BAB 34

345 17 5
                                    

SEDARI tadi,Zarief asyik termenung.Bayangan mesra Aidan dan Aryana selalu bermain di matanya.Sekali dua,Zarief mengeluh.

Dia tak boleh dengan Aidan walau macam mana pun!Getus Zarief dalam hati.

Aryana rasa gembira tatkala Qairyn memeluk mereka setelah membuka hadiah yang diberi.

"Terima kasih sangat tau,kat korang?Ye lah,aku ni sakit jadi tak dapat nak keluar.Korang ni susah susah je nak belikan pakai aku," kata Qairyn sambil memeluk kotak macbook air yang menjadi hadiah hari jadinya.

"No worries,kita orang tahu kau ingin sangat nak macbook dari dulu lagi.Minta maaf lah,bajet kami tak cukup nak beli pro he he he.."

Qairyn tertawa.Mengada!

"Ye lah,takpe.Ni pun aku dah bersyukur sangat tau?"

Aleeya tersenyum.Rindu dengan senyuman manis Qairyn.

Tok tok!Bunyi ketukan di pintu mengalih perhatian ketiga-tiga gadis di situ.

Zarief?!Tergamam Aleeya dan Qairyn apatah lagi Aryana!!

"Happy bornday,Qairyn." Ucap Zarief sambil tersenyum manis.

Melihat senyuman itu,Aryana seakan rasa dirinya berada di awang awangan namun pantas dia menyedari dirinya.

"Hai,Aryana." Kata Zarief.

Aryana hanya mengangkat kening tanpa memandang wajah Zarief sedikit pun.

Aleeya yang memang tahu cerita cuba menahan gelak.Ada-ada je dia orang ni!Pft..

"Duduklah,Zarief.Kalau nak makan,buah epal ada kat situ," pelawa Qairyn.

Zarief menggeleng.

"It's okay,I dah kenyang," kata Zarief.Bebola matanya tidak berganjak dari wajah Aryana sejak tadi.

"Qairyn,I nak keluar dululah," kata Aryana.

"Eh?Kau nak ke mana tu?" Tanya Qairyn.

"Tsk,sekejap je.." jawab Aryana dengan nada sedikit datar.

Qairyn hanya mengangguk.

Apabila Aryana hilang dari pandangan,Zarief berdiri.

"I keluar jugak lah,"

"Haih,tadi Aryana,sekarang you pulak?Permainan apa ni?" Usik Aleeya.

Zarief menggaru leher belakangnya sambil tertawa halus.

ARYANA melajukan langkah tatkala bunyi derapan kaki seperti mengejar nya.Siapa lagi kalau bukan Zarief?!

"Aryana,wait!" Panggil Zarief.

Aryana akhirnya berhenti.Penat lah jugak..

"Apa lagi?" Tanya Aryana malas.

"Where are you going?" Tanya Zarief.Soalan dibalas soalan lah kan?

"Kenapa encik sibuk sangat ah?Kita dah OVER faham tak?Lagipun encik dah nak bertunang,so?Mana tunang encik?Baik encik sibuk hal dia!" Kata Aryana.

Zarief menahan senyuman.Dia tahu Aryana cemburu.

"Alaa,awak kan kawan saya.Mestilah saya care," sengaja perkataan 'kawan' ditekan.Bagi hangatkan sikit hati Aryana.

Mendengar siapa dirinya terhadap Zarief benar benar menyucuk lubuk hatinya.Kawan?

"Tahu,saya sedar saya siapa.Sebab saya sedar lah saya tak nak encik kacau saya lagi.Lagipun,saya kan cuma pekerja encik?Dan jugak kawan.Tak lebih dari tu,jadi tolonglah pergi dari hidup saya.Selepas apa yang encik dah buat kat saya,encik datang dalam hidup saya seakan tiada apa yang berlaku.Macam tu kan?Huh..takpelah.Cik Azra untung sangat dapat encik Danial.Saya ni,seorang pun tak pandang.Dah,bye." Panjang lebar Aryana meluahkan rasa hati.Geram,kesal,marah,semua!

"Aryana!" Panggil Zarief.Tangan Aryana dipegang.

Air mata Aryana menitis di pipi.

"Enough,Danial!You tahu tak how much it hurts to know that i'm only your friend and you literally broke my heart by engaging Azra?Saya bukan mainan buat hilang boring.Saya dah tahu sekarang bahawa saya memang tak layak nak menang hati awak.Saya sedar," kata Aryana lalu pergi sambil mengesat air mata di pipinya.Tabah,Aryana!

Zarief berdiri kaki di situ.Hatinya tersentap dengan ayat Aryana.Sakit betulkah hati gadis itu?

MULUT KATA BENCI!Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin