bab 13

1.5K 12 0
                                    

"Hari ni dia overtime. Kau nak aku buat apa?" soal Maria kepada Geena.

"Kau buat minuman untuk dia, and kau letak benda ni dekat dalam minuman dia," Geena berkata.

"Lepas tu?" soal Maria lagi.

Geena menarik Maria untuk berdiri rapat dengannya. Dia berbisik kepada Maria tentang rancangannya. Maria menganggukkan kepalanya tanda memahami akan apa yang diperkatakan oleh Geena.

"Ini upah kau untuk pendahuluan. Kalau kerja kau siap, aku bagi double," sampul surat yang berwarna putih itu bertukar tangan.

"Baik bos," Maria berkata, dan dia beredar dari situ.

                         ♥♡

Dilaila mengusap perutnya yang sudah mencecah enam bulan. Sekejap-sekejap dia melihat jam di tangannya.

"Haih mana pula lah suami aku ni? Kata nak teman pergi check-up. Ni tak muncul-mucul lagi ni," soal Dilaila sendiri.

Dilaila mengeluarkan telefon bimbitnya dan mendail nombor Tengku Razif.

"Hello Assalamualaikum bos. Bos dekat mana? Isteri bos lama tunggu dekat rumah ni, kata nak pergi check-up?" Dilaila menanya.

"Waalaikumsalam, Ya Allah sayang, sorry sangat abang lupa. Sayang pergi dengan Radif boleh? Nanti abang suruh Radif ambil sayang. Abang ada kerja banyak ni. Abang mungkin balik lambat, sayang tidur  je lah rumah mama malam ni ye?" Tengku Razif berkata.

"Alah, balik lambat ke? Pergi check tak apa, Di boleh naik teksi je," Dilaila membalas.

"Jangan! Jangan naik teksi. Abang tak izinkan. Nanti abang minta Radif hantarkan sayang," Tengku Razif berkata.

"Hmm yelah Di tunggu. Tapi yang tak bestnya abang balik lambat. Nanti Di rindu," Dilaila merengek.

"Hahaha sayang, jangan lah macam ni. Sayang buat abang rasa macam nak balik sekarang lah," Tengku Razif berkata.

"Haip jangan lah abang. Nanti papa marah pula sebab tinggalkan kerja. Tak apa, malam ni Di tidur rumah mama okay?" Dilaila menanya.

"Okay sayang. Take care, love you," Tengku Razif berkata.

"Love you too," selepas berbalas salam, kedua-dua mereka mematikan panggilan.

Tengku Razif tersenyum sendiri. Barulah lega rasa hatinya selepas mendengar suara isteri tercinta. Kurang sedikit beban yang sedang menyesak mindanya kini.

                          ♥♡

"Di, awak dah fikir nak bagi nama apa?" Tengku Radif menanya.

"Entah lah," Dilaila membalas.

"Saya nak bagi cadangan boleh?" Tengku Radif menanya.

"Apa?" Dilaila menyoal kembali.

"Saya tak tahu kenapa, tapi mungkin sebab saya lambat lagi nak kahwin kot. Saya suka nama Nufail," Tengku Radif berkata.

"Nufail? Sedap," Dilaila membalas.

"Sedap kan? Awak ambil lah nama tu. Saya nak juga ada tempias-tempias sikit dekat anak awak. Yelah, kalau nak muka ikut saya memang tak dapat lah kan. Eh kejap, tapi mungkin akan ada sikit-sikit kot sebab Zif dengan saya kan lebih kurang je muka. Tapi saya tetap nak pilihkan nama untuk anak awak. Nanti awak cakap dekat anak awak tu macam ni, Nufail, Nufail, nama Nufail ni pak su Radif yang bagi tau," Tengku Radif berkata dan ayat terakhirnya dia membuat suara wanita.

Benci dan SayangWhere stories live. Discover now