Jiae dan Suga ialah BFF paling 'hot' di Art High School. Ramai yang fikir mereka pasangan couple, tetapi bukan. Suga dan Jiae hanyalah kawan baik.
"Yow!" Jerit Jiae lalu menolak bahu Suga yang tengah menjamu selera. Suga yang terkejut dengan jeritan nyaring gadis itu terus tersedak. Cepat-cepat dia mangambil air lalu meminumnya rakus.
"Yah!! Kau nak ape?!" Marah Suga. "Tak nak apa-apa pun." Jawab Jiae dengan selamba. "Dah tu asal datang sini tanpa diundang? Buat aku tercekik je dengar suara 'merdu' kau tu." Soalan Suga diselitkan dengan perlian tajam.
"Lah dia ni, tanya pulak . Nak makan lah." Kata Jiae lalu meletakkan bekal dari rumahnya di atas meja kantin.
"Thanks puji suara aku."
Suga mengeluh kecil. "Nak makan tu makan je lah. Tak payah nak terkejutkan aku. Heih budak ni. "
"Ye lah, ye lah." Jawab Jiae dan terus sertai Suga makan bersama.
☆☆☆
KELAS
"Jiae, kau dah siap math? Nak tiru. Aku tak siap lagi ni, kejap lagi Cikgu Kim masuk." Minta Suga dengan penuh terdesaknya. Terbayang rotan Cikgu Kim.
" Buat sendiri. Tahu nak tiru je kerja kau." Perkataan tiru sengaja ditekankan.
"Jebal ~~ Tolonglah BFF kau ni . Kesian kat aku." Suga merayu kepada Jiae untuk mendapatkan buku math. Nak buat sendiri? Memang tidak lah jawabnya. Otaknya tersekat.
Tiba - tiba
"Weyh!! Cikgu weyh." Jerit seorang budak lelaki yang ternampak lagak seperti melakonkan watak Mail.
Semua pelajar cepat-cepat duduk di tempat mereka. "Tengok, cikgu dah sampai. Kau ni tak boleh haraplah." Rungut Suga, geram.
"Ehh, kita pulak. Padanlah muka, siapa suruh tak buat. Sendiri cari penyakit, sendiri tanggung." Jiae berceramah.
"Annyeong pelajar sekalian. Kamu semua ni dah siap math ke belum?" Tanya guru tersebut. Dia syak ada yang tak siap. Pelajar, biasalah. Tak siap kerja sekolah dah jadi perkara biasa."Dah." Meleret suara Jiae menjawab dengan bangganya. Suga hanya menjeling Jiae yang beria menjawab soalan tersebut. Dasar 'teacher pet'.
"Baiklah, keluarkan homework semalam. Saya nak tengok hasilnya." Suruh Cikgu Kim. Masih tidak percaya dengan jawapan anak didiknya.
Suga mula menggigil-gigil bila dengar kata-kata Cikgu Kim sebentar tadi. "Ehh Suga, mana hasilnya? Bersih je buku awak ni." Soal Cikgu Kim yang berada di belakangnya .
"Ahh, semalam saya buat sambal pakai buku--" Belum sempat Suga ingin menghabiskan kata-katanya ada yang memotong. "Dia malas tu cikgu. Berat sangat tangan nak buat. Tahu nak tiru je." Jawab Jiae dengan jujur dan tak penuh serba salah. Tak pasal-pasal dicop sebagai fake friend dengan Suga nanti.
"Shit kau Jiae." Suga melepaskan marah yang terbuku dan mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya di dalam hati.
"Iya ke? Ok, baiklah. Suga! Stand up!" Perintah Cikgu Kim dengan tegas.
Apa lagi, Suga pun bangun. "Atas kerusi!"
"Mwo?"
"Now!"
"Nae." Suga akhirnya menurut perintah dan berdiri di atas kerusi.
"Daebak." Jiae mengangkat ibu jarinya kepada Suga. Suga pula menujukkan sikunya kepada Jiae tanda hendak memukul orang.
"Huh! Tu dah kenapa? Nak diri atas meja pulak ke?" Tegur Cikgu Kim. Suga hanya mendiamkan diri.
Orang penyabar ni mulia katanya. Sabar ya, Suga.
Jiae tergelak besar. Seronok tengok kawan sendiri didenda.
Kring !!
Loceng berbunyi, itu menandakan waktu persekolahan sudah tamat. Suga telah berdiri selama 2 jam di atas kerusi. Betapa malunya dia.
Jiae dari tadi tak habis-habis ketawa walaupun Suga tidak membuat comedian concert.
"Dah dahlah tu ketawa. Tak lawak pun. " Kata Suga sambil menjelingkan matanya.
"Kesian kau, kena diri atas kerusi." Jiae masih tidak boleh tahan ketawanya dan ketawa puas-puas.
"Whattdaa..."
"Chill lah bro. Saja je nak kacau. Lama aku tak usik orang. Ahh, betapa puasnya." Kata Jiae lalu berhenti ketawa. Kering gusi dibuatnya.
☆☆☆
RUMAH JIAE
Jiae sedang menulis diarynya di dalam bilik tidur. "Ahh, bestnya hari ni." Jiae tersenyum sendirian sambil menulis diarynya.
5 minutes
"Done!" Jiae melepaskan pen yang digunakan tadi dan terus mengangkat tangannya. Di dalam diary Jiae penuh dengan kenangan-kenangannya bersama Suga.
Jiae telah lama sembunyikan perasaannya terhadap Suga tapi dia tidak memberitahu isi hatinya kepada Suga.
Takut ditolak.
Selepas habis menulis diary, Jiae terus baring di atas tilam yang lembut lalu mencapai handphonenya.
Suga ahh~~
-Jiae-Mwo?
-Suga-Aku sebernanye ...
-Jiae-😘 TO BE CONTINUED 💝
ANNYEONG GUYS ! MY NAME IS CHENDOL . HOHO NI FIRTS FF KITA . KALAU TAK BEST TU MIANHAE . KALAU DAH BACA FF NI .. JANGAN LUPA NAK VOTE PULAK . KALAU BOLEH COMMENTLAH SEKALI ;)
WAIT FOR THE NEXT CHAPTER
BYE BYE !
YOU ARE READING
[C] MY DIARY ㅣ민윤기
Short StoryHanya disebabkan sebuah buku , semua beban yang ditanggung selama 16 tahun semakin lama semakin ringan . My diary , my love {DEBUT FF} #8ffmalay