Prolog

1.8K 29 0
                                    

Pada suatu pagi yang hening, Puan Qaisarah sedang memasak lauk makan tengahari di dapur . Memang itu rutin hariannya . Setiap kali waktu rehat, suaminya, Encik Iskandar akan pulang untuk makan tengahari . Dari jauh, Puan Qaisarah memandang anaknya, Farisya Humairah yang baru berusia 4 tahun itu bermain anak patung kesayangannya . Tak lama kemudian, terdengar bunyi enjin kereta Encik Iskandar menghampiri kawasan rumah mereka .

"Yey papa dah balik . Papa dah balik"

Farisya Humairah melompat girang lalu melompat ke arah Encik Luqman . Encik Luqman terus mendukung anak tunggalnya itu . Hilang segala penat bekerja .

"Mama mana?"

"Mama tengah masak  . Sedap"

Kanak kanak kecil itu menjawap . Encik Luqman terus membawa Farisya Humairah ke dapur . Melihat isterinya .

"Eh abang dah balik? Cepatnya . Sarah belum habis masak lagi"

Tangan lelaki itu disalam . Lelaki yang sangat Puan Qaisarah cintai .

"Dah . Hm, takpelah sayang . Apa kata hari ini kita makan kat luar? Rasanya dah lama kita tak makan kat luar kan Isya kan?"

Farisya Humairah menjerit teruja .

"Yey"

Puan Qaisarah dan Encik Luqman hanya tertawa melihat kegembiraan anak mereka .

                      💍💍💍

Selepas makan tengahari di Restoran Siti Fatimah, keluarga bahagia ini pun bergerak pulang ke rumah . Mulut becok Farisya Humairah gigih bercerita macam macam .

"Papa, nanti Isya nak jadi doktor . Isya nak rawat mama ngan papa bila dah tua nanti"

Kanak-kanak kecil itu tersenyum .

"Wah . Tak sabarnya tunggu Isya besar . Janji tau nanti rawat mama ngan papa?"

Farisya Humairah mengangguk apabila Puan Qaisarah berkata begitu .

"Mama ngan papa sayang Isya tau"

"Isya pun sayangkan mama"

Keluarga bahagia itu tersenyum sendiri . Tiba-tiba ada sebuah kereta hilang kawalan merempuh kereta Encik Luqman . Bagaikan tidak percaya, Farisya Humairah melihat mama dan papanya yang penuh darah . Farisya Humairah terus nangis apabila melihat mama dan papanya tidak bangun bangun .

"Mama! Papa!"

Kereta Encik Luqman mula dikepung ramai . Badan Farisya Humairah diangkat lalu dikeluarkan . Sempat Farisya melihat pemandu yang meragut nyawa mama dan papanya . Lelaki dan mempunyai seorang anak lelaki berusia dalam lingkungan 9 tahun .

Dalam hati Farisya Humairah tekad akan membalas dendam pada keluarga itu . Akan .

Terima kasih awakWhere stories live. Discover now