Bab 24

375 17 4
                                    

Bubur ditiup sebelum disuapkan ke mulut Aryana.Hatinya seakan akan berbunga tatkala segala rindunya terluah.

"Nak lagi?" tanya Zarief lembut.

Aryana mengangguk manja.Mulut dibukakan menanti suapan yang seterusnya.

Baru sahaja sudu ingin masuk ke dalam mulut gadis itu,Zaheera yang entah dari mana datang menganggu keromantikan dua pasangan sejoli itu.

Aryana mengetapkan bibir malu.Zarief sudah menjeling adiknya tajam.Kacau daun lah!

"Ops,sorry ye kak aryana,ara tak tahu pulak korang berdua lagi ehem sweet macam ni," kata Zaheera sengaja mengusik hati mereka.

"Takpe," ucap Aryana perlahan.Merah padam wajahnya.

Zarief disebelah hanya mampu menahan ketawa kerana wajah isterinya kini sudah berubah warna merah.Comel!

Zaheera mengatur langkah ke arah Aryana.Pipi mulus itu dikucupnya.Rindu dengan Kak Aryana yang sudah dianggap sebagai kakak kandung sendiri!

Tidak lama kemudian,Aiman pula yang sampai.

Jantung Zaheera seakan akan menyanyi rentak yang sangat laju.Entahlah,ada sesuatu pada Aiman yang buat dirinya buai.Handsome?Tip top!

Langkah Aiman terhenti tatkala matanya bertembung dengan mata Zaheera.Alahai..bidadari lagi ke?

Namun,sempat dihadiahkan satu senyuman nipis seikhlas ikhlas nya dari lubuk hati untuk 'bidadari' kononnya!

Zarief sudah tersenyum mengusik.Siku adiknya disiku.Aryana yang masih tidak dapat memahami situasi yang berlaku berdehem.

"Abang,sampai bila abang nak tercegat kat situ?Nak tunggu bidadari jatuh ke?" tanya Aryana.

"Memang dah jatuh pun!" kata Aiman.Matanya masih lagi terpacak ke arah gadis yang duduk di sebelah Zarief.

"Gatal," kata Aryana.

"Ehem,Zaheera,Aiman err..ada sesuatu aku nak bagitau Aryana.Kalau boleh,aku nak korang bagi masa untuk aku bercakap dengan Aryana,"

Berkerut dahi Aryana.

Sebenarnya,Zarief sengaja ingin mengenakan mereka berdua.Zaman purba betul lah main mata macam tu.Buatlah pick up line sikit.Bagi cair hati semua wanita dek ayat manis dari lelaki handsome.Tak gitu?

Zaheera yang seakan akan memahami abangnya mula mencubit lengan lelaki itu.Amaran mata diberikan.

Aiman menggaru keningnya.

"Err..okey,"

Aiman keluar dari situ diikuti dengan Zaheera.

"Kenapa awak tak nak bagi diorang kat sini?Privacy sangat ke?" tanya Aryana.

"Awak ni,takkan tak perasan.Diaorang main mata tuuuu!Saya,sebagai lelaki tahu yang abang awak ada hati dengan adik saya,"

Suara Aryana seakan tersekat untuk mengatakan sesuatu.Abang dia ada hati dengan adik bakal tunang dia?!Oh tidak lah wahai abang...

Aryana hanya mengangkat kedua belah bahunya.Whatever!

Sementara di luar,Aiman dan Zaheera hanya mendiamkan diri.Hampir 10 minit mereka tunggu.Lamanya.

Dalam hati,Zaheera sudah menyumpah di dalam hati.Siap abang!

"Err..you sini sebab jenguk Aryana ke?" tanya Aiman memecahkan suasana sunyi itu.

"Ha-ah,baru sampai actually,macam 2 minit sebelum abang Aiman lah," kata Zaheera cuba beramah.

Aiman menangguk faham.Say something Aiman!Bidadari ni!

"Boyfriend you tak ikut ke?" tanya Aiman.

Meletus ketawa Zaheera mendengar.

"Tak,i..single lagi," kata Zaheera teragak agak.

Tanpa sedar,satu senyuman terlakar di wajah Aiman.Ada peluang lagi rupanya!

"You pulak?Girlfriend abang Aiman tak..ikut eh?" tanya Zaheera.

"I sama dengan you,anyway,panggil Aiman je,"

Zaheera ketawa halus.

"Okey,"

Entah kenapa,hatinya berbunga bunga dan lebih baik lagi,hatinya tenang apabila berada di samping seorang Tengku Aiman ni.Hm..angau ke Zaheera Danisha?

MULUT KATA BENCI!Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin