Episod 5 (Akhir)

285 10 1
                                    

Bangkok International Airport, Thailand

   Inspektor Khai, Sani dan agen Jack dan Ting bertemu dengan Sarjan Virote. Sarjan Virote berkata mereka akan mulakan serangan malam ini. Mata-mata Sarjan Virote sudah lama memerhatikan gerak-geri yang berlaku di hadapan rumah Thuanthong. Pihak polis Thai tahu Thuanthong ada rahsia jahat yang tersembunyi, mereka tidak boleh menyerang kerana tidak ada bukti sampailah pihak polis dari Malaysia memberitahu mereka ada bukti yang sahih.

   Sarjan Virote berkata lagi, Thuanthong perlu ditamatkan nyawanya kerana sudah banyak tuduhan mahkamah terlepas darinya. Begitu juga dengan Trinity. Mereka kena bertindak cepat sebelum mereka berdua itu hilang bersama dengan dadah dan orang. Sarjan Virote melakukan semua ini untuk membalas balik apa yang Channarong dah lakukan kepada kawan lamanya.

Rumah Channarong, Bangkok, 3 A.M.

  Inspektor Khai, Sani, Ting dan Jack sudah bersedia dengan kelengkapan mereka. Senapang automatik sudah bersedia di tangan, hanya menunggu masa untuk beraksi. Pasukan special force Thai sudah bersedia juga. "Charlie, weapons free." Pasukan sniper melepaskan tembakan senyap ke arah dua orang yang berada di atas bumbung dan dua lagi di bawah. Tidak ramai yang berkawal pada malam ini, mungkin mereka sudah tidur.

   Pasukan Alpha bergerak ke pintu hadapan sementara pasukan Bravo bergerak ke pintu belakang. Sebelum merempuh masuk, mereka menggunakan Snake Cam untuk melihat apa yang berada di balik pintu dengan memasukkan wayar kamera tersebut di bawah lubang pintu. Salah seorang anggota special force memberikan isyarat. "Cancel stealth, ambush mod." Operasi senyap akan bertukar bising kerana di sebalik pintu tersebut, ramai orang-orang Channarong sudah bersedia dengan senjata masing-masing.

   C4 dipasang pada pintu, seorang anggota special force sudah bersedia bom Flashbang di tangannya. BOOM! C4 diletupkan, Flashbang dilontarkan. Ramai orang-orang Channarong buta sementara. Pantas pasukan khas Thai melepaskan tembakan, ramai yang terkorban. Situasi yang sama juga berlaku di pintu belakang.

   Setiap bilik dirempuh masuk oleh pasukan polis Thai. Pasukan Charlie berikan bantuan tembakan sniper dari luar, memudahkan kerja pasukan Alpha dan Bravo. Sani dan Jack berjaya sampai ke bilik utama Thuanthong. Thuanthong menembak dengan menggunakan pistolnya berkali-kali, tetapi tiada satu pun yang mengena. Sani dan Jack membalas tembakan semula, lalu membunuh Thuanthong.

   Khai dan Ting berada di bilik Channarong, apabila mereka masuk. Badan Channarong sudah dipenuhi dengan bom C4, lantas Khai dan Ting bersama dengan pasukan Alpha melarikan diri. BOOM!!! Chan adalah orang terakhir dalam rumah itu.

   Misi belum berakhir, mereka perlu mencari di mana peta yang menyimpan dadah dan orang-orang. Sarjan Virote menjumpai peta itu di dalam bilik bacaan Thuanthong. Mereka bertindak dengan bergerak ke tempat yang dikehendaki dengan pantas.

   Kapal terbang kargo yang membawa dadah dan orang untuk didagangkan berjaya dihalang oleh pasukan khas Thai. Juruterbang itu menyerah diri. Mereka memeriksa setiap yang ada dalam kapal terbang kargo itu, dadah dan orang-orang yang tidak bersalah berjaya dibebaskan. Misi mereka berjaya.

Tiga hari kemudian...

   Inspektor Sani dan Khai kembali ke Malaysia. Ting mengucapkan terima kasih kepada mereka berdua kerana telah banyak membantu dalam menyelesaikan kes ini. Agen Jack Taylor juga akan kembali balik ke negara kelahirannya Australia. Manakala untuk Ting, dia ada benda yang perlu diselesaikan berkaitan dengan ayahnya. Ting kembali ke rumah lama ayahnya. Mengenang semula kenangannya bersama ayah.

POLIS EVO 2 : TRINITYWhere stories live. Discover now