Episod 2

390 12 0
                                    

Rumah keluarga Zaidi

   Zaidi sedang menyambut hari jadinya yang ke 30 bersama-sama dengan isterinya. Hari itu merupakan hari yang gembira buatnya sehinggalah tiga orang lelaki memakai topeng hitam merempuh masuk dan memukul Zaidi dan isterinya sebelum diberikan ubat tidur daripada mereka bertiga. 15 minit kemudian, Zaidi mula tersedar dan mendapati badannya dipenuhi dengan bom. Dia pandang ke hadapan dan melihat pistol sudah berada di kepala isterinya. "If you don't want your wife dead. Follow my instruction. You must do what I say. If you disobey, that bullet will go through your wife's skull and you will be BOOM!" Zaidi terpaksa aku dengan arahan lelaki tersebut. Zaidi dan isterinya dipisahkan dengan dua kenderaan van asing. Isterinya dibawa ke tempat lain, begitu juga dengan Zaidi.

Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur, Sejam kemudian

   Ting dan Jack juga sedang menjalankan tugas yang sama iaitu bertanya kepada orang awam mengenai lelaki tersebut. Tidak jauh dari Ting dan Jack, sedang dilangsungkan majlis pembukaan cawangan baru Bank Prima. Pembukaan itu akan dirasmikan oleh Datuk Hassani Hairudin, pengasas Bank Prima.

     Sebelum Datuk Hassani merasmikan Bank Prima yang baru itu. Seorang lelaki, Zaidi, datang terus ke arah Datuk Hassani dan terus memeluknya. BOOM!!! Letupan yang besar itu mengorbankan Datuk Hassani dan orang yang berada disekelilingnya. Orang awam lari bertempiaran. Ting dan Jack bergegas ke tempat kejadian. Jack menghubungi Khai yang sedang dalam perjalanan ke ibu pejabat. Khai dan Sani juga memandu laju ke tempat kejadian.

    Van berwarna hitam berada berdekatan tidak jauh dari bank tersebut bergerak ke tempat kejadian. Di dalam van itu, empat orang lelaki siap bersenjatakan senapang automatik M4A1, memakai topeng hitam dan berbaju kalis peluru. Mereka berempat keluar. "Let's go get our money!!!". Dua orang masuk dan meletup pintu besi bank tersebut yang dipenuhi dengan wang, manakala dua orang lagi menunggu di luar, menjaga parameter.

   Ting dan Jack ternampak kelibat dua orang tersebut dan terus melepaskan tembakan. Dua orang lelaki bertopeng itu juga melepaskan tembakan, mereka sama-sama membalas tembakan. Tetapi kemenangan hampir dimenangi oleh lelaki bertopeng tersebut kerana mereka memakai senapang yang lebih besar sementara Ting dan Jack hanya pakai pistol Glock sahaja.

   Inspektor Sani dan Khai tiba terus melepaskan tembakan. Khai berjaya menembak mati salah seorang lelaki yang berkawal di luar. Dua orang yang berada di dalam berjaya keluar dengan membawa wang. Mereka berempat melarikan diri dengan van yang sudah berada di belakang bangunan bank tersebut. Khai dan Sani ingin mengejar mereka berempat tetapi sudah terlambat kerana van tersebut lebih laju. Khai berasa amat tidak puas hati.

   Tetapi Khai berjaya menembak salah seorang perompak. Dan apabila Jack melihat peralatan yang ada pada mayat tersebut, Jack mengatakan kepada Khai, Sani dan Ting yang ini adalah peralatan dari pengedar senjata haram. Selepas beberapa minit, pasukan polis yang lain dan juga pasukan forensik tiba di tempat kejadian dan membawa mayat lelaki tersebut.

   Sementara menunggu laporan dari pihak forensik, pada malam itu, Sani dan Khai mengajak Ting dan Jack sekali di rumah Khai. Jack dan Ting bercerita tentang hidup mereka di negara masing-masing, bagaimana cara mereka bekerja di Interpol serta polis Australia dan Thailand. Di suatu sudut jalan yang sempit di Kuala Lumpur, van berwarna hitam berhenti di jalanan. Di dalamnya, seorang mayat perempuan dibunuh, isteri Zaidi. Lelaki berparut di pipi kiri menghubungi seseorang. "What's our next move?"

   Keesokan paginya, ASP Bakar tidak puas hati dengan cara Khai, Sani, Jack dan Ting bekerja. ASP Bakar memberitahu. "Datuk Hassani, pengasas Bank Prima yang terkorban semalam. Ting, Jack, kamu berdua ada kat sana semalam, patutnya kamu bertindak dengan lebih pantas."

   ASP Bakar meletakkan sekeping gambar di atas mejanya. "Tien, warganegara Thai. Kalau ikut rekod Interpol. Dia ni tak ada rekod jenayah. Nasib tuhan menyebelahi kita, pihak forensik dapat kesan satu cap jari kat sebutir peluru. Kita dapat jejak siapa punya cap tu." ASP Bakar meletakkan sekeping lagi gambar.

   "Dia datang ke Malaysia dengan nama Zeng Chong, umur dua puluh lima, kerja sebagai kerani. Nampak macam baik jer kan. Tapi di belakang sebenarnya dia ialah seorang pengedar senjata haram. Dan kita dapat jejak di mana rumah dia. Sani, kamu akan pergi ke rumah Zeng dengan Jack, tukar angin sikit. Ting dan Khai, kamu siasat apa benda ni." ASP Bakar memberikan beg evidence yang di dalamnya mengandungi pin berbentuk bulat segitiga.

POLIS EVO 2 : TRINITYWhere stories live. Discover now