BAB 39

373 19 12
                                    

3 minggu kemudian..

"TAK sangka masa berlalu dengan cepat.Rasa macam baru semalam kita bincang tentang pemergian Yana," kata Tengku Aziz.

"Papa ni,yana belum pergi lagi pun papa dah rindu macam tak jumpa 2 tahun hm..Jangan risau lah papa,Aunty Farah ada,kalau Yana dah sampai,nanti Yana call papa ya?"  Balas Aryana apabila melihat wajah papanya.Kasihan,berat hatinya ingin meninggalkan tanah air namun apakan daya,tanah air ni jugaklah yang membuat hatinya hancur.

Rambut Aryana digosok oleh Tengku Aiman.

"Behave,Aryana.Yana tu dekat rumah Aunty,jangan nak bermanja pulak!Macam lah abang tak kenal dengan adik sendiri yang suka ambil pe-lu-ang," kata Aiman mengusik Aryana.Jauh di sudut hati,perasaan rindu memang ada.Hm...

"Ish abang ni," air mata Aryana terjatuh.Pasti akan merindui dua lelaki yang menjadi hero dalam hidup nya.

Panggilan dari pegawai lapangan terbang menyedarkan mereka.

"Yana dah kena pergi,Yana janji yang Yana akan balik,"kata Aryana sambil menangis.

Tengku Aziz mengucup dahi Aryana.Tengku Aiman pula memeluk badan tinggi Aryana.

"Bye,Aryana!" Jerit Tengku Aziz apabila langkah Aryana semakin jauh.

Aryana melambai ke arah dua lelaki yang menunggu nya untuk masuk ke dalam kapal terbang.

ZARIEF hanya terperap di dalam bilik.Mood nya pagi itu memang down.Dia rindu sangat sangat dengan Aryana.Penampilan Zarief juga sudah tidak sebagus dulu.

Tuk tuk!Bunyi ketukan di pintu tidak dihiraukan Zarief.

"Abang,sampai bila abang nak macam ni?" Tanya Zaheera.

Sepi.

"Abang,say something please.Ara rindu dengan abang yang dulunya ceria.Abang,makan ye?Nanti sakit," pujuk Zaheera.

"Abang dah banyak bersalah dengan Aryana," ujar Zarief perlahan.

Zaheera mengeluh panjang.

"Abang,Ara suka dengan kak Aryana berbanding kak Azra tapi abang dah buat keputusan yang abang sendiri pilih.Kenapa abang baru nak menyesal?Sekarang,keputusan abang dah bagai memakan diri abang sendiri.Abang,abang dah tak boleh menyesal lagi.Takde guna bang.Abang cuma buat diri abang sakit," kata Zaheera.Memang dia tidak berkenan dengan si Azra tu.Namun,itu pilihan abangnya.Siapakah dia untuk menghalang abang sendiri memilih pasangan hidup?

Zarief mendiamkan diri.Dia tekad bahawa dia akan mengambil kembali hati Aryana!

MULUT KATA BENCI!Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin