8~Aku! fall in love

9.1K 255 1
                                    

Hanie yang masih tidur terbongkang di atas katil tidak mendengar bunyi deringan iphone nya di dalam beg. Akhirnya hp itu kembali senyap.
******

Mawar yang duduk di kerusi 'staff' menekan-nekan nombor telefon adiknya.

"Mana budak ni.. Tau lah hari ni hari sabtu, tak kan tak bangun lagi. Kalau kat malaysia ni da pukul 10." rungut Mawar. Jarinya mendail lagi. Dan lagi.. Akhirnya panggilan di angkat.

"Assalamualaikum. Hanie..! Pegi mana? Mesti baru bangun ni kan."

"Akak.. Maaf lah. Hanie penat sangat. Kemarin petang ada aktiviti kat sekolah.." jelas Hanie yang masih menggosok matanya.

"Da lah bangun cepat. Tengok jam dah pukul berapa sekarang. Ish! budak ni.!"

Hanie bangun setelah Mawar 'mencuci telinga' nya. Selesai mandi dia turun kedapur untuk membuat sarapan pagi.

"Bosan gila tak ada kak Mawar. Nak buat apa eh.." Hanie menggigit jari sambil berfikir.

Nak keluar shopping takut sesat. Yelah belum tahu selok belok lagi. Duduk umah bosan. Nak karaoke takda kawan.. kalau tido.. kak Mawar membebel pulak..
Tiba-tiba hp nya berbunyi tanda mesej masuk. Jari nya pantas membuka mesej di terima nya.
"Eh kak Zara."

*Assalamualaikum Hanie. Sbuk x ari ni?*

*waalaikumsalam kak Zara.em tak sbuk jga..knapa??*

*yeke..jom keluar hehe kita pegi satu kedai ni.ada jualan murah jom.*

*emm.. Ok lah..*

*dalam masa 15 minit akak jemput Hanie ok..cepat siap!*

*ok..*

Hanie menaip mesej lalu menghantar kepada kakaknya. Takut kakaknya  marah keluar rumah tak beritahu. Dia ni di kira bawah jagaan Mawar. Takut juga kalau nanti ada apa-apa.

*Assalamualaikum kak..Hanie nak keluar bole? Hanie pergi dengan kawan sekeja Hanie ni..*

2 minit

* yela. Duit ada? *

*ada.. Hehe*

*kalau gelak bnyak lah tu kan..* usik Mawar.

*alaaa..nak mntak skit bolee..😊*

* emm yela..nanti akak kirim. Hati2 tau. Jangan balik lewat pulak.*

*yess madem..!*

******

"Uii..ramai jugak orang datang ye kak?" Tanya Hanie yang melihat pelanggan mula membanjiri tempat itu.
"Mestilah.. Ni setahun sekali je tau. Jom kita pegi.. Kot-kot ada yang berkenan.." lantas Zara menarik lengan Hanie mengikutinya.

Terdapat pelbagai ragam manusia. Hanie memerhatikan sambil tersengih. Teringat keluarga di kampung. Bila hujung minggu pasti mereka pergi ke pekan. Selalunya kedai ada juga yang jual murah walaupun tidak secara besar-besaran sebab tu rasa seronok. Setelah puas membeli beberapah barang. Hanie dan Zara singgah ke cafe untuk melepaskan penat berjalan.

"Best juga ye kak.. Sekali sekala macam ni.."

"Mestilah lah best.. Hanie pun banyak juga beli ye.. tadi kata tak nak.." seloroh Zara. Hanie hanya senyum tayang gigi.

"Akak.. Hanie pegi toilet kejap.. Tunggu tau, jangan tinggal Hanie pulak. Kalau akak berani nak tinggal kan Hanie.. Tau lah nasib akak.. ha ha ha" Hanie ketawa ala-ala penjahat sempat berdrama sambil tergelak. Zara hanya menggeleng.

"Hmm.. drama queen sangat la.." perli Zara lalu menyedut minumanya.

*****

Hanie yang baru sahaja keluar dari ladies terserempak dengan Firash. Membuntang matanya dengan mulut yang terlopong luas!

Aku,fall in love! ✔ Where stories live. Discover now