BAB 3 : TERUS TERANG

3 0 0
                                    

Di sebuah kelab malam terkemuka di KL...12:00 a.m.

"Beb...kau serious ke ni?" Tanya Ella kepada Ameera. Ella merupakan teman baik Ameera yang kebetulan sata sekolah dengan Areen tahun lalu. Cuma mereka tidak mengenali antara satu sama lain.

"Habis tu, takkanlah aku nak stay single mingle ni ha! Aku teringin jugak nak ada 'teman istimewa' la..." ujarnya.

"Tapi...kau nak couple dengan siapa? Setahu aku...kau ni jenis yang tak suka bercinta...sampai semua lelaki pun takut kat kau, Meera"

Ameera tidak menjawab pertanyaan Ella itu. Dia membiarkan dirinya untuk terus hanyut dengan rentak lagu di kelab malam itu......dia sebenarnya runsing mengenai keputusan SPM yang akan keluar pada hari itu.

Pada masa yang sama...Areen mendail nombor telefon Aliff untuk bertanyakan soalan kepada Aliff mengenai mesej itu.

"Aliff...apa maksud mesej tu?"

"Memandangkan esok result SPM keluar...saya akan kembali ke sekolah untuk mengambil result tu...lagipun sekarang ni saya dekat KL ni haa...dan saya nak jumpa awak lepas habis announcement tu. Ada benda saya nak cakap."

"Yeay...tak sabar saya nak​ jumpa awak esok...heheh.. Tapi, apa yang awak nak cakapkan dekat saya?"

"Hahah...rahsialah Reen. Tunggu esok lah ye."

Hisy. Ada-ada saja dia ni. Getus hati kecil Areen.

Tibalah hari yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh bekas calon SPM seluruh Malaysia, termasuklah bekas pelajar​ SMK Taman Tun Dr Ismail. Sememangnya, ramai pelajar tertanya-tanya...siapakah pelajar cemerlang SPM 2016. Areen sekeluarga tiba di dewan sekolah itu 15 lebih minit awal sebelum majlis itu berlangsung dan mengambil tempat duduk yang disediakan. Ketakutan yang dialaminya sudah tidak mampu tertanggung lagi tatkala majlis bermula tepat pada pukul 10 pagi. Kelihatan Aliff sekeluarga juga berada di suatu tempat di dewan itu.

Begitu ramai pelajar mendapat keputusan terbaik mereka. Kini, tibalah masa yang amat digeruni seluruh warga sekolah. Masa yang menentukan siapa yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang, iaitu semua A.

"Dan pelajar yang berjaya mendapat 9A+ dan pelajar terbaik peringkat Wilayah Persekutuan jatuh kepada.....Nur Areen Syakira binti Hazman dan Muhammad Aliff Syamil bin Fauzi. Dipersilakan pelajar-pelajar tersebut naik ke atas pentas! Tahniah kami ucapkan!"

Hanya Allah sahaja yang mengetahui betapa gembiranya dua sekawan ini naik ke atas pentas bersama ibu bapa mereka. Tiada perkataan yang mampu diungkapkan melainkan hanya lafaz "Alhamdulillah" dari bibir mereka.

Turun sahaja mereka dari pentas...

"Reen... jumpa dekat padang sekolah lepas interview nanti." Bisik Aliff, nakal.

"Hehehe...okay BFF"

Di suatu sudut lain pula...

"Eh Meera...kau okey ke ni?" Tanya Ella.

"Aku okey je...nasib baik 7A wei..." Ameera mampu tersenyum hambar walaupun mendapat 7A dalam SPM. (eh..okay apa dapat result macam tu....ada chance nak masuk u)

"Eleh, jangan nak tipu la. Mentang-mentang kau lagi tinggi dari aku...ni mesti ada​ kena-mengena ni?" Tanya Ella lagi untuk mendapatkan kepastian.

"Actually, aku terpikat dengan budak lelaki kacukan Inggeris yang dapat straight A's tu." Ameera menjawab dengan lemah. Eh, bukan dia ni kalau menjawab... liar terlebih ke?

"WHAAATTT???? Meera, are you out of your mind?" Nasib baik suara Ella diperlahankan, kalau tidak... runtuh dewan. Haha.

"Betul wei. Aku jatuh hati dengan senyuman menawan dia tu...I'm so in love with him..." Nampaknya, penyakit angau Ameera semakin parah.

"Tapi, dia single ke? Kalau dah di'taken'... sia-sia je wei..."

"Eh...lantaklah! Dia single ke double ke...dia milik aku!" Wow...marah sungguh gadis itu.

"Jangan menyesal, Meera kalau dia sudah berpunya...hahaha"

"Hisy! Kau boleh stop tak usik aku?! Dahlah... daripada melayan karenah kau yang gila ni...baik aku chau dulu. Malam ni macam biasa tau! Kita berparti sakan malam ni! Hahaha"

Di belakang dewan, ada juga manusia yang sememangnya menjadi spy.

"Amboi...tengok sape tu?" Usik Fahmi kepada Irfan.

"Kau diam! Aku tak boleh biarkan dia terus mencintai lelaki lain. She will be mine again...no matter what!"

"Hello bro...kau boleh tak move on? Dia bukan milik kau sebab kau buat pasal dengan dia." Fahmi memberi nasihat kepada kawannya yang satu itu.

"Eh sejak bila kau ni membela Areen hah? Kau suka​ dia jugak ke?" Marah Irfan.

"Wei mana ada! Aku just cakap je. 😒"

"Walau apa jua sekalipun...aku akan pastikan yang Nur Areen Syakira menjadi hak milik aku seorang sahaja!" Getus Irfan dengan nada yang diperlahankan.

Habis sahaja sesi temu ramah bersama wartawan, kedua-dua sahabat itu berjalan menuju ke padang sekolah. Lantas, mereka mengambil tempat duduk yang disediakan.

"Aliff, awak ni nak kata apa sebenarnya?"

"Shh! Areen... actually...since kita berkawan lama dah...saya sebenarnya....sukakan awak..."
Akhirnya, Aliff berterus-terang dengan kawannya itu. Ya! Memang benar dia sudah jatuh hati dengan gadis di sebelahnya itu. Tapi dia pendamkan sahaja sehingga kini.

"A....awak serious ke ni?" Pucat lesi wajah Areen bila Aliff menyatakan bahawa dia jatuh cinta​ dengannya.

"Yes, dear. I'm in love with you." Tidak cukup dengan itu, dia sempat lagi melafazkan perkataan 'dear' kepadanya.

"Tapi....."

"Reen, did you know that I'm truly in love with you? Why you didn't accept my love? Is it because of that darn man who breaks your heart a long time ago? Or something else? Tolonglah...saya nak dengar penjelasan awak...."

"Sebenarnya.....saya juga mencintai awak.Saya sangat sudi untuk menerima awak sebagai teman sejati saya.Cuma,saya tidak rela untuk melihat awak akan curang dengan orang lain.Saya dah terlampau penat menghadapi benda ni.Cukuplah cinta pertama saya telah dicemari...."

"Saya faham maksud awak.Saya akan berjanji saya akan setia dengan awak hingga ke akhir hayat.Saya juga berjanji untuk menjaga awak baik-baik dan cintakan awak seorang sahaja.Saya juga ingin menjadikan awak sebagai suri hati saya buat selamanya.And one more thing is that I'll always love you, Nur Areen Syakira......Will you be mine forever and always stay by my side?"

"I love you too... Muhammad Aliff Syamil. Yes...I do." Bersaksikan air mata... akhirnya mereka sah bergelar pasangan kekasih setelah sekian lama mereka bersahabat selama hampir 5 tahun.....

"Thank you sebab awak terus terang dengan saya."

Akan tetapi...adakah percintaan mereka bertahan?

#IntoYouWhere stories live. Discover now