Bab 3

1.5K 28 6
                                    

"Haih, sibuk nak ubah ubah aku . Sukahati aku lah nak buat apa pun . Apahal lah semua orang dalam dunia ni dengki?"

Bebel Farisya Humairah panjang selepas keluar dari bilik prof.Hisyamudin . Ditenungnya lelaki itu yang berjalan di belakangnya . Ah, lantaklah dia dengar ke tak . Kesah apa aku?

"Err, saudari nama apa?"

Tanya lelaki tadi . Hekeleh mamat ni . Nak ajar orang tapi dia sendiri taktahu nama . Macam apa je .

"Sibuk nak tanya nama saya apahal?"

Farisya Humairah ni memang sombong sedikit .

"Macam mana saya nak motivasikan awak kalau saya sendiri taktahu nama awak?"

"Then awak yang menggedik nak ajar saya kan? Pandai pandailah cari nama saya sendiri . Haih apa lah pakar motivasi macam ni"

Farisya Humairah mengutuk . Eh, perempuan ni karang . Sabar, Faiz . Kau kan nak jadi pakar motivasi dia so kau kena banyak bersabar .

"Okey . Hmm, saya rasa kita kena ada chemistry lah . Awak ni sporting lah sikit"

Tegur Faiz Hafiz . Farisya Humairah sudah berang . Aduh, menyusahkanlah lelaki ini . Menyusahkan lah . Tak perlu kot chemistry ni .

"Memang saya tak sporting . Ada malasah ke?"

Farisya Humairah melawan . Ah, bencinya .

"Ok ok chill . Em em jom makan dulu . Saya belanja"

"Saya dah makan"

Faiz Hafiz terdiam . Kena reject weh!

"Kalau camtu takpelah . Tapi jangan lupa malam ni awak ada kelas dengan saya . Tunggu saya kat Restoran Siti Fatimah . Tu restoran makcik saya"

"Hmm"

Farisya Humairah terus berlalu pergi meninggalkan Faiz Hafiz . Haih, dunia dunia . Jangan budak tu tak datang sudah lah . Masak aku nanti .

                         💍💍💍

"Haih, mana pulak perempuan ni?"

Faiz Hafiz mengerling jam tangannya . Ah, sudah 1 jam menunggu . Akhirnya nampak juga batang hidung Farisya Humairah yang sedang berjalan ke arah sini . Baru nak sampai?

"Assalammualaikkum saudari"

Ucapku apabila Farisya Humairah sudah duduk di kerusi depanku . Mukanya selamba sahaja . Tapi tetap cantik . Eh apa aku merepek ni?

"Waiter . I nak milo ais . And maggie goreng . Letak telur mata ya"

Farisya Humairah memanggil waiter . Selepas beberapa saat, barulah Faiz Hafiz mulakan ceramahnya .

"Jawaplah salam saya . Memberi salam itu sunat . Menjawap salam itu wajib . Awak ni tak takut dosa ke?"

Farisya Humairah terus memandang Faiz Hafiz . Berani betul dia sound aku .

"Saya dah jawap salam dalam hati . Awak apa tahu? Tahu nak judge saya je? Ustaz apa macam ni? Buang masa saya je datang"

Farisya Humairah sudah bangun . Faiz Hafiz mula cuak .

"Eh eh okey saya minta maaf . Please dont leave"

Memang Faiz Hafiz takkan beri Farisya Humairah pergi lah . Dah tunggu 1 jam siap Farisya Humairah pergi order macam macam lagi . Kang perempuan ni pergi, aku yang kena makan . Farisya Humairah kembali duduk semula . Ah, lega . Tiba-tiba waiters datang menghantar makanan dan minuman yang dipesan oleh Farisya Humairah . Farisya Humairah mula makan seperti biasa .

"Dah baca bismillah belum tu?"

Sekali lagi Farisya Humairah memandang tepat mata Faiz Hafiz . Uiks, janganlah pandang macam tu . Buat Faiz Hafiz cair ajelah perempuan ni .

"Dah!"

Kata Farisya Humairah dengan kasar . Sungguh, dia tak selesa dengan lelaki itu . Suka sangat tegur itu ini .

"Ok baguslah . Hmm, saya ajak awak datang sini untuk sesi orentasi . Macam kenal kenal gitu untuk bagi awak selesa . So, awak Farisya Humairah kan? Saya Faiz Hafiz . Selamat berkenalan"

"Oh"

Punyalah semangat Faiz Hafiz bercerita . Farisya Humairah balas Oh je ? Bengang betul Faiz Hafiz sekarang .

"Awak ni . Balas oh je?"

"Saya tengah makan kan! Bukan ke kita tak boleh bercakap ketika makan . Like I said, ustaz apa macam ni? Tak boleh ke tunggu saya habis makan? Tak larinya ceramah orentasi entah apa apa awak tu"

Ok . Faiz Hafiz sentap . Hua, mencabar betul lah jadi pakar motivasi untuk seorang insan bernama Farisya Humairah ni . Tapi satu je yang Faiz Hafiz nampak pada Farisya Humairah . Dia sebenarnya baik jika kita betul betul rapat dengannya . Faiz Hafiz terus mendiamkan diri sehinggalah Farisya Humairah habis makan .

"Dah habis makan?"

"Dah nampak pinggan dah licin tanya lagi?"

Hahaha . Entah kenapa Faiz Hafiz terasa lawak . Terus dia ketawa terbahak bahak .

"Not funny"

Farisya Humairah tayang muka serius lalu memanggil waiter untuk membayar . Belum sempat dia hendak mengeluarkan duit, Faiz Hafiz sudah membayar dahulu . Hm, okey jelah . Jimat duit aku .

"Terima kasih lah"

Farisya Humairah senyum sinis melihat Faiz Hafiz atas bawah . Gaya macam budak baru nak up . Kata ustaz ? Tapi pakaian hipster gila .

"Apa yang awak pandang pandang saya ni ? Saya tahu lah saya hensem"

Hesy! Nampak pula dia!

"Tolong jangan perasan . Saya pandang awak pun sebab pakaian awak . Tak macam ustaz pun"

Aku memberi komen . Haih Farisya Humairah . Takkan nak kena pakai jubah serban baru nampak macam ustaz ? Hah maroh maroh .

"Sebenarnya saya bukanlah ustaz sangat . Saya pun taktahu kenapa prof awak pilih saya suruh ubah awak . Eh jom lah duduk kat tepi taman tu"

Kami berdua pun duduk di sebuah bangku di taman permainan itu . Jarak sedikit . Dah macam nak berdating lah pulak . Hisy! Tak selesa .

"Awak ni kalau tengok betul betul comel tau"

Giliran Faiz Hafiz pula memberi komen .

"Ya, saya tahu . Ramai dah cakap"

Farisya Humairah cuba mengukir senyuman . Tergoda Faiz Hafiz melihatnya . Ya allah, kuatkanlah iman aku! First time pula tu dia senyum!

"Tapi kalau pakai tudung kan lagi comel?"

Terus Farisya Humairah menarik muka masam . Haih! Tudung tudung tudung . Stress lah! Aku tahu lah nak pakai tudung nanti .

Melihat Farisya Humairah diam, Faiz Hafiz terus bercakap .

"Apa yang mengakibatkan awak taknak pakai tudung ?"

"Ada saya cakap saya taknak?"

Farisya Humairah membidas . Giliran Faiz Hafiz pula senyum puas hati .

"Cuma belum terbuka lagi hati saya"

Farisya Humairah menyambung kembali .

"Ok andai kata lepas jumpa saya ni awak accident . Sempat ke ?"

Faiz Hafiz mula bermain minda .

"Tapi kalau saya pakai tudung secara tidak ikhlas, macam mana saya nak terus beristiqamah ? Silap silap saya terbuka tudung macam sesetengah selebriti tu"

Farisya Humairah sekali lagi membidas .

"Pakai je . Lama lama akan menjadi ikhlas . Pahala pun dapat . Awak pun akan gembira dan selesa dengan tudung nanti . Saya jamin"

Farisya Humairah terdiam .

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 27, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Terima kasih awakWhere stories live. Discover now