Bangkok, Thailand
Kota Bangkok Thailand yang sibuk pada waktu malam. Penduduk sedang sibuk mencari rezeki di mana-mana sahaja, tidak kira lelaki atau perempuan, tua atau muda. Kehidupan di kota amat mencabar, mereka perlu bekerja untuk menyara keluarga atau teruskan hidup. Semakin bangunan tinggi pesat membangun, semakin runtuh rumah-rumah kayu miskin. Ada orang mencari rezeki dengan jujur. Namun ada mereka yang mencari rezeki dengan cara kotor. Hati mereka telah hitam, dibutakan dengan duit. Dan mereka itu sedang duduk di dalam kereta besar Mercedes-Benz. Seorang lelaki berpakaian jaket hitam dan berseluar track suit, wajahnya ada bekas parut di pipi kiri. Dia berjumpa dengan seorang lelaki kaya. Dia memberi sekeping fail kepada lelaki berparut itu.
"Dalam ni, ada semua target yang kau perlu bunuh. Jangan risau, tiket penerbangan aku dah uruskan. Kelengkapan kau juga aku dah sediakan kat sana, kau hanya perlu jumpa dia. Faham?" Jelas lelaki berpakaian kot dan bertali leher hitam dalam bahasa Thai.
"Aku akan bawa pasukan aku sekali." Balas lelaki berjaket hitam itu dalam bahasa Thai.
"Bagus. Esok kau akan berangkat."
Terengganu, Malaysia, Tiga hari kemudian
Pada malam itu, Inspektor Khai baru sahaja melangsungkan perkahwinannya bersama dengan adik Inspektor Sani, Anis. Namun, keesokan harinya, Inspektor Khai mendapat panggilan dari supervisornya di Kuala Lumpur. Menyuruhnya kembali ke KL kerana mereka perlu menyelesaikan satu kes baru. Nada suara supervisor itu seperti bunyinya serius. Supervisor Khai itu juga meminta supaya membawa sekali Inspektor Sani.
Mahu tak mahu, Sani terpaksa mengikut Khai walaupun berat kakinya hendak meninggalkan negeri kelahirannya. Apabila Khai dan Sani tiba di Kuala Lumpur, mereka berdua diarahkan bergegas ke ibu pejabat Polis untuk berjumpa dengan ASP Bakar. ASP Bakar memberitahu kepada Khai dan Sani mengenai kejadian tentang pembunuhan Michael Keagan yang dibunuh dengan torehan di kedua belah tangan dan kaki serta satu tikaman di perut di dalam bilik hotelnya semalam.
ASP Bakar memperkenalkan dua orang agen Interpol dari negara Australia dan Thailand, Jack Taylor dan Ting Phanom. ASP Bakar menjelaskan bahawa kes ini ada berkaitan dengan orang dari luar negara kerana Michael Keagan ialah seorang agen Interpol yang sedang bercuti di Malaysia.
Jack Taylor mensyaki ada orang yang berdendam dengan Michael Keagan dan menegaskan agar mencari pembunuhnya dengan cepat. Manakala Ting memberitahu pembunuhan dilakukan dengan cara profesional kerana melihat kepada mayat Michael Keagan, dia ada bergelut dengan si pembunuh. Si pembunuh memutuskan urat-urat yang penting di tangan dan kaki, lantas melumpuhkan Keagan dan mengakhiri hidup si mangsa dengan tikaman tepat di perut. Teknik itu sama seperti teknik membunuh dalam seni mempertahankan diri Muay Thai yang dipelajari oleh Ting.
ASP Bakar memberikan kepada Khai sekeping gambar lukisan wajah seorang lelaki berambut kemas dan memakai cermin mata. "Ini lukisan yang dilukis oleh saksi di tempat kejadian, staf hotel, sebelum dia dipengsankan oleh pembunuh, dia sempat cam muka laki tu, katanya dia menyamar sebagai staf hotel. Jadi apa yang saya nak awak berdua buat, cari laki ni. Kalau kes Syabu Naga kat Terengganu kamu berdua boleh selesaikan, mesti kes ni bolehkan?" Kata ASP Bakar.
"Boleh tuan." Balas Inspektor Khai.
Khai dan Sani bergerak ke Shangri-La Hotel di Jalan Sultan Ismail untuk bertanya kepada orang-orang jika semalam mereka ternampak lelaki yang ada dalam gambar itu. Staf-staf hotel di situ mengatakan mereka tidak nampak kelibat lelaki itu semalam. Selepas beberapa minit, Inspektor Khai dan Sani pergi ke bilik Michael Keagen untuk melihat bilik itu dan mencari apa-apa bahan bukti yang polis terlepas pandang. Pintu masuk bilik agen Interpol itu dikawal oleh dua orang pegawai polis.
Khai dan Sani melihat di setiap sekeliling, di setiap sudut. Sampailah, Inspektor Sani terjumpa satu pin kecil yang berada di bawah laci meja bersebelahan dengan katil. Pin itu berbentuk bulat segitiga warna emas. Sani menyimpan bahan bukti ke dalam beg evidence. Inspektor Khai dan Sani kembali ke ibu pejabat untuk menyerahkan bahan bukti tersebut.
YOU ARE READING
POLIS EVO 2 : TRINITY
ActionSambungan dari filem Polis Evo. Kali ini Inspektor Khai dan Inspektor Sani akan bekerjasama dengan agen Interpol dalam membanteras jenayah yang lebih besar. Cerita ini hanyalah rekaan dari imaginasi saya semata-semata. Fan fiction.