bab 10

2.4K 18 0
                                    

"Radif, aku nak file projek dekat Melaka tu," Dilaila berkata kepada Tengku Radif.

"Tu, awak ambil dekat sana. Saya tengah sibuk ni. Awak cari sendiri boleh? Fail tu kalau tak silap ada dekat atas sekali," Tengku Radif berkata.

Dilaila kasihan melihat adik iparnya itu. Dia terlalu sibuk dengan kerjanya sehingga dia sudah tidak memikirkan tentang penampilannya yang sudah tidak terurus itu. Sutnya dibuka, tali lehernya juga sudah tidak terikat dileher. Butang bajunya dibuka sedikit dan lengan bajunya dilipat hingga ke siku.

Dilaila mengeluh kerana dia tidak sampai hendak mengambil fail itu. Dia tidak sampai hati pula mahu mengganggu Tengku Radif yang sedang sibuk itu. Dilaila mengambil kerusi, kemudian meletakkannya di hadapan rak fail tersebut.

Tengku Radif yang sedang sibuk menyiapkan kerjanya terhenti seketika. Dia melihat sahaja gelagat Dilaila yang sedaya upaya cuba untuk mencapai fail itu. Tengku Radif tersenyum. Dia kemudiannya berjalan ke arah Dilaila.

Setelah terjumpa fail yang diinginkan, Dilaila pun menariknya dari susunan. Tetapi semasa dia hendak menarik fail tersebut, seekor labah-labah melompat ke atas tangannya.

"Arghh!!" Dilaila yang sememangnya takutkan serangga tidak dapat mengimbangkan badannya. Dia terjatuh dan menghempap badan Tengku Radif sehingga hidung mereka bersentuhan.

"Di?" Tengku Razif menerjah masuk ke dalam bilik pejabat Tengku Radif selepas terdengar jeritan kuat Dilaila.

Cawan yang dipegang Tengku Razif terjatuh ke atas lantai dan pecah. Hatinya bagai disiat-siat selepas melihat kedudukan isteri dan adiknya.

Dilaila yang baru perasan bahawa Tengku Razif sedang memerhatikan mereka, cepat-cepat bangun dari atas badan Tengku Radif. Tengku Radif juga bangun sambil mengurut pinggangnya. Kuat juga hentaman Dilaila sebentar tadi.

"Abang," Dilaila menelan air liur. Dia gerun melihat wajah bengis Tengku Razif yang seperti mahu menelannya hidup-hidup.

"Zif, I can...," Tengku Razif menghempas pintu, sebelum sempat Tengku Radif menghabiskan kata-katanya.

Dilaila juga berlari keluar dari bilik pejabat Tengku Radif untuk mengejar suaminya. Dia masuk ke dalam bilik pejabat Tengku Razif dan berhenti di hadapan pintu. Dia memberanikan diri untuk berjalan hampir dengan Tengku Razif yang sedang memandang keluar tingkap.

"Abang,"

"Don't call me abang!" Tengku Razif mengherdik Dilaila.

"Aku suruh kau ambil fail, bukannya menggatal!" Tengku Razif berjalan ke arah Dilaila dan mencengkam kuat rahang Dilaila.

Air mata Dilaila mengalir akibat sakit yang dirasakan pada rahangnya.

"Abang salah faham," Dilaila berkata cuba mempertahankan dirinya.

"Apa yang aku salah faham? Mata aku sendiri nampak yang kau baring atas dia. Kau ingat aku bodoh ke?!" Tengku Razif menolak Dilaila sehingga menyebabkan Dilaila terjatuh.

Dilaila tidak dapat bercakap apa-apa lagi. Dia hanya mampu menangis. Menangis kerana dirinya disalah faham oleh suaminya sendiri, menangis kerana takut dengan sisi gelap Tengku Razif yang jarang sekali ditunjukkan. Dan menangis kerana kesakitan yang dirasakan pada wajahnya.

"Aku tak sangka kau macam ni. Nasib baik aku lalu depan bilik dia tadi. Kalau tak, agaknya lagi teruk kau berdua buat. Malu aku nak mengaku kau sebagai isteri kalau perangai kau pun macam perempuan murahan," Tengku Razif berkata. Dia berjalan keluar dari bilik pejabatnya dengan perasaan yang marah.

Air mata Dilaila semakin laju mencurah. Kesakitan pada wajahnya tidak dapat menandingi kesakitan di hina suami sendiri. Dilaila duduk disitu sambil menangis dengan semahu-mahunya. Dia rasa dunianya hancur setelah Tengku Razif tidak mempercayainya lagi.

Benci dan SayangWhere stories live. Discover now