32~Aku! Fall in love

7.6K 301 5
                                    

"Lambatnya Hanie balik. Pergi mana tadi? Puas akak cari tau! telefon pun tak berjawab," bebel Mawar.

"Siapa suruh tunggu? Hanie boleh balik naik teksi aje kalau akak balik lewat, kan akak sibuk dengan date akak tu.." jawab Hanie.

"La... kan akak selalu ambil Hanie, mana ada akak balik lewat pun. Bila masa pulak akak pegi date ni? Memandai aje... Ke... Hanie ada date dengan budak Haris kat luar tadi?" duga Mawar.

"Mana ada date dengan Haris. Tapi tadi bukan ke akak ada date? Jadi, Hanie balik tumpang orang lain," beritahu Hanie.

'Orang' yang dimaksudkan adalah Firash. Dia tidak mahu Mawar mengejeknya nanti. Nanti dia malu sendiri. Dulu benci, sekarang cinta.

"Bila masa pulak akak ada date ni? Hanie ni..saja je buat cerita kan? Kalau akak tak sempat ambil Hanie, akak telefon Hanie sendiri. Cakap dengan akak siapa yang buat cerita ni? Hmmm?" gesa Mawar.

Hanie diam.

"Kalau nak berdating, bagitau ajelah. Tak payah nak menipu bagai. Takut sangat kalau akak tahu!" kata Mawar.

"Tak! Bukan Haris."

"Habis tu, siapa?"

"Firash."

Mawar ketawa besar.

"Hanie mati-mati percaya akak ada date dekat luar. Hanie pun baliklah dengan dia. Sebelum balik, kami makan tengah hari sama-sama," cerita Hanie dengan wajah yang masam mencuka. Dia dibohongi oleh lelaki itu rupanya!

"Jadi, orang yang Hanie cakap Hanie tumpang tu.... Firashlah orangnya?" sakat Mawar.

"Eee! Jahat betul! Siaplah dia esok!" Hanie menggenggam penumbuk dengan mata disepetkan sebagai tanda dia sedang marah.

"Ala, biar la dia nak mengurat adik akak ni. Adik akak nikan single-mingle," sakat Mawar lagi.

"Banyaklah akak punya single. Haris tu nak letak mana? Lagipun, Firash tu pun dah ada Sherry. Buat apa dia nak mengurat Hanie?"

"Ha ha ha.... bunyi macam berharap aje. Tapi sekali imbas, macam Hanie cemburukan siapa tadi? Sherry?, Sherry kan?," usik Mawar lagi dengan senyuman meleret yang meniti di bibirnya.

"Mana ada!" nafi Hanie.

"Hanie tipu, eh..."

"Argh!" jerit Hanie apabila pinggangnya digeletek.

"Cakap dulu Hanie cemburukan Sherry tu dan ada hati pada Firash," ugut Mawar.

"Tak nak!" jerit Hanie lagi.

Mawar semakin galak menggeletek Hanie.

"Argh!!!!"

"Cakap cepat! Kalau tidak, akak geletek lagi kuat!"

"Tak!" Hanie menggelupur kegelian.

"Cakap cepat!" suruh Mawar.

"Ye, ye!" Dalam terpaksa Hanie mengakui.

"Apa 'ye'?"

"Hanie cemburukan Sherry!"

"Lagi satu?"

"Hanie ada hati pada Firash!"

"Hah, mengaku pun!" Mawar melarikan tangannya dari pinggang Hanie setelah berpuas hati dengan pengakuan Hanie. Dia ketawa besar.

"Akak tak aci main tipu macam tu," marah Hanie.

"Tak kisahlah. Yang penting akak tahu rahsia hati adik akak sorong ni."

Aku,fall in love! ✔ Where stories live. Discover now