Irdayana melangkah masuk ke dalam Fakuliti Kesihatan dan Sains Sosial dengan wajah yang murung. Keadaan di dalam fakuliti itu sangat huru hara kerana pensyarah belum lagi tiba. Matanya melilau mencari tempat duduk. Tiba-tiba seseorang memanggilnya. Dia memandang orang itu. Mizan. Sahabat karibnya dari sekolah menengah.
" Ir. Sini, sini " panggil Mizan sambil menepuk-nepuk tempat duduk di sebelahnya.
Irdayana pergi ke arah Mizan dengan malas. Dia kemudian duduk di atas kerusi yang ditunjukkan.
" Wei, asal monyok je muka kau ni? Taulah cuti dah habis tapi tak payah lah sedih. Enjoy lah wei. " kata Mizan kepada Irdayana.
Irdayana hanya diam. Malas untuk menjawab. Dia kemudian meletakkan kepalanya di atas meja. Rehat sekejap.
" Wei Ir!! Kau tak layan aku?! Sampai hati kau. " nada Mizan kedengaran seperti merajuk.
" Haish, diamlah kau. Aku penat tau tak. Bagilah aku rehat kejap. Lepas ni aku layanlah kau. " Irdayana bosan.
" Hmm..yelah. "
Lima minit kemudian Madam Tee pun masuk ke dalam dewan kuliah itu untuk memulakan sesi pembelajaran. Irdayana yang tadinya tidak bermaya kembali cergas semula. Dia fokus seratus peratus terhadap apa yang disampaikan oleh pensyarah tersebut sambil tangan ligat menulis nota. Ini barulah contoh mahasiswi cemerlang. Hahaha.
" Hiyah! " Irdayana mengeliat dengan tidak sopan selepas kuliah tamat menyebabkan semua mata memandangnya.
" Hehehe..sorry guys " Irdayana hanya tersengih-sengih tanpa rasa malu. Rakan-rakannya hanya menggelengkan kepala. Sudah masak dengan perangai tak semengah rakan mereka yang seorang itu.
Dia segera mengemaskan barang-barangnya kemudian melangkah keluar dari dewan kuliah bersama-sama dengan Mizan. Mereka berjalan ke arah cafeteria dan menuju ke satu meja di mana terdapat ahli kumpulan mereka, BlackSwans. Kumpulan gadis yang paling terkenal di Universiti itu
" Yo Ir, Miz. Asal lambat? Lama kitorang tunggu. " tanya Syahindah.
" Sorry arh. Tadi Madam Tee keluar lambat. Lagipun bukannya lama sangat korang tunggu. 5 minit je kot " balas Irdayana
" Betul tu " Mizan turut menyokong.
" Yelah " mereka malas bertekak jadi iakan sajalah.
" Cepatlah pergi beli makanan. Kitorang punya dah beli dah. " suruh Aisyah kepada Irdayana dan Mizan
" Alah..asal korang tak belikan untuk kitorang sekali? " rungut Mizan. Dia sebenarnya malas untuk menapak ke kaunter.
" Haish..ko ni Miz. Dahlah. Jom pergi beli makanan. Kang habis sia-sia je kelaparan " ajak Irdayana
" Yelah, yelah "
Irdayana dan Mizan kembali semula ke tempat mereka seusai membeli makanan. Mereka makan dengan senyap. Suasana yang senyap itu dibunuh oleh jeritan para gadis yang seperti orang histeria apabila seorang lelaki melangkah masuk ke dalam cafe itu.
Rakan-rakan Irdayana berhenti dari menyuapkan makanan ke dalam mulut mereka apabila mendengar keriuhan itu. Terteleng teleng kepala mereka cuba untuk melihat gerangan yang menyebabkan cafeteria yang biasanya sunyi itu menjadi riuh rendah seperti ada pesta yang berlangsung. Tetiba tetiba terdengar salah seorang dari mereka bersuara.
" Radiful Haikal Bin Abdullah. Budak business. Satu course dengan aku. Hotstuff tapi tak ada kawan. " terang Putri dengan muka tanpa riak kepada rakan-rakannya. Irdayana terus tersedak apabila mendengar nama itu. Dia segera berpusing 180° memandang ke arah di mana lelaki itu sedang dikerumuni oleh para gadis-gadis histeria. Tiba-tiba pandangannya dan lelaki itu bersatu. Dia terus mendengus dengan kasar kemudian memandang ke hadapan semula. Selera makannya telah hilang.
" Wei korang aku blah dulu lah. Nak pergi tandas. Nanti jumpa dalam kelas. Bye. " Kata Irdayana lalu segera bangun dari tempat duduknya.
