31~Aku! fall in love

7.9K 212 1
                                    

Sherry tidak senang duduk menunggu Hanie di dalam khemah itu. Mereka berdua terpaksa berkongsi khemah memandangkan hanya mereka berdua guru wanita yang menyertai perkhemahan itu.

Tadi dia mencari Firash di khemah kerana apabila dia mendail nombor telefon lelaki itu, tidak berjawab. Nalurinya mengatakan Hanie dan Firash pasti bersama. Tanpa berfikir panjang, dia keluar dari khemah. Dan dia bertembung dengan Haris.

"Hey, why are you bleeding?" soalnya.

"Siapa punya kerja kalau bukan buah hati kau tu?" tukas Haris. Kepalanya didongak ke atas bagi menghentikan darah yang mengalirkan keluar dari hidungnya.

"What?!" Sherry terkejut. "Were you guys fight just now? Very childish!"

"Pesan pada buah hati kau tu supaya jangan masuk campur hal orang lain!"

"You bagitau dia sendiri ajelah. Itu pun susah ke?"

"Kau ni memang buat aku panaslah! Aku dahlah panas dari tadi. Kena tipu kononnya petugas kem cari aku!"

"That is your problem." Sherry malas mahu mendengar omelan Haris. Dia mahu masuk ke dalam khemah semula. "Oh, sebelum I terlupa. Terima kasih sebab you tolong I hari tu."

Haris tidak menjawab.

"Ini upah untuk you." Beberapah not seratus ringgit dikeluarkan dari dalam kocek seluar tracksuitnya.

"Hei! Kau ingat aku ni mata duitan? Duit aku berkepuk-kepuk kat dalam bank. Sampai dah tak tahu nak buat apa!" kata Haris dengan bongkak.

"Tak mahu, sudah!" Sherry masuk ke dalam khemahnya semula.

Haris pun masuk ke dalam khemahnya.

Keesokan harinya, apabila mereka semua mahu berangkat pulang ramai yang hairan melihat wajah Firash dan Haris yang lebam sana sini. Kecuali empat sekawan dan tuan punya badan sahaja yang mengetahui apa yang melanda dua orang guru lelaki ter'maco' sekolah mereka itu.

*******🏪

Bersempena dengan bulan kemerdekaan, pihak sekolah telah mengadakan pertandingan membuat kolem berdasarkan konsep kemerdekaan dan 1 Malaysia. Pertandingan dibuka pada semua warga sekolah. Jadi, ramai yang menyertainya termasuk para guru.

Hanie 'tawaf' seluruh dewan yang menjadi saksi penat lelah para peserta mencorak kolem masing-masing. Semuanya cantik-cantik belaka. Tetapi hanya satu yang paling 'menyengat' di hatinya. Dia mengambil gambar kolem yang cantik itu. Gabungan warna  yang membentuk bendera Malaysia. Logo satu Malaysia pun ada di situ. Kreatif betul tuan punya kolem itu.

"Hei! Kau curi-curi ambil gambar kolem aku kenapa?" tanya Firash yang entah dari mana munculnya sambil bercekak pinggang.

Hanie mencebik dan menjeling Firash. Ada aje yang mengganggu konsentrasinya. Bertambah meluat apabila orang yang mengganggu itu memang selalu mengganggu hari-hari indahnya. Meskipun begitu, hatinya tetap senang dan suka.

"Aku tak benarkan kau ambil gambar ni sebelum kau mintak izin dari aku dulu," tegas Firash.

"Buat apa minta izin kau kalau tuan punya kolem ni makan dengan aku tadi?" sahut Hanie.

"Bila masa aku makan dengan kau?" tanya Firash. Dia mengambil kesempatan untuk merenung wajah Hanie. Dari dahi hinggalah ke mulut. Dia menelan air liur dan segera beristighfar apabila melihat bibir mungil Hanie itu yang kelihatan cantik dan segar itu. Terus dia melemparkan pandangan ke tempat lain.

"Siapa makan dengan kau? Aku makan dengan Cikgu Adli tadi," balas Hanie.

Adli merupakan guru subjek Pendidikan Seni Visual. Kononnya Adli merupakan guru seni yang profesional. Tetapi tidak bermakna seseorang yang mengajar lain dari subjek seni tidak mempunyai bakat dalam bidang tersebut. Tak gitu?

Aku,fall in love! ✔ Where stories live. Discover now