Untitled Part 1

137 0 0
                                    

"Kau ni  dah melampau Syuk! Setiap kali aku dengan kau, asyik dapat sakit. Hari ini kau tampar aku, esok lusa apa lagi yang kau nak bagi? Sepak terajang?" Kata - kata dari Lina membuatkan Syuk terdiam. Kali ini dia memang betul - betul hilang kawalan. Ahhh, kenapa dengan dirinya?

"Aku minta maaf. Aku tahu aku salah." Lina hanya tersenyum sinis. 

"Lagi - lagi maaf. Aku dah hilang sabar dengan perangai kau." Lina berlalu meninggalkan Syuk bersendirian. Syuk hanya membiarkan saja susuk tubuh Lina menghilang dek pekatan malam. 

............................................................................................................................

                                                   ~5 TAHUN KEMUDIAN~

Suasana di Kafe hipster sangat menceriakan lagi - lagi dengan pelanggan yang tak henti - henti berkunjung. Memang tak cukup tangan untuk melayannya. Rihan yang sedang membasuh pinggan yang kotor di dapur sudah kelaparan. Maklumlah, dari pagi tadi lagi dia tidak makan kerana menyiapkan tugasnya yang tak pernah habis. 

"Aduhai, laparnya!" Rihan mengeluh. Hisyam dan Sit Mah yang sedang menyiapkan pesanan memandang Rihan yang sedang menekan perutnya.

"Bos, baik pergi makan dululah. RIsau I tengok you dari tadi tak henti - henti buat kerja." Sit Mah bersuara. 

"Yelah bos, karang jatuh kat dapur ni satu hal pulak." Rihan memandang Hisyam yang kelihatan seperti risau dengan keadaanya.

"Janganlah risau. I ni kuat tau. Tak kan jatuh punya. Sekejap lagi I makan." Sit Mah yang khuatir terus mendapatkan kerja - kerja yang dilakukan oleh Rihan. 

"Sudah, biar I yang buat. You pergi makan. Nanti kalau jadi apa - apa dekat you lagi susah. Kita dahlah tak cukup pekerja." Kali ini Sit Mah pula yang memberi arahan. Apa - apa jelah Sit Mah oi tetapi kalau diikutkan memang betul juga apa yang dikatakannya. Kedai ni dahlah kekurangan kakitangan. Karang kalau dia pengsan, siapa pula nak menguruskan kedai ni.

"Baiklah, I ikut cakap you. Biar saja barang - barang ni kat sini. Lepas I makan, I buat. You buat kerja you." Sit Mah menggeleng mendengar arahan ketuanya.

"Dont worry. I can handle. You pergi makan." Rihan tersenyum manis memandang Sit Mah. Setelah berterima kasih, Rihan segera mendapatkan makanan di ruang dapur. Laparnya bukan kepalang. Kalau perutnya mengeluarkan bunyi, mungkin sekarang lagu rock yang akan berkumandang. 

Meja dihadapan kaunter nampaknya kosong, dengan segera Rihan duduk dibangku yang disediakan. Setelah memesan minuman dia segera makan makanan yang dihidang di depan mata. 

"I tak kira, I tetap nak jumpa dengan owner kedai ni." Ayat itu didengarnya. Garang dan kasar bunyinya. Apa yang tak kena tu. 

Matanya memandang susuk tubuh yang tegap dan sedang berdiri membelakangkannya. Suhaila yang melayannya seperti ketakutan apabila disergah. Kasihan. Aku memandang Faizul yang sedang menuju ke lokasi kejadian. Muka Faizul kemerah - merahan menahan marah. Ini tak boleh jadi, ada yang tak kena ni.

"Ada masalah ke kat sini?" Rihan menegur. Faizul menjeling kearah lelaki itu dan berlalu mengheret Suhaila. Wajah bengis itu ditatapnya. 

"Awak ni siapa? Saya nak jumpa dengan owner kedai ni!" Aik, apa hal lelaki ni? Nak menjerit - jerit macam kedai ni atok dia yang punya. 

"Kenapa? Nampak saya macam pelanggan kat sini ke?" Rihan masih lagi menggunakan intonasi yang baik. Kalau tanya dalam hati, memang menggelegak sekarang ni. 

"Oh ini ownernya. Eloklah sangat, owner kurang ajar anak buah pun ikut sekali." Eh eh dia ni. Ada juga yang aku bagi penumbuk malaya nanti.  Kita cakap elok - elok dia boleh pula sindir macam ni. 

Jangan Marah, Nanti sayang!Where stories live. Discover now