" Weh awalnya.. Makanan kau tu pun tak habis lagi. Takkan nak blah dah? " Mizan cuba menghalang Irdayana daripada bangun namun Irdayana yang tidak mendengar apa yang dikatakan sahabatnya itu oleh kerana perasaan meluatnya yang tidak dapat dibendung terus berlalu pergi tanpa menoleh kebelakang lagi.
Dia tergesa-gesa keluar dari cafeteria itu dengan perasaan benci yang membuak buak. Riak wajahnya jelas sekali menujukkan dia sedang marah yang amat.
Tanpa dia sadari, sepasang mata milik seorang lelaki yang jelas terpapar kekecewaannya tekun memerhatikan segala tindak-tanduknya sehinggalah dia hilang dari pandangan. Gerangan pemilik sepasang mata itu melepaskan keluhan kecil. Dia pun kemudian berlalu pergi dari cafeteria itu menuju ke arah bertentangan dari yang diambil Irdayana. Selera makannya jugak turut hilang setelah melihat reaksi Irdayana terhadap kehadirannya di situ.
Mizan, Aisyah, Putri dan Syahindah memandang antara satu sama lain dengan wajah yang penuh teka-teki. Mereka berbalas balas menjongket kening seolah-olah menghantar telepati ke minda masing masing bertanyakan tentang kelakuan Irdayana yang agak pelik itu. Tidak biasanya dia meninggalkan cafeteria itu tanpa menghabiskan makanannya terlebih dahulu. Hendak lagi, Irdayana berlalu pergi dengan wajah yang cemberut dan menghentak kaki. Tingkahnya itu meninggalkan berbagai tanda soal dalam diri sahabat-sahabatnya.
💋💋💋💋💋
Selepas selesai makan Mizan dan yang lain lain segera menuju ke fakulti masing masing untuk menyambung sesi kuliah. Mizan melangkah ke dewan kuliahnya dengan laju kerana dia ingin segera bertanya kepada Irdayana apa yang tidak kena dengan rakannya itu.
Sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam dewan kuliah, matanya melilau mencari kelibat Irdayana. Dilihatnya sahabatnya itu sedang leka merenung dinding dewan kuliah. Dia pun segera menuju ke tempat di mana Irdayana berada.
1 saat,
2 saat,
3 saat,Hampir seminit dia berdiri terpaku di sebelah Irdayana namun gadis itu masih tidak menyadari kehadirannya.
" Cantik eh dinding dewan kita ni? Rasa-rasa berapa harga diorang cat dinding ni eh? Mesti mahalkan? Tak berkelip mata kau tengok dinding tu sampai aku yang berdiri terpacak dari tadi kalah askar ni pun kau tak perasan. " Perli Mizan. Irdayana yang tidak mudah terkejut itu hanya memalingkan mukanya sekejap cuma kemudian kembali memandang dinding dewan semula. Mizan yang geram dengan balasan Irdayana itu segera mengoncangkan bahu sahabatnya itu.
" Woiii! Ni aku cakap dengan manusia ke dengan tunggul?! Takda mulut eh nak cakap? Ke dah bisu? Elok elok Tuhan dah bagi mulut tu untuk bercakap nak jadi bisu pulak. Sekali Tuhan tarik nikmat tu baru tahu. Ha bisulah kau sampai mampus. " pot pet pot pet Mizan berceloteh. Sudah seperti bertih jagung yang baru selesai dipanggang. Meletup letup bunyinya.
Irdayana malas mahu melayan telatah Mizan itu jadi dia hanya mendiamkan diri sahaja. Sekejap lagi kalau dah penat diamlah tu. Bukan dia tak biasa dengan mulut Mizan yang kalah makcik-makcik bawang tu. Makin dilayan makin menjadi jadilah nanti keletahnya itu. Jadi lebih baik diam. Untuk menggelakan sebarang pergaduhan dan pembunuhan. Muahahaha.
Mulut Mizan yang sibuk berleter dari tadi itu terhenti apabila Professor Abu melangkah masuk. Baru dia perasan dia dari tadi lagi masih berdiri. Terasa sakit kakinya kerana berdiri agak lama. Segera dia melabuhkan punggungnya di kerusi di sebelah Irdayana. Dipalingkan mukanya sekilas ke arah rakannya itu kemudian dia menghembuskan nafas geram apabila dilihat Irdayana sibuk memandang Professor mereka bersyarah di hadapan dewan dan tidak menghiraukannya sekalipun.
____________________________________Silalah komen apa apa yang anda hendak komen. Saya sudi menerima teguran dan nasihat to improve my wrtiting ❤️
: YuHana :
YOU ARE READING
CINTA RAHSIA KITA
RomanceIrdayana Athirah terpaksa menjadi pengantin terjun mengantikan sahabatnya yang lari pada hari perkahwinan. Demi menjaga maruah dan nama baik keluarga mereka dia terpaksa merelakan dirinya untuk berkahwin dengan Radiful Haikal. Tetapi, dia mempunyai...