7~Aku! fall in love

8.3K 282 0
                                    

  Hanie tersandar lemah di sebuah pondok usang. Peluh yang menitis diseka di lengan bajunya. Dia memejam mata buat seketika. Penat bukan kepalang berlari kesana kemari mencari jalan pulang. Namun, dia semakin jauh tersesat. Sudahlah tiada orang di situ. Hendak bertanya arah pun susah.

Petang itu sekolah mereka mengadakan acara rentas desa. Hanie dan beberapa guru lain menyertai acara itu. Tak sampai separuh jalan, Hanie singgah di gerai membeli air. Dia yang ralit minum tak sedar semua orang sudah pulang kesekolah. Keluar aje dari gerai hanya tinggal dia seorang saja di situ. Tak ada satu pun wajah yang dia kenal. Kini jam sudah berganjak pukul 5:40 petang. Hanie ingin saja menangis.

"Hoi, kau!" Sapa seseorang dengan kasar.

Hanie pantas menoleh ke arah suara yang menegurnya kasar itu.

"Kau buat apa duduk sorang-sorang kat pondok usang tu. Kau nak ber'tapah' ke?" Soal Firash kehairanan. Enjin motosikal di matikan.

Hanie menjeling Firash lalu menyandarkan diri di pondok usang itu semula.

"Kau nak balik tak? Ke kau tunggu sapa kat sini" tanya Firash perihatin.

Hanie hanya Diam.

"Kalau kau tak nak balik tak apalah. Cuma aku harap kau ni orang yang kuat semanga. Dulu.. Orang kat sini selalu cerita seram pasal pondok tu. Atau pun mungkin "benda" tu.. Sedang memerhatikan kau sekarang ni. Aku bukan nak takut-takut kan kau. Tapi yang aku dengar tu cerita yang betul."

Mendengarkan cerita seram Firash itu. Bulu roma terus meremang. Hanie menelan air liurnya. Dia masih berlagak tenang.

"Kalau kau tak nak balik, tak pela aku jalan dulu." Acah Firash yang sudah menghidup kan enjin motorsikal nya semula. Hanie yang melihat Firash itu terus berlari mendekati Firash.

"Nanti dulu!.

Firash senyum meleret.
"Tadi bukan main sombong kan.."

"Aku nak balik, tapi aku tak nak naik motor. Mana kereta kau?"
tanya Hanie

Firash tersenyum sinis." Kereta aku yang kau dendam tu. Itu jugak yang kau cari, kan?.."

"Aku takut nak naik motor, aku nak naik kereta." rungut Hanie.

"Amboi..! Eh! Kira baguslah ni. Sekurang-kurangnya sampai. Tak penat nak jalan kaki daripada kau melagut seorang diri... Kena 'kacau' dengan momok ke orang jahat ke kau tak takut!. Heh! Berani kau kan duduk kat sini tak fikir langsung keselamatan diri kau!" Bebel Firash.

Walaupun dia dan Hanie kerap bergaduh namun dia masih ada hati perut terhadap gadis itu.
Hanie hanya diam mendengar 'ceramah' dari Firash. Dia bukan takut. Cuma fobia...

"Kalau kau tak nak. Sudah! Duduk lah kat situ sampai esok pagi." tegas Firash yang sudah menukar gearnya.

"Tunggu lah!!" Jerit Hanie.

Firash tidak menoleh lalu memulas handle di tangan kanannya. Firash sudah jauh meninggal kan Hanie sendiri. Dia mencapai batu di atas jalan dan dilontarnya ke arah Firash. Tetapi, sia-sia sahaja.

"Kurang asam betul lah dia ni!" Gumamnya tidak puas hati. Mata nya mula berkaca-kaca. Sungguh kejam lelaki itu. Dia sangat lelaki itu benar-benar perihatin namun sangkaannya jauh meleset.
Akhirnya dalam tangis, dia menerus kan langkahnya.

Pin! Pin! Pin!

Bunyi enjin motosikal berserta honnya membingit kan telinga Hanie yang sedang melangkah. Dia menoleh ke belakang. Firash? Huh! Hanie menjeling lalu menerus kan langkah.

Firash memperlahan kan motorsikalnya untuk menyaingi langkah Hanie.

" aku nie bukanlah kejam sangat nak tinggal kan kau sorang-sorang kat sini. Aku main-main je tadi. Dah cepat lah naik." Gesa Firash memandang kan  hari semakin lewat. Dia mahu cepat-cepat pulang ke rumah. Badannya sudah basah dan berbau dek peluh.

Hanie buat derk aje.

"Kau nak balik  ke tak?" Firash menyoal.

Sunyi.

"Cepat lah! Nak senja da ni.. Kalau kau tak nak balik tak apalah. Aku balik dulu. Baik-baik tau. Sini banyak momok....." Firash menakut-nakut kan Hanie. usai menyakat gadis itu,minyak dipulas kuat sehingga membuat gadis itu terkebelakang.

"Nanti! Nanti!" Jerit Hanie.

Firash menekan brek. Dia menoleh ke belakang, memandang Hanie.
Hanie berlari mendapatkan Firash.

"Mana helmet??"  Tanya Hanie.

"Helmet tak ada" jawab Firash acuh tak acuh yang sudah letih melayan Hanie.

"Macam mana aku nak balik.. Aku da tak larat nak jalan kaki.." rengek Hanie.

"Naik ajelah! Kalau kena saman pun biar aku yang bayar. Kau bukannya ada duit pun nak bayar saman."  Firash berdecit.

Hanie yang tadi menahan air mata mengalir juga di pipi. Tersentuh dengan jerkahan Firash. Firash terkedu melihat air mata yang membasahi pipi gadis itu.

"Hmm. Lap air mata tu dulu. Pantang orang naik motor kalau nangis-nangis."kata Firash saja mengusik Hanie.

Hanie pantas mengelap sisa air mata di lengan bajunya. Firash masih mengamati wajah Hanie yang masih cemberut. Hati lelaki nya mula terdetik. Dia pantas menggeleng.

"Dah naik cepat.!" Arah Firash.
Hanie lantas memanjat motorsikal itu. Sambil memegang sedikit baju Firash. Firash menukar gear lalu memulas handle, dan mereka pun berlalu pergi.

Sampai sahaja Hanie di rumah. Dia terus merebah kan dirinya di atas katil yang di rinduinya.. Dia betul-betul keletihan. Cepat sahaja dia terlena sebelum sempat mandi dan solat.

Tak mampu nak taip panjang2 sebab da ngantuk.😪 Tunggu part seterusnya.vote&comment and share ok..saya harap sangat2..
Okbaii~😊.

Aku,fall in love! ✔ Where stories live. Discover now