tahu apa jadi.

:Berdasarkan pengalaman kisah sebenar. Yang mungkin ditokok tambah bagi menyedapkan ayat.
:tempatdankejadianwujuddanbukanrekaansemata.


Publish on: 16September2016

Dunia 'Dia'Where stories live. Discover now