Bab 2

132 2 0
                                    

Setelah hampir 2 jam berlalu Professor Abu segera mengemaskan peralatan peralatan mengajarnya dan bersedia untuk keluar dari dewan itu. Sebelum kuliah ditamatkan dia sempat memberikan tugasan berkumpulan untuk para pelajarnya. Maka semua pelajar di dalam dewan itu pun mula sibuk mencari ahli buat kumpulan masing masing.

Semestinya Mizan dan Irdayana menjadi pilihan ramai kerana mereka berdua selalu mendapat markah penuh dalam setiap tugasan yang diberi. Jadi mempunyai mereka berdua dalam kumpulan merupakan satu keuntungan buat kumpulan itu. Namun Irdayana membiarkan sahaja Mizan yang memilih kumpulan yang hendak disertai buat kali ini. Ini kerana fikirannya masih terawang awang di angkasa lepas. Jadi segala keputusan diserahkan bulat bulat ke tangan Mizan. Dia hanya mengikut sahaja. Dikumpulan mana pun dia berada tugasannya pasti akan tetap siap semua.

Setelah selesai berjumpa dengan ahli kumpulan mereka dan berbincang tentang tugas masing masing, Mizan dan Irdayana pun melangkah keluar dari dewan. Mereka berdua bergerak menuju ke asrama mereka. Namun tidak sampai 10 meter Irdayana tiba tiba menghentikan langkahnya. Dia teringatkan sesuatu. Mengeluh geram dia apabila teringatkan tentang hal itu.

Mizan yang perasan Irdayana tidak berjalan di sampingnya segera menoleh kebelakang.

" Kau dah kenapa? " Soal Mizan.

" Aku lupa. " Balas Irdayana dengan nada tidak puas hati.

" Lupa apa? " Mizan menyoal lagi. Musykil.

Irdayana menarik nafasnya dalam dalam. Kemudian dihembus keluar. Diulang ulang ritual itu beberapa kali. Bertambah musykil Mizan dibuatnya.

" Aku lupa... Aku dah tak tinggal kat dorm dah sem ni. " Irdayana bersuara perlahan. Seperti orang yang tidak bermaya sahaja lagaknya.

" Huh?! Apa kau cakap?! Kau tak tinggal kat dorm lagi?! Aku salah dengar ke ni?! " Terkejut Mizan mendengar berita yang keluar dari bibir Irdayana itu. Takda angin takda ribut tiba tiba sahaja kawannya itu cakap dia sudah tidak tinggal dekat asrama lagi semester ni. Lawak apakah ini? Adakah ada kamera yang tersembunyi di mana-mana dan Irdayana berkomplot mahu mengenakannya? Ini tak lawak okay.

Segera dilihatnya riak wajah Irdayana. Tidak ada tanda-tanda rakannya itu menipu atau mahu mengenakannya.

" Are you serious babe? Why? Takda ribut takda petir tetiba je kau cakap tak nak tinggal kat asrama lagi. Aku ada buat salah papa ke? Kalau ada sorrylahhh... Janganlah sampai nak tinggalkan asrama apa semua. Nanti aku macam mana? " Mizan terasa hendak menangis. Tiada Irdayana mati kutulah dia nanti. Siapa yang nak gila-gila dengan dia nanti. Kawan kawan mereka yang lain semua perangainya sudah matang. Hanya dia dengan Irdayana yang masih kebudak-budakkan. Jika Irdayana tiada maka tidak adalah orang yang satu kepala dengannya di asrama nanti.

" Kau takda buat salah apa pun. Mak dengan ayah aku yang suruh keluar dari asrama. Diorang suruh tinggal dengan diorang. " Irdayana hanya mampu mengeluh hiba. Tidak mampu mengatakan hal yang sebenarnya. Hakikatnya ibu dan bapanya bukanlah menyuruh dia kembali tinggal dengan mereka namun dengan seorang makhluk Tuhan yang berlainan jantina namun sah hubungannya.

Irdayana melepaskan keluhan lagi. Sudah keluhan keberapa pun dia tak pasti. Yang pasti dia taknak semua ini. Namun apakan daya, dia hanya mampu menuruti dengan berat hati. Kalau boleh dia lari sudah lama dia lari. Lari jauh dari sini. Lari jauh bawa diri yang tersakiti. Tapi dia tak mampu. Tak sanggup dia untuk meninggalkan ibu dan bapanya. Tak sanggup untuk buat mereka menderita. Jadi direlakan jua walau terpaksa.

💋💋💋💋💋

Irdayana melangkah masuk dengan longlai ke dalam mahligai itu. Baru sahaja beberapa langkah dia sudah disambut dengan seorang pembantu rumah yang disediakan khas ' untuknya '.

CINTA RAHSIA KITAWhere stories live. Discover now