Kembali ke ibu pejabat polis. Khai meminta kebenaran dari ASP Bakar untuk lancarkan serangan."Kenapa perlu adakan perjumpaan dengan mereka, bahaya Khai. Mereka pengganas, mereka boleh buat apa saja kat kamu berdua." Kata ASP Bakar.
"Tuan, nyawa Jack dan Sani berada di tangan mereka. Nak tak nak, kita kena serahkan pin tu." Balas Khai.
"Kamu dah tinjau dulu ke lokasi yang dia bagi tu?'
"Saya dah arahkan mata-mata untuk tinjau tempat itu senyap."
"Baiklah Khai, kamu dan Ting ketua operasi ni." Pintu pejabat ASP Bakar terbuka, Ting muncul.
"Khai, Tuan kena ikut saya sekarang." Arah Ting. ASP Bakar dan Inspektor Khai mengikut Ting ke mejanya.
"Semasa saya sedang observe pin ni, saya tertekan pada segitiga kat pin. Tiba-tiba keluar sesuatu seperti alat pencucuk. Pin ni ialah pendrive. Jadi saya lihat apa yang ada dalam pendrive ni kat laptop saya, dan kandungannya tuan tengok sendiri." ASP Bakar meneliti setiap fail yang ada dalam pendrive tersebut.
Maklumat biodata Michael Keagan, maklumat kewangannya, segala aktiviti-aktivitinya. "Jadi dia ni menjalankan bisnes dadah dan pemerdagangan orang?" Tanya ASP Bakar.
"Betul tuan. Bersama dengan tiga orang, mengikut gambar yang kita jumpa di pejabat Datuk Idris."
"Kalau ikut dalam gambar tu, Michael, Idris dan Hassani dah mati, seorang lagi belum. Kenapa dia tak mati lagi sebab tiga orang itu mati pada tiga hari berbeza. Hari ni hari keempat sepatutnya kita dah dapat kesan kematian orang keempat tapi tak ada." Fikir Inspektor Khai.
Seorang pegawai polis memberi sekeping fail kepada Ting. "Tuan ni fail mengenai orang keempat yang kita cari tu." Ting meneliti fail itu.
"Nama Thuanthong, seorang pengasas syarikat NatureCare. Syarikat jadi alam sekitar. Hmm...Terang di depan, gelap di belakang. Aktiviti haram, sama macam tiga orang tadi. Tapi mengikut apa yang di sini, dia ada satu aktiviti haram tambahan untuk buat banyak untung, pembalakan haram dan pemburuan gajah. Nah Khai, kamu check bahagian akaun." Ting memberikan lima keping kertas kepada Khai.
Inspektor meneliti dengan baik kertas akaun simpanan Thuanthong. "Tuan, Ting, saya rasa dah tahu punca kenapa Trinity datang ke Malaysia." Khai memberikan salah satu kertas akaun kepada ASP Bakar.
"Jadi Thuanthong yang mengupahkan kumpulan Trinity untuk bunuh mereka bertiga supaya?"
"Supaya Thuanthong dapat kaut semua untung dari peniagaan mereka, mengikut kepada kertas ni, sebelum ni untung dari perniagaan tu dibahagikan sama rata. Jadi saya rasa ni kes rebut kuasa. Thuanthong tamak." Jelas Khai.
"Jadi dia di mana sekarang?" Tanya ASP Bakar.
"Kita tak tahu." Balas Ting.
"Saya dah copy semua fail penting. Kita bagi saja pin ni. Jangan risau tuan, kami ada plan." Kata Ting Phanom. Inspektor Khai dan agen Ting bergerak menuju ke stesen LRT di Wangsa Maju tepat pada pukul 12 tengah malam. Tiba di sana, Puenthai menunggu mereka berdua.
"Mana Channarong!?" Tanya Khai.
"Rileks, selesaikan yang ni dulu. Bagi pin tu." Balas Puenthai.
"Bagi Sani dan Jack dulu."
"Pin dulu."
"Aku kata..." Tiba-tiba satu cahaya laser menyala di dada Khai dan Ting.
"Kalau kau tak nak dengar arahan aku sekali lagi, sniper tamatkan korang." Senyum Puenthai.
Inspektor Khai terpaksa akur, dia mencampakkan pin tersebut ke Puenthai. Kebetulan pula, sebuah kereta api LRT berhenti di perhentian Wangsa Maju, tetapi tidak ramai penumpang. Cuma ada dua dan dua itu ialah Sani dan Jack. Inspektor Khai dan Ting Phanom masuk ke dalam kereta api tersebut untuk menyelamatkan mereka berdua. Ting membuka ikatan Sani dan Jack.
Puenthai yang masih berada di luar bertanya kepada Khai. "Inspektor Khai, di mana Channarong? Ini jawapannya." Puenthai mencampakkan telefon pintar ke arah Khai. Satu video terpapar di skrin telefon tersebut. Thuanthong, Channarong dan seorang lelaki tua yang sudah berumur. Ting menyusul untuk melihat video tersebut.
Reaksi Ting amat terkejut kerana lelaki tua itu adalah ayahnya. "Celaka kau Chan, Kau jangan sentuh ayah aku!!!"
"Kau ingat aku tak tahu kau pasang alat tracking dalam pin tu. Haha bodoh! Taktik yang sama macam ayah kau dulu. Bukan, mendiang ayah kau sekarang!" Channarong menembak ayah Ting.
"AYAH!!!!"
"Selamat pergi mati!" Video itu tamat. Sementara itu, Puenthai telah memijak hancur pin tersebut dan terus menendang Ting yang berada di dalam LRT. Apa yang Khai dan Ting tidak tahu, Puenthai dan orang-orangnya telah mengawal sistem LRT pada waktu malam itu.
Khai berlawan dengan Puenthai, tetapi pergerakan Puenthai lebih pantas. Ting seperti tidak sedarkan diri, dia hanya rebah ke lantai dan tidak berbuat apa-apa. Khai cuba menyedarkan Ting sementara Sani dan Jack berlawan dengan Puenthai. Tetapi hasilnya tetap sama.
"Cepat sedar Ting! Lawan balik!" Tiada reaksi pada Ting Phanom.
"Kalau ayah kau tengok macam ni dia mesti kecewa dengan kau. Lawan balik...Untuk dia!" Tiba-tiba Ting mula sedar dan bingkas bangun. Dia mara ke hadapan dan terus menendang dan menumbuk Puenthai berkali-kali sehingga Puenthai tiada peluang untuk membalas semula.
Ting membantai Puenthai dengan siku kanannya tepat ke kepala. Puenthai sangat geram, lantas mengeluarkan sebilah pisau. Dia menyerang Ting, tetapi Ting dibantu oleh Jack, Sani dan Khai. "Hati-hati korang, teknik dia guna pisau, sama macam dia bunuh Michael Keagan." Ting beri peringatan kepada rakan sepasukannya.
Mereka berempat menyerang serentak ke arah Puenthai. Sani dan Jack berjaya dipatahkan serangan mereka oleh Puenthai, Tetapi, Khai dapat mematahkan tangan kiri Puenthai, lantas Ting menendang keluar Puenthai dari LRT. Dia jatuh dan temui ajalnya.
"Apa kita nak buat sekarang! Pin tu dah musnah, kita tak boleh nak jejaki mereka." Cemas Ting.
"Ting! Ting! Relaks, masa aku dengan Jack kena seksa. Aku ada dengar dari orang Trinity yang Chan pergi ke rumah Thuan untuk adakan meeting." Ujar Sani.
"Eh Sani, sejak bila kau tau bahasa Thai ni?" Bingung Khai.
"Dulu, aku ada belajar sikit bahasa Thai." Balas Sani.
"Ting, kita akan cari Thuan dan Chan sampai dapat. Kita tak boleh biarkan mereka hidup." Jack menempuk bahu Ting. Ting amat terharu dan sedih terus memeluk Jack.
"Kau tak seorang Ting, Kami semua di belakang kau." Khai beri semangat.
Di rumah Khai, mereka mencari maklumat di mana rumah Thuanthong berada. Akhirnya mereka dapat mencari dengan bantuan dari maklumat sistem Interpol. Rumahnya agak besar dan dipenuhi dengan pengawal peribadi, bersenjatakan senapang automatik. "Ini bukan pengawal, ini dah macam tentera." Khai melihat maklumat itu pada komputer riba.
Keesokan paginya, ASP Bakar memberi kebenaran kepada Sani, Jack, Khai dan Ting untuk diterbangkan ke Bangkok, Thailand. Di sana nanti mereka berempat akan di bantu oleh ketua pasukan khas polis Thailand, Sarjan Virote, kawan baik ayah Ting.
YOU ARE READING
POLIS EVO 2 : TRINITY
ActionSambungan dari filem Polis Evo. Kali ini Inspektor Khai dan Inspektor Sani akan bekerjasama dengan agen Interpol dalam membanteras jenayah yang lebih besar. Cerita ini hanyalah rekaan dari imaginasi saya semata-semata. Fan fiction.