BAB 2 :BERJOGING

9 0 0
                                    


"Mama, Reen nak keluar joging dengan Aleeya pagi esok,boleh tak?"Areen meminta persetujuan dari Puan Hani untuk keluar ke Taman Tun Dr Ismail bersama-sama Aleeya.

"Boleh.Tapi Reen kena balik awal sikit. Sebab mama dan papa nak ajak Reen pergi hospital.Tengok kawan mama yang sakit dekat wad."

"Baiklah, terima kasih mama sebab bagi Reen keluar," Areen tersenyum lebar apabila mamanya memberikan lampu hijau kepadanya.

"Ha! Apa yang awak dengan Reen sedang bincangkan tu?" Tiba-tiba Encik Hazman datang dari belakang,menegur Puan Hani dan Areen.

"Tak adalah,bang.Ni ha...anak kita ni nak keluar pergi joging pagi esok dengan Leeya...sempat lagi saya pesan kat dia...balik awal sikit." Puan Hani menjawab persoalan suaminya itu.

"Ohh...kalau macam tu,tak apalah. Ingatkan apa lah tadi...."

"Papa tak kerja ke hari ni?"

"Tak.Hari ini sampai lusa papa cuti," jawab Encik Hazman.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Keesokan harinya, seperti yang dijanjikan, Areen akhirnya tiba di Taman Tun Dr.Ismail setelah hampir 15 mint memandu.Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba,bahunya seolah-olah terasa sengal apabila.....

"Leeya! Apa main tampar-tampar Reen ni? Sakitlah.Tahulah lama tak jumpa pun...."marah Areen dengan nada manja.

"Sorrylah.Tangan Leeya makin lama makin nakal nak tampar orang.Jom joging.Kata nak turun berat badan,kan?"

"Okay.Jom!"Tanpa membuang masa,Areen terus mengikut jejak langkah Aleeya yang semakin jauh meninggalkannya.Berjoging sambil melihat panorama yang begitu indah dilihat di mata Areen dan Aleeya.

"Reen,Leeya tengok yang Reen ni makin muram je.Cer cerita dekat Leeya,"

"Reen sebenarnya dah putus dengan Fan...sebab dia curang dengan perempuan lain yang Reen langsung tak kenal.Memang masa tu Reen dah hilang sabar tengok Fan dengan orang lain."

"Irfan? Takkanlah...baru setahun korang relay...dah break-up??"

"Hmmmm....entahlah Leeya.Reen pun dah tak cakap dengan Fan lepas tu,"

"Tak sangka Fan dah berubah menjadi playboy.Biarlah,Reen.Let bygone be bygone.Stay strong," Aleeya terus memberikan kata-kata semangat dekat Areen.

"Thanks,Leeya.Eh...Reen dah kena balik ni.Tengok kawan mama yang baru masuk hospital semalam,"

"Ok.Kirim salam dekat Auntie Hani.Take care,Reen," kata Aleeya.Areen terus meminta diri untuk pulang ke rumah. 

Namun,tanpa Aleeya dan Areen sedar yang mereka sedang diperhatikan oleh sepasang mata yang tanpa henti memandang ke arah Areen.....dan mata itu ialah mata bekas teman lelaki Areen.Irfan!

"Aku akan pastikan yang kau akan menjadi milik aku,Areen! Kau takkan terlepas dari aku!" sumpah Irfan dalam hatinya.Rupa-rupanya, Irfan masih menaruh harapan kepada Areen untuk menerimanya semula sebagai teman lelakinya.Namun kini...Irfan sebenarnya mahu membalas dendam kepada Areen yang memintanya putus setelah setahun bercinta...........

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Setelah Areen sekeluarga tiba di rumah kediaman rasmi mereka yang terletak di Taman Saujana,tiba-tiba telefon Areen berdering menandakan mesej masuk.Rupa-rupanya,mesej itu datangnya dari Aliff yang berbunyi.....

"Reen,saya ada berita baik untuk awak.Nanti telefon saya."-BFF.

Areen mula tertanya-tanya.Apakah maksud di sebalik mesej itu?


#IntoYouWhere stories live. Discover now