Pada suatu pagi yang hening, Puan Qaisarah sedang memasak lauk makan tengahari di dapur . Memang itu rutin hariannya . Setiap kali waktu rehat, suaminya, Encik Iskandar akan pulang untuk makan tengahari . Dari jauh, Puan Qaisarah memandang anaknya, Farisya Humairah yang baru berusia 4 tahun itu bermain anak patung kesayangannya . Tak lama kemudian, terdengar bunyi enjin kereta Encik Iskandar menghampiri kawasan rumah mereka .
"Yey papa dah balik . Papa dah balik"
Farisya Humairah melompat girang lalu melompat ke arah Encik Luqman . Encik Luqman terus mendukung anak tunggalnya itu . Hilang segala penat bekerja .
"Mama mana?"
"Mama tengah masak . Sedap"
Kanak kanak kecil itu menjawap . Encik Luqman terus membawa Farisya Humairah ke dapur . Melihat isterinya .
"Eh abang dah balik? Cepatnya . Sarah belum habis masak lagi"
Tangan lelaki itu disalam . Lelaki yang sangat Puan Qaisarah cintai .
"Dah . Hm, takpelah sayang . Apa kata hari ini kita makan kat luar? Rasanya dah lama kita tak makan kat luar kan Isya kan?"
Farisya Humairah menjerit teruja .
"Yey"
Puan Qaisarah dan Encik Luqman hanya tertawa melihat kegembiraan anak mereka .
💍💍💍
Selepas makan tengahari di Restoran Siti Fatimah, keluarga bahagia ini pun bergerak pulang ke rumah . Mulut becok Farisya Humairah gigih bercerita macam macam .
"Papa, nanti Isya nak jadi doktor . Isya nak rawat mama ngan papa bila dah tua nanti"
Kanak-kanak kecil itu tersenyum .
"Wah . Tak sabarnya tunggu Isya besar . Janji tau nanti rawat mama ngan papa?"
Farisya Humairah mengangguk apabila Puan Qaisarah berkata begitu .
"Mama ngan papa sayang Isya tau"
"Isya pun sayangkan mama"
Keluarga bahagia itu tersenyum sendiri . Tiba-tiba ada sebuah kereta hilang kawalan merempuh kereta Encik Luqman . Bagaikan tidak percaya, Farisya Humairah melihat mama dan papanya yang penuh darah . Farisya Humairah terus nangis apabila melihat mama dan papanya tidak bangun bangun .
"Mama! Papa!"
Kereta Encik Luqman mula dikepung ramai . Badan Farisya Humairah diangkat lalu dikeluarkan . Sempat Farisya melihat pemandu yang meragut nyawa mama dan papanya . Lelaki dan mempunyai seorang anak lelaki berusia dalam lingkungan 9 tahun .
Dalam hati Farisya Humairah tekad akan membalas dendam pada keluarga itu . Akan .
YOU ARE READING
Terima kasih awak
RomanceSiapa tidak kenal dengan Farisya Humairah? Huh rasanya satu Universiti Kebangsaan Malaysia kenal dia . Sosial, kaki clubbing itu memang dia. Pihak Universiti pun sudah pening dengan perangainya . Mungkin kerana ibubapanya sudah lama pergi menghadap...