"Areen...betul ke anak mama ni dah jadi girlfriend Aliff?" Tanya Puan Hani setelah mengetahui hubungan mereka yang semakin intim kebelakangan ini.
"Yes, mama. And we will continue our studies at his born place, which is Ireland. Reen ambil course kedoktoran. Aliff pulak course engineering. Like you say you want me to study abroad. So I choose Ireland as my first and last country to study outside Malaysia," Panjang lebar Areen menyatakan kesungguhannya untuk sambung belajar di sana. Areen akan berangkat ke sana bersama Aliff pada minggu hadapan. Begitu juga Ameera yang mengambil bidang fesyen. Irfan? Wallahualam.
"Alhamdulillah. Akhirnya Reen jumpa jugak lelaki yang ikhlas mencintai Reen. Reen, kalau Reen ada dekat sana... rajin-rajinlah contact mama dengan papa. Jangan jadi liar. Jaga hubungan dengan Allah. Dekatkan diri denganNya." Nasihat seorang ibu yang sanggup melepaskan anak daranya itu buat kali pertama. Sungguh, Puan Hani dan Encik Hazman begitu menyayangi Areen kerana dialah satu-satunya puteri kesayangan mereka.
"InsyaAllah mama, Reen akan ikut apa yang mama dan papa nasihatkan kepada Reen," Air matanya mula bertakung dan merembes bagaikan air terjun yang deras. Lantas, Areen memeluk ibunya. Erat.
"Papa nak jugak peluk Reen dengan Mama," entah dari mana suara Encik Hazman itu berada.
"Turunlah abang, nak peluk anak kita ni lama-lama,"
Encik Hazman terus memeluk kedua-dua insan yang cukup membuatkan dia bahagia.
"Nanti Reen bolehlah ajak mama dan papa ke sana nanti," Sempat lagi Encik Hazman mengusik Areen.
"InsyaAllah, pa. Call lah Reen kalau Reen free nanti. Beritahu awal-awal tau. Jangan pulak datang mengejut macam hari tu," Areen masih teringat hari pertama SPM berlangsung apabila mereka datang secara mengejut sebaik sahaja kertas 1 tamat. Malunya ketika itu tidak tertanggung.
"Okay," balas mereka serentak.
Habis sahaja mengemas apa yang patut dibawa ke Dublin minggu depan, Areen terus mengambil iPhone 5nya untuk menelefon Aliff. Tidak sah mereka kalau mereka tidak menelefon antara satu sama lain.
"Assalamualaikum, sayang. Sayang tak tidur lagi ke? Dah malam dah ni. Kan nanti mengantuk esok, tak bangun subuh nanti. Anyway, I miss you," Sejak mereka bercinta, Aliff terus menggelarkan Areen dengan panggilan 'sayang'.(adeiii ber🐜🐜🐜lah adegan ni)
"Waalaikumussalam. Abang, awal lagilah. Baru pukul sebelas. Hehehe, I miss you too, Abang," Areen membalas balik dengan gelaran 'Abang'.
"Alah tidurlah sayang. Barang dah packing belum?"
"Dah. Abang?"
"Dah jugak. Amboi... kenapa kita terlalu semangat sangat ni?"
"Sebab...tak sabar nak jumpa,"
"Hmmm... lepaskan rindu lah tu. Takpe, lusa, abang akan ke KL. At least dapat jumpa sayang,"
"YEAAAYYY! Dekat mana boleh jumpa?"
"Tempat biasalah, pukul 10," Tempat biasa merujuk kepada Berjaya Times Square.
"Okay..I'll be there in time. See you there,"
"Alright...oklah, nak tidur dulu. Good night, I love you. Assalamualaikum,"
"Good night. I love you more and more and more. Waalaikumussalam," Areen terus melelapkan matanya dan hanyut dengan mimpinya.....
2 hari kemudian.... Berjaya Times Square...
"Ehem...ehem..." Deheman Aliff menyebabkan renungannya terhenti.
"ABANG! Terkejut Reen, tahu tak?"
"Hehehe... sorry sayang. Sekali-sekala right? Lagipun this week is our last week in Malaysia. And then...3 years later baru balik sini, isn't it?"
Mereka terus berjalan-jalan sekitar pusat membeli-belah yang terkemuka di KL itu sambil berbincang mengenai masa depan mereka.
"Sayang...I need your favour," Tiba-tiba, soalan itu terpacul keluar dari bibir Aliff.
"What is it?"
"Would you please be mine until we get married soon? Would you be my soulmate, best friend, and your sweetheart till my last breath? Would you always protect me from any danger? Would you?" Entah bila masanya, air mata Areen mengalir sekali lagi sepertimana hari mereka berterus-terang.
"You...I will always keep your promise. InsyaAllah, and I will always trust you in every single second of life. But..."
"But what?"
"Don't ever let me alone and end our relationship, please?"
"I won't, Sayang,"
"Ok. Dahlah menangis. Hilang kejantanan abang tu," sempat lagi Areen membuat lawak.
YOU ARE READING
#IntoYou
Romance"Saya mahu membahagiakan awak.Bukan apa....tetapi saya tidak mahu melihat awak menderita selepas apa yang berlaku kepada awak tempoh hari.Percayalah,saya amat mencintai awak,Reen."-Aliff Syamil "Saya tidak rela untuk melihat awak akan curang dengan...