Faiz Hafiz melangkah masuk ke Universiti Islam Malaysia . Masyaallah, besarnya . Macam mana nak cari pejabat prof.Hisyamudin ni? Faiz Hafiz berjalan keliling Universiti itu tetapi tidak jumpa pejabat prof.Hisyamudin . Faiz Hafiz bertekad untuk bertanya kepada seorang pelajar perempuan yang berjalan menghampirinya .
"Err, assalammualaikkum saudari . Boleh tunjukkan saya pejabat prof.Hisyamudin?"
"Tanya orang lain"
Kata Farisya Humairah dengan sombongnya lalu beredar meninggalkan lelaki itu .
Hish, sombong gila minah ni? Ah, lantaklah . Aku terus melangkah . Akhirnya jumpa juga sebuah pintu bertulis "BILIK PROF.HISYAMUDIN" . Aku mengetuk perlahan .
"Masuk"
Terdengar suara Prof.Hisyamudin dari dalam bilik . Aku segera masuk ke dalamnya lalu bersandar di atas kerusi tanpa dipelawa . Oh ya, prof.Hisyamudin merupakan kawan baik kepada ayahku . Entah kenapa prof.Hisyamudin mengajaknya datang .
"Faiz Hafiz?"
"Ya saya"
"Wah, dah besar kamu ya . Dulu pakcik tengok kamu baby lagi"
"Hehehe"
Aku hanya sengih malu . Haih, tidak ada air ke kat pejabat ni? Dah lah bersusah payah aku cari . Pastu dengan pelajar perempuan sombong tadi . Haih nasib nasib .
Tiba-tiba kami didatangi seorang gadis yang membawa dulang berisi 3 cawan air teh . Pelik . Kami berdua sahaja . Siapa yang nak minum lagi secawan ni? Takkan prof.Hisyamudin nak suruh aku minum banyak banyak?
"So Faiz, sekarang ni awak buat apa?"
"Saya tengah tunggu tawaran kerja . Haritu dah mohon . Err, kenapa prof panggil saya kemari?"
Straigh to the poin je senang . Tak perlu lama lama . Aku pun dah janggal dengan prof ni .
"Hish, tak perlu panggil saya prof . Panggil pakcik Syam je . Hmm, saya ada satu job untuk awak . Awak nak?"
Berdebar pula aku rasa . Job apa pula tu? Haih . Mohon kerja yang senang .
"Kerja apa tu prof eh sorry pakcik Syam?"
Aku cuba berlagak tenang dengan menghirup air teh .
"Jadi pakar motivasi untuk seorang pelajar perempuan ni"
Tersedak terus air teh yang aku minum . Serius? Pakar motivasi? Pakcik Syam ingat aku ni baik sangat ke?
"Err, serius ke pakcik? Kalau tak berjaya ubah dia macam mana? Kenapa pakcik nak ubah dia? Kalau tak berjaya pakcik jangan marah saya tau"
Pakcik Syam terus ketawa . Apa yang lawaknya? Pelik .
"Banyaknya soalan Faiz . Okey macam ni lah, kalau awak tak yakin, saya beri awak 3 bulan untuk jadi pakar motivasi tu . Ala, sorang aje . Bolehlah ye? Satu bulan pakcik bayar gaji awak rm900"
Aku mengangguk . Tapi kenapa aku? Aku ni bukannya baik sangat .
"Tapi kenapa saya? Saya ni bukan baik sangat pun pakcik"
Aku merendah diri .
"Sebab pakcik percayakan kamu"
Baru sahaja aku ingin meneruskan kata, tiba-tiba pintu prof.Hisyamudin diketuk dari luar .
"Masuk"
Farisya Humairah terus masuk dan duduk di sebelah Faiz Hafiz . Eh minah sombong tadi? Buat apa pula dia kat sini?
"Isya, seperti yang saya maklumkan pada kamu semalam . Ini ustaz Faiz Hafiz . Dia akan menjadi pakar motivasi kamu"
"Okey"
Farisya Humairah nampak kurang berminat . Hek eleh ingat aku nak sangat ke jadi pakar motivasi kau? Aku cuba berlagak selamba dan memberi sedikit senyuman namun tidak dibalas . Ah, chill lah Faiz .
"So saya nak awak bekerjasama dengan dia . Awak perlu share problem awak pada dia dan lain lain . Saya harap awak akan berubah, Farisya Humairah"
Sindiran pedas prof.Hisyamudin itu tidak memberi apa apa respon pada Farisya Humairah .
"Dengar tak apa saya cakap ni?"
Prof.Hisyamudin mula berang apabila Farisya Humairah tidak memberi apa apa respon .
"Ya"
Jawap Farisya Humairah sepatah . Malas hendak melayan . Farisya Humairah menghirup air teh yang sudah sejuk .
"So ustaz Faiz Hafiz, selamat bertugas"
Aku mengangguk perlahan . Melihat perwatakkan Farisya Humairah, pasti susah untuk diubah . Hmm, itu lah orang tua tua pesan meluntur buluh biar dari rebungnya . Ini sudah terlambat . Tidak mengapa, Faiz Hafiz akan cuba yang terbaik . Dengan izin-Nya .
YOU ARE READING
Terima kasih awak
RomanceSiapa tidak kenal dengan Farisya Humairah? Huh rasanya satu Universiti Kebangsaan Malaysia kenal dia . Sosial, kaki clubbing itu memang dia. Pihak Universiti pun sudah pening dengan perangainya . Mungkin kerana ibubapanya sudah lama pergi menghadap...