bab 15

1.9K 24 2
                                    

Empat bulan telah pun berlalu, dan Dilaila sudah pun tamat tempoh berpantangnya.

"Banyak lagi ke barang nak kena siapkan?" soal Dilaila.

"Tak adalah banyak sangat. Ini pun dah nak siap dah. Cuma ada beberapa barang je lagi nak kena buat last touch up," Puan Julia membalas.

Dilaila tersenyum, kemudian dia memandang ke arah suaminya yang sedang duduk sambil memangku Tengku Adam Nufail.

"Abang, termenung jauh nampak," Dilaila menegur Tengku Razif. Tengku Razif tersenyum memandang Dilaila. Dia tahu benar, hanya pada luarannya sahaja Dilaila nampak tenang, tetapi di dalam hatinya, pasti dia sedang menangis.

"Sayang, I'm sorry," Tengku Razif menggenggam erat jari-jemari Dilaila.

"Tak apa lah abang. Di redha kalau ini yang terbaik buat kita," Dilaila membalas.

"Abang tak sampai hati," Tengku Razif berkata.

"Tak apa. Di tetap isteri abang kan. Bukannya kita terpisah ke apa," Dilaila cuba memujuk Tengku Razif.

"I'm sorry," Tengku Razif berkata.

"Tak apa," Dilaila membalas sambil mencubit perlahan pipi Tengku Razif. Tengku Razif tersenyum.

Sebenarnya Dilaila sendiri tidak sanggup di madukan. Tetapi apakan daya, ini semua telah tertulis untuknya.

"Abang tak nak pakai inai?" soal Dilaila cuba untuk menceriakan suasana antara mereka.

"Tak nak lah. Buat apa nak pakai inai," Tengku Razif membalas.

"Tapi Di nak pakai," Dilaila berkata.

"Kalau Di pakai, abang pun pakai lah," Tengku Razif berkata sambil tersenyum lebar ke arah Dilaila.

Dilaila mengambil bekas inai, dan dipakaikannya pada jari Tengku Razif, kemudian barulah pada jarinya.

"Sayang, promise me you won't cry because of this thing okay?" Tengku Razif menanya.

Dilaila menganggukkan kepalanya. Dia sendiri tidak tahu sama ada dia boleh ataupun tidak menahan perasaannya sendiri.

"I want an answer. Bukan angguk, bukan geleng. Janji atau tak," Tengku Razif berkata.

"Yes I promise," Dilaila terpaksa berbohong.

"Tak sabar rasanya nak tengok abang pakai baju tu esok. Mesti handsome kan," Dilaila berkata.

"Kali ni handsome macam siapa pula? Dulu, Armie Hammer lah, Brad Pitt lah, kali ni?" soal Tengku Razif.

"Kali ni handsome macam Tengku Razif bin Tengku Borhan," Dilaila membalas sambil tersenyum.

"Oh budak tu. Dia memang baik orangnya. Baik budi pekerti, berbudi bahasa, sopan, kelakar, handsome, comel, charming, sweet, romantik, kaya, baik hati, pemurah, hormat orang tua, bertanggungjawab, anak dia comel, isteri dia sayang dia sangat-sangat, isteri dia lawa tau. And isteri dia sexy," Tengku Razif berkata dan pada ayat terakhirnya, dia memperlahankan suaranya.

"Abang! Haih, ada orang perasan dah. Susah lah macam ni," Dilaila membalas sambil menepuk perlahan dahinya.

"Tapi yang isteri dia lawa tu, betul. Sangat-sangat betul. Di dah pernah tengok isteri dia, memang cantik. No doubt," Dilaila membalas.

"Hahahaha, sayang ni," Tengku Razif terus memeluk Dilaila, kemudian dia mengucup lembut dahi Dilaila. Nasib baiklah inai di jari tidak terkena pada baju Dilaila.

Benci dan SayangWhere stories live. Discover now