Bab 5

446 20 3
                                    

Tengku Azrel memandang gadis di hadapannya.Kenapa susah sangat kau nak bagi aku peluang?

"Aryana betul ke tak nak cuba?" tanya Tengku Azrel dengan nada yang hampa.

"Buat apa lagi nak cuba?Saya memang takde perasaan kat awak langsung.Sayang?Yes memang tapi tak lebih daripada seorang sepupu dan seorang keluarga.Awak cari lah perempuan yang lebih baik," kata Tengku Aryana.

"Awak dah cukup baik dah untuk saya.Saya tak perlukan lagi perempuan lain.Tolong lah Aryana,kita kahwin ye?" rayu Tengku Azrel.

"Awak dulu belajar sampai universiti ke?" tanya Tengku Aryana.

Berkerut dahi Tengku Azrel tatkala menerima soalan yang 'aneh' daripada gadis kesayangannya itu.

"A-ah,saya belajar tinggi tinggi tau?"

Tengku Aryana tersenyum sinis.

"Belajar tinggi?Jadi apa yang susah sangat awak nak faham yang saya tak nak kahwin dengan awak!Belajar tinggi tinggi,tapi saya rasa macam tengah mengajar budak yang tak pandai abc langsung!" sedas ayat Tengku Aryana dilemparkan ke Tengku Azrel.

Tengku Aryana bangkit dari tempat duduknya dan pergi dari situ.Tengku Azrel menumbuk meja makan sehingga membuatkan pelanggan yang lain menjelingnya.

Kau tetap akan jadi milik aku,Tengku Aryana.

Gadis itu berjalan sayu.Kenapa papa seksa aku macam ni?Ish buntu lah otak aku!

Kelihatan seorang lelaki berbadan tegap sedang berjalan ke arah kedai buku.Zarief!Tepat pada masanya.

Tengku Aryana berlari ke arah kedai buku popular itu.

"Hoi!Tunggu lah," jerit Aryana.

Zarief memusingkan kepalanya.Lelaki itu melepaskan keluhan berat.

"Kenapa di banyak banyak tempat,mesti muka ni je yang ada.Ke awak ikut saya?" tanya Zarief.

"Takdelah,tak ikut pun err itu namanya jodoh!" kata Tengku Aryana.

Mulalah tengku ni menggatal.Bisik hati Zarief.

"Jodoh?Oh tak tak tak!Awak takkan sesekali jadi jodoh saya," matanya tidak langsung memandang ke arah gadis itu tetapi sebaliknya matanya memandang buku buku di atas rak.

"Nak nombor telefon!" kata Tengku Aryana manja.

Zarief terdiam lalu ketawa terbahak bahak.

"Apasal nilai awak murah sangat hah?Bukannya lelaki ke patut tanya macam tu?" tanya Zarief.

Walaupun hati Tengku Aryana sakit tetapi demi tidak mengahwini Tengku Azrel,dia sanggup.

"Apa salahnya?Kalau tunggu awak nak goda saya memang tak lah!Jadi lebih baik saya yang goda awak!" kata Tengku Aryana.

Zarief menggelengkan kepalanya.

"Mengada."

"Awak cakap apa tadi?"

"Nothing."

"Saya dengar tau,Zarief Danial,"

"Habis tu?Kenapa tanya lagi,Tengku Aryana."

Aryana mencebikkan mulutnya.Whatever!

"Alaa,bagi je lah," Tanpa menunggu,Aryana terus merampas telefon bimbit Zarief dari tangan lelaki itu.

"Hoi!Gila ke apa?!Bak sini balik!" Kata Zarief.

"Tak nak!" Aryana menjelirkan lidahnya.Dia menekan butang icon contact dan menyimpan nombor nya di dalam telefon bimbit Zarief kemudian dia menelefon henfonnya.

"Nah,nombor telefon saya.Kut kut lah awak pandai tergoda ke dengan saya hehehe," kata Aryana.

Zarief menjegilkan mata nya.Bluek!

"Saya tak cakap saya nak nombor awak!Saya delete." Zarief membuang nombor Tengku Aryana di dalam telefon nya.

Terbeliak biji mata Aryana.Jual mahal nampak.

"Okey,asal saya ada nombor awak.Bye honey bee!" kata Tengku Aryana lalu melambai Zarief dengan gaya ala ala missworld.Flying kiss dihadiahkan untuk lelaki itu.

Zarief menggelengkan kepalanya.Gila kut.

Dalam kereta,Tengku Aryana mengekek ngekek ketawa.

Tu lah!Jual mahal sangat.Siapa yang tak tergoda dengan Tengku Aryana ni?Message dia lah.

Hai<3

Zarief membaca pesanan yang baru sahaja masuk.Siapa ni?

Err,siapa ni?Mummy ke?

Aku dia panggil mummy?Takpe,aku boleh jadi mummy kau.Anak mummy sangat kan?

A-ah mummy lah ni..

Tengku Aryana ketawa macam nak putus urat urat di dalam badan setelah butang send ditekan.

Bila masa mummy tukar nombor?

Bila-bila..

Baik cakap betul2,ni mummy ke?

Tak!:p

Habis tu?

Amoi jual kasut.Nak beli?

Amoi jual kasut?Tanya Zarief dalam hati.Aku mana ada nom..MESTI TENGKU ARYANA NI!

Tak kelakar langsung,Aryana:/

Oh,tahu pun ni saya!Heloooooo:*

Sudah 15 minit pesanan itu dihantar tetapi tak dibalas.

Eeee,apasal awak jual mahal sangat?

Sebab nilai saya tak murah!:3

"Macam perli aku je mamat ni.." kata Tengku Aryana.

Awak perli saya eh?

Mana ada!

Tak nak lah kawan awak..

Saya tak cakap pun yang saya nak kawan awak.

Malas lah nak layan mamat ni!

Tanpa disedari,satu senyuman terukir di bibir Zarief.Aryana,aryana

MULUT KATA BENCI!Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin