bab 5

807 15 0
                                    

"Laila," Dilaila yang sedang leka memandang kanak-kanak bermain di taman permainan berdekatan dengan rumahnya tersentak apabila ditegur oleh seseorang.

"Daniel," nama itu terpancul keluar dari mulut Dilaila.

"Hmm saya datang sini sebab saya nak minta maaf," Daniel membalas.

"Kenapa nak minta maaf? Awak mana ada salah dengan saya awak ni," Dilaila membalas kemudian ketawa. Dia tidak mahu perbualan mereka menjadi serius.

"Sebab hari tu saya dah buat awak sedih. Saya ada datang rumah awak untuk minta maaf hari tu, tapi awak pula tak ada. Aunty kata awak pergi Itali? Dapat juga awak pergi kan?" Daniel menanya kerana sewaktu mereka bersama, Dilaila banyak kali memberitahu Daniel bahawa dia ingin ke Itali.

"Hahaha, hmm," Dilaila tidak tahu mahu membalas apa. Terasa seperti janggal pula duduk berdua dengan Daniel.

"Betul ke yang datang hari tu kekasih awak?" Daniel tiba-tiba menanya.

"Huh? Kekasih?" Dilaila cuba mengingati siapakah yang di maksudkan oleh Daniel.

"Oh! Lelaki tu. Errr," Dilaila tergagap-gagap mahu menjawab.

"Ye saya kekasih dia. Kenapa ye?" tanpa mereka sedari, Tengku Razif kini sudah berdiri di belakang mereka. Dilaila terkejut memandang Tengku Razif.

'Huh? Macam mana dia boleh ada dekat sini? Asyik muncul je dia ni. Pastu menghendap orang pula tu' desis Dilaila.

"Oh. Umm," wajah Daniel berubah sugul.

"Kau memang tak akan dapat peluang walau sikit pun untuk duduk dalam hati Di sebab aku dah isi ruang kosong tu," Tengku Razif memotong kata-kata Daniel kemudian dia memegang erat tangan Dilaila.

Dilaila yang terkejut cuba menarik tangannya, tetapi makin Dilaila tarik makin kuat pegangan Tengku Razif.

"Kalau macam tu tak apa lah. Umm sorry sebab kacau Laila," Daniel memberikan senyuman pada mereka kemudian dia berjalan pergi.

Dilaila kaku disitu. Dia mahu menahan Daniel tetapi kakinya seperti telah melekat kuat di tanah.

"Hish! Apesal yang bos pergi cakap macam tu dekat dia?" Dilaila menarik tangannya dari pegangan Tengku Razif kemudian dia menepuk kuat dada Tengku Razif.

"Auch! Di, aduh ni tangan ke batu?" Tengku Razif menanya. Dilaila memandang Tengku Razif tajam.

"Okay, okay. Hmm saya cuma nak selamatkan awak dari kena soal dengan dia. Kira saya dah selamatkan awak lah dari dia," Tengku Razif masih mempertahankan dirinya.

"Ih dia ni! Ergh!" Dilaila kembali duduk kemudian dia menggenggam tangannya.

"Kau tahu tak yang dia jumpa aku sebab dia nak minta maaf? Kenapa lah yang kau pergi pandai-pandai nak selamatkan aku lah, nak jawabkan soalan dia untuk aku lah!" Dilaila berang. Dia tidak tahu kenapa. Tetapi dia berasa amat marah terhadap kelakuan Tengku Razif. Tengku Razif terkejut melihat tindakan Dilaila.

"Sa..sa..saya umm," Tengku Razif tidak tahu mahu menjawab apa. Dia memang betul-betul terkejut melihat Dilaila yang sedang marah.

"Terima kasih lah sebab bos dah 'selamatkan' saya. I apreciate it so much," Dilaila berkata kemudian pergi meninggalkan Tengku Razif keseorangan.

♥♡

'Sorry?' Dilaila melihat kiriman pesanan ringkas daripada Tengku Razif. Dilaila membiarkan pesanan itu tidak berbalas. Marahnya pada Tengku Razif masih belum pudar.

Benci dan SayangWhere stories live. Discover now