" Ir? "
Sunyi.
" Irdayana? "
Sepi.
" Hello. Are you there? "
Tiada jawapan.
" Hello. Earth to Irdayana. " Radif melambai lambaikan tangannya di hadapan muka Irdayana. Masih tiada respon. Dilihatnya gadis itu hanya diam membatu. Wajahnya jelas memaparkan riak keliru. Sungguh comel pada pandangan Radif.
" Hello Mrs. Radif. If you don't respond i'm gonna kiss you. " Radif tersengeh nakal. Sengaja mahu menyakat Irdayana. Namun Irdayana masih jugak tidak memberikan sebarang reaksi. Hanya terkebil kebil dengan matanya yang bulat itu. Radif yang tidak tahan melihat kecomelan Irdayana segera mencium pipi Irdayana sedikit.
CHUP!
" W-wha- D-did you just kiss my cheek?! " Mata Irdayana membulat! Dia segera tersedar dari membatunya! Ditenung Radif dengan muka yang memerah geram.
" Ha! Sedar pun. " Radif tergelak gelak kecil. Lucu melihat telatah Irdayana.
" What's so funny?! " Irdayana menjerit geram. Kecil besar kecil besar saja dia lihat Radif sekarang ini. Hendak sahaja dilenyek lenyeknya guna kaki.
" Sapa suruh awak tak respond bila saya panggil. Banyak kali tau saya panggil nama awak tapi awak buat don't know je. Ha, kan dah kena kiss! " Radif tersengeh sengeh. Seronok pula menyakat isterinya seorang itu. Tanpa disedari sedikit perasan suka kepada gadis itu mula timbul di hatinya.
" But that doesn't give you the right to kiss me! " Irdayana cemberut. Pipinya mengembung menahan rasa tidak puas hati terhadap apa yang telah dilakukan Radif. Sesedap rasa maggie je main cium cium pipi orang! Ingat free ke ha mahu mencium pipinya? Radif bayar 1 juta pun belum tentu dia akan membenarkan Radif menyentuh pipinya namun lelaki itu selamba badak sahaja menciumnya. Rasa mahu naik darah pun ada. Hendak hendak lagi Radif hanya melihatnya dengan riak selamba tanpa sebarang rasa bersalah terpamer dimuka. Bertambah geramlah Irdayana dibuatnya.
" Apa awak buat kat sini?! Ini kan bilik saya! Kenapa awak sesuka hati je tidur kat bilik saya? Siapa beri awak kebenaran?! Awak kan ada bilik sendiri! Pergilah tidur kat bilik awak! Yang pergi tidur kat bilik saya dah kenapa?! " Irdayana meluahkan lagi rasa tidak puas hatinya apabila melihat Radif tidak memberi sebarang reponse. Kini tentang kehadiran tanpa diundang Radif di dalam kamarnya pula dipersoalkan. Radif hanya tersenyum kecil. Lucu melihat Irdayana yang sedang naik angin itu.
" Awak lupa ke? Kita kan suami isteri, mestilah kena tidur sama-sama. Lagipun ini bukan bilik awak je tapi bilik saya sekali. Jadi takda salah pun kan saya tidur kat sini? " Radif membalas dengan tenang. Dilihatnya reaksi Irdayana sambil mempamerkan senyum selamba semanis gula.
" Suami tak suami. Ini bilik saya and saya sorang je. Awak pergi tidur kat bilik lain. Saya tak nak tidur satu bilik dengan awak. Lagipun mummy awak yang kata ini bilik saya. Dia takda kata pun saya kena kongsi bilik dengan awak. So awak tak boleh tidur kat sini. "
" Kalau saya taknak? " Senyuman Radif mula berubah ke senyuman nakal. Tidak puas mahu mengusik Irdayana.
Irdayana yang mendengar soalan Radif mula meninggikan suaranya seoktaf. " Baik awak keluar sekarang kalau tak saya yang akan pergi tidur kat bilik lain! " Irdayana sudah berura-ura untuk bangun dan meninggalkan bilik itu. Malas mahu bergaduh lama lama dengan Radif. Dia mahu segera menunaikan solatnya dan berehat semula secepat mungkin. Badannya sangat letih setelah seharian melayan perasaan. Jika dilayan perangai lelaki itu alamatnya solatnya entah ke mana rehatnya entah ke mana.
Radif yang melihat Irdayana sudah mula bangun dari katil dan mahu berjalan keluar segera menggenggam tangan wanita itu. " Okay, fine. Saya keluar. Awak tidurlah kat bilik ni. Biar saya cari bilik lain. " Mengalah Radif kerana tidak mahu Irdayana meninggalkan kamar itu. Dia segera bangun dan bergerak menuju ke pintu. Sampai di hadapan pintu dia memberhentikan langkahnya. Ditunggu beberapa saat untuk melihat sama ada Irdayana akan mengubah fikirannya atau tidak dan membenarkan dia untuk tidur bersama di bilik itu. Namun hampa. Irdayana hanya berdiri membisu di sisi katil. Setelah melihat reaksi Irdayana itu dia pun segera menyambung langkahnya untuk keluar dari bilik itu dan menuju ke bilik lain yang terletak di sebelah bilik tidur utamanya tadi.
Setelah melihat Radif hilang dari pandangan Irdayana pun bergerak ke arah bilik air yang terdapat di dalam bilik itu untuk mengambil air sembahyang. Walaupun terdapat secubit perasan bersalah kerana telah menghalau Radif keluar namun cuba ditepisnya perasan itu. Bukan dia mahu menjadi isteri yang biadap mahupun durhaka namun semua ini berlaku terlalu tiba tiba. Tidak pernah dia bayangkan dia akan berkahwin secepat ini dan dengan orang yang tidak dicintai pula tu. Jadi dia tidak sempat untuk menyiapkan dirinya untuk menerima teman tidur yang dia tidak pernah mahu.
Selesai mengambil wuduk Irdayana segera memakai telekung yang tersidai di dalam almari dan segera menunaikan solat maghrib. Doa dia panjatkan kehadrat Illahi memohon kekuatan dan ketabahan dalam mengharungi perkahwinan ini. Setetes air matanya jatuh mengenangkan dirinya yang menjadi pengantin terjun secara tiba tiba dan terpaksa. Cuba direlakan hatinya untuk menerima ketentuan Illahi namun masih tidak dia mampu. Mungkin lama kelamaan akan diterimanya perkahwinan ini dengan rela namun dia tidak tahu bila. Diserahkan sahaja kepada takdir untuk menentukannya.
❤❤❤❤❤
Irdayana turun ke ruang makan setelah selesai menunaikan solatnya. Dilihatnya pembantu rumahnya sibuk menghidangkan makanan untuk Radif. Irdayana mahu masuk semula ke dalam kamarnya namun kehadirannya telah disedari oleh lelaki itu.
" Ir. Mari makan sini. Awak tak makan dari balik U lagi kan? " Radif memanggil dari meja makan. Ditepuk-tepuknya kerusi di sebelahnya memberi isyarat untuk Irdayana duduk di situ. Irdayana yang mahu pergi itu membatalkan niatnya dan bergerak semula ke meja makan. Radif masih lagi menepuk-nepuk kerusi di sebelahnya namun Irdayana berpura tidak melihat isyarat lelaki itu dan melabuhkan punggungnya di kerusi bertentangan dengan lelaki itu.
Radif yang melihatnya melepaskan keluhan hampa. Kecewa Irdayana tidak mahu duduk disebelahnya. Namun segera dia buang perasan itu lalu memanggil pembantu rumahnya yang berlalu pergi sebentar tadi untuk menyediakan makanan buat Irdayana.
" Makanlah Ir. Bik Siti ni masak sedap tau. Kalau makan sekali mesti nak lagi. " Pelawa Radif. Tidak lupa juga untuk memuji hasil tangan Bibik Siti yang telah lama berkhidmat dengan keluarganya dan sudah dianggap seperti keluarganya sendiri.
" Aduh pak Radif. Masakan saya biasa-biasa aja pak. Ngak sesedap yang bapak bilang. Nyonya Irdayana juga pasti bisa membuat masakan yang lagi lezat dari saya. " Bibik Siti menidakkan pujian Radif dengan merendah diri.
" Takdalah bik. Saya bukannya reti masak sangat. Setakat masak maggie tu boleh lah. " Sengih Irdayana. Dia dan Radif kemudian mula menikmati makanan mereka dalam suasana janggal tanpa sepatah kata.
Seusai makan Irdayana membawa pingan bekas makannya ke dapur untuk dicuci namun di halang oleh Bik Siti. Dia cuba berkeras untuk mencucinya jugak namun Bik Siti lagi berkeras menghalangnya. Disuruhnya Irdayana untuk menemani Radif menonton televisyen di ruang tamu tetapi Irdayana terus sahaja menuju ke biliknya untuk berehat buat sementara waktu sebelum membuat tugasan yang telah diberikan oleh professor Abu.
____________________________________
Maaflah sebab terlambat update. Chapter ni sebenarnya dah lama siap cuma saya terlupa nak publish 😷
YOU ARE READING
CINTA RAHSIA KITA
RomanceIrdayana Athirah terpaksa menjadi pengantin terjun mengantikan sahabatnya yang lari pada hari perkahwinan. Demi menjaga maruah dan nama baik keluarga mereka dia terpaksa merelakan dirinya untuk berkahwin dengan Radiful Haikal. Tetapi, dia mempunyai...