"Hei! Awak ingat saya akan teruskan hubungan kita ni lepas apa yang berlaku?! Awak jangan ingat saya tak tahu yang awak dengan bangganya menayangkan gambar awak berpelukan dengan perempuan lain dekat Instagram! Lagi teruk bila perempuan tu siap lagi berkata yang dia suka gambar tu? Orang Melayu,tapi...!! Saya tak sangka awak akan berubah menjadi playboy!! Dulu awak berjanji nak bahagia,tapi,lain pula yang jadi!!" Marah Areen kepada Irfan semakin menjadi-jadi apabila mengetahui lelaki itu dengan orang lain yang langsung tidak dikenali Areen.Ikutkan hati,mahu sahaja tangannya itu hinggap di pipi lelaki itu.
"Saya minta maaf,Reen.Tapi,berilah saya peluang kedua untuk memperbaiki hubungan kita.Percayalah,saya masih cintakan awak,Reen," kata Irfan dengan nada yang menyesali perbuatannya yang begitu menyakiti hati Areen.
"Huh! Dengan alasan awak ni,mampu ke kita teruskan hubungan ni? Sudahlah,saya tak mahu dengar lagi alasan lapuk awak tu! Dan mulai hari ini dan sampai bila-bila,kita putus!! Kita bawak haluan masing-masing lepas ni.We're nothing!! Pergilah dengan perempuan yang awak terlebih suka tu! Don't come back to my life again!!" Akhirnya,tepat pada pukul 10.00 pagi,Nur Areen Syakira melafazkan kata putus kepada Irfan.Sepatutnya, dari dahulu lagi, Areen melafazkan kata itu.
"Tapi...."
"Tak ada tapi-tapi!! Jangan harap awak kembali kepada saya lagi! Sebab, prinsip saya adalah saya tidak mahu lelaki yang berperangai kaki perempuan macam awak ni! Geli,tahu tak!!" Sebaik sahaja Areen melepaskan apa yang terbuku di hati,Areen terus meninggalkan lelaki itu tanpa menoleh ke arah dirinya lagi.Hatinya berasa sangat puas! Tetapi, air mata mula mengalir di pipi mulus gadis itu.Tidak sangka Irfan akan berubah sekelip mata.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------"Mama!!!!" Areen terus mendapatkan ibunya, Puan Hani sambil menangis teresak-esak.
" Kenapa ni,Reen? Tiba-tiba menangis ni.Cuba ceritakan dekat mama,"
"Sebenarnya,Reen dah putus dengan Fan...."
"HAH??? Kenapa Reen tiba-tiba putus dengan Fan? Bukan Reen baik dengan Fan ke?"
"Bukan apa,ma.Reen...." Areen memulakn ceritanya kepada Puan Hani.
"Ya Allah! Sampai macam tu sekali Fan buat macam tu dengan Reen."
"Entahlah,ma.Kami dah tak sehaluan dah.Hmm,mana papa?" Areen mula mencari bapanya, iaitu Encik Hazman.
"Papa keluar pergi Tesco.Katanya,nak beli barang rumah," jawab Puan Hani
"Oh...kalau macam itu...tak apalah.Reen nak pergi mandi jap.Takut nanti mama pengsan bau Reen yang tak mandi lagi,"
"Hmmm...pergilah mandi...Busuklah anak mama ni," sempat lagi Puan Hani mengusik anak tunggalnya itu.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Setelah selesai mandi, Areen terus mendapatkan iPhone 5 miliknya.Dibukanya laman Instagram untuk menyingkirkan Irfan dari senarai 'followers'nya.Nampaknya, marahnya masih belum padam terhadap lelaki itu.Kemudian, dia mendail telefon Aliff Syamil,iaitu kawan baiknya sejak kecil.Biarpun mereka berpisah kerana Aliff mengikut keluarganya berpindah ke Kuantan tahun lalu, namun mereka masih berhubung antara satu sama lain.Cuma mereka berdua tidak menyedari bahawa mereka menaruh perasaan suka sama suka dalam diam.
"Hello.Kenapa ni,Reen? Saya baru je habis main bola dekat padang.Ada masalah ke?"Tanya Aliff setelah tiga kali deringan.
"Saya nak beritahu yang saya dah putus dengan Irfan tadi,"
"Biar betul,Reen? Awak serious ke ni?"
"Habis tu,takkan saya nak bergurau dengan awak kut,"kata Areen dengan ketawanya yang masih bersisa.
"Macam mana boleh jadi ni? Cuba cerita dekat saya,"
"Sebenarnya, dia telah curang di belakang saya dengan perempuan lain dekat Instagram," Areen menceritakan kisah pahit itu kepada Aliff.
"Hishh...yang dia curang tu kenapa?"
"Entahlah, Aliff.Saya pun dah malas nak ambil tahu tentangnya. Dia dah tak hadir dalam diri saya lagi selepas saya cakap yang saya putus dengan dia," jawab Areen dengan nada malas.
"Hmmm.....kalau macam tu,tak apalah. Sebenarnya saya ada sesuatu nak cakap dengan awak.Sebenarnya...saya...saya......"
"Sebenarnya saya apa??"
"Ehhh....sebenarnya saya mengantuk.Maklumlah baru habis main dekat padang tu.Letih sangat. Bermain sampai lewat petang."
"Hisshhhh!! Ingatkan apa lah tadi.Hehehe. Kalau macam tu, saya nak letak telefonlah dulu.Berehatlah ye? Nanti kita cakap kemudian,okey?"
"Baiklah.Saya nak tidur jap.Kejap lagi kita call lain.Ok,bye.Jaga diri.Assalamualaikum," Aliff mengakhiri perbualannya denga ucapan salam.
"Waalaikumussalam," Selepas menjawab salam, Areen terus meletakkan kembali telefonnya di katil. Kemudian, dia keluar menuju ke dapur untuk membantu ibunya memasak.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dia berasa keluh-kesah.Entah bila masa yang sesuai untuk dia meluahkan perasaannya itu kepada gadis itu.Mungkin esok....dia tidak pasti.Cuma dia berharap agar suatu hari nanti gadis itu akan menerima cintanya yang dipendam setelah sekian lama itu.......
YOU ARE READING
#IntoYou
Romance"Saya mahu membahagiakan awak.Bukan apa....tetapi saya tidak mahu melihat awak menderita selepas apa yang berlaku kepada awak tempoh hari.Percayalah,saya amat mencintai awak,Reen."-Aliff Syamil "Saya tidak rela untuk melihat awak akan curang dengan